ENGLISH | BAHASA MALAYSIA Carian :  


Tentang Kami - Maklumat Korporat



Maklumat Korporat




CyberSecurity Malaysia (www.cybersecurity.my) adalah agensi pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (www.mosti.gov.my).

Sebelum ini dikenali sebagai Pusat Keselamatan dan Tindak Balas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER), CyberSecurity Malaysia menjadi sebuah agensi di bawah kawal selia MOSTI pada tahun 2005 sebagai sebuah badan kebangsaan bagi memantau aspek e-Keselamatan Nasional.

Pada dasarnya, peranan CyberSecurity Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan khusus dalam bidang keselamatan siber, seperti berikut:

  • Tindak balas kecemasan keselamatan siber, pengendalian insiden, dan forensik digital.
  • Pengurusan kualiti keselamatan siber.
  • Pembangunan keupayaan dan kapasiti keselamatan siber.
  • Capaian (outreach) dan pembudayaan keselamatan siber.
  • Penyelidikan keselamatan siber dan penilaian risiko keselamatan siber.
  • Penilaian dan pensijilan keselamatan siber.




  •    
     
    PETA HALAMAN | PENAFIAN
    HAKCIPTA © 2013 - CYBERSECURITY MALAYSIA