Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 17 | SUKU KEDUA - 2017
Bahasa | English
set2-image5
Mesej dari CEO
Bertemu sekali lagi pada penerbitan CyberNEWS untuk suku kedua tahun 2017. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" kepada semua pembaca bulletin ini.

Kini kita berada di suku kedua dan semestinya pelbagai program serta inisiatif yang dirancang pada awalnya telah pun dilaksanakan sepanjang setengah tahun pertama 2017.

Dalam hal itu, CyberSecurity Malaysia terus mengorak langkah dalam melestari bidang keselamatan siber sama ada melalui penyertaan dan penglibatan di peringkat tempatan mahupun di arena antarabangsa. Pelbagai program berbentuk seminar dan persidangan, kursus latihan serta bengkal bagi meningkatkan kemahiran dan tenaga mahir, aktiviti memupuk kesedaran dan pembudayaan keselamatan siber telah berjaya diadakan.

Demikian juga dengan pencapaian dan kejayaan, di mana CyberSecurity Malaysia telah memenangi World Summit on the Information Society (WSIS) Prize 2017, satu pertandingan anjuran International Telecommunication Union (ITU) di bawah katergori Kerjasama Antarabangsa. Kejayaan tersebut dirangkul melalui kertas projek bertajuk "Collaborative Information Sharing Model for Malware Threat Analysis: A Case Study for the Organisation of the Islamic Cooperation – Computer Emergency Response Team". Kejayaan tersebut telah mengukuhkan nama negara di persada antarabangsa dalam bidang keselamatan siber.

Kejayaan tersebut juga sejajar dengan pengumuman ITU melalui penerbitan Indeks Keselamatan Siber Global 2017 (Global Cyber Security Index), di mana Malaysia telah disenaraikan pada kedudukan ketiga di antara 10 negara teratas sebagai peneraju bidang keselamatan siber di dunia. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi negara dan khususnya bagi CyberSecurity Malaysia. Kejayaan Malaysia adalah hasil dari kolaborasi dan kerjasama padu antara Agensi dalam bidang keselamatan siber.

Sebagai salah sebuah agensi yang turut menyumbang kepada kejayaan ini, CyberSecurity Malaysia akan meneruskan pembangunan industri keselamatan siber di Malaysia. Kami beriltizam untuk melaksanakan langkah proaktif serta responsif dalam merealisasi hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam persekitaran digital ekonomi yang kukuh. Sudah pasti usaha akan digembeling dengan lebih strategik dalam memperkukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia di dalam mahu pun luar negara.

Melalui penerbitan berkala ini, diharapkan anda akan mendapat banyak informasi yang mengenai inisiatif serta penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. Yang pasti, pelbagai program serta inisiatif baharu akan dilaksanakan pada masa akan datang. Justeru, teruskan sokongan anda serta nantikan penerbitan CyberNEWS bagi pelaporan aktiviti dan program baharu di pernerbitan akan datang.

Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
AKTIVITI SUKU KEDUA
set5-image2
3 April 2017
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan, Selangor
6 April 2017
Perhimpunan Warga CyberSecurity Malaysia, Kajang, Selangor
11 April 2017
Lawatan Kerja Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ke CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan, Selangor
12 - 21 April 2017
Latihan Pengendalian Insiden Pasukan Tindak Balas Insiden Komputer Bhutan (BtCIRT), Seri Kembangan, Selangor
12 - 13 April 2017
Program Inovasi Sosial MOSTI - Ops Jelajah Cyber Edisi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
13 April 2017
Pelancaran CSM/VADS Marketplace, TM@Damansara, Kuala Lumpur
17 - 21 April 2017
Seminar Pasca-Siswazah dan Perbincangan Ilmiah bersama Key Laboratory of Mathematics Mechanization, Academy of Mathematics & System Sciences, Chinese Academy of Sciences, Beijing, China
17 – 19 April 2017
Lawatan Pakar Teknikal Myung Information Technologies (MIT) Korea ke CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan, Selangor
18 - 25 April 2017
Mesyuarat Kumpulan Kerja ISO/IEC JTC 1/SC 27 dan Mesyuarat Plenary ISO/IEC JTC 1/SC 27 Kali Ke-28, Hamilton, New Zealand
19 - 20 April 2017
Program Inovasi Sosial MOSTI - Ops Jelajah Cyber Edisi Melaka, Melaka
20 - 21 April 2017
Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 2/2017 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT), Mashhad, Iran
22 - 26 April 2017
Mesyuarat Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA), Amsterdam, Belanda
24 - 28 April 2017
Kursus "Computer And Network Intrusion: Season 4", Bangkok, Thailand
27 April 2017
The Cyber Security - Financial Industry Collaboration, Kuala Lumpur
27 April 2017
Bengkel Global ACE Scheme Malaysia Pilot Chapter Cyber Security Domains Committee (CSDC) Focus Group, Kuala Lumpur
April 2017
Program Rekreasi CyberSecurity Malaysia
set5-image2
1 – 6 Mei 2017
Cyber Security Exposure Program, London, United Kingdom
2 Mei 2017
Seminar Malaysia Open Source Bersama Microsoft, Kuala Lumpur
6 - 9 Mei 2017
Penubuhan Global ACE Scheme UAE Chapter, Dubai, UAE
7 Mei 2017
Kempen #myviralvow Sempena Program Ekspresi Negaraku, Sandakan, Sabah
7 - 11 Mei 2017
Mesyuarat Strategik dan Kolaborasi Penyelidikan serta Lawatan Kerja ke ACE Lab Europe Training Center, Prague, Republik Czech
8 – 9 Mei 2017
Bengkel ASEAN Cyber Norms 2017, Singapura
9 – 11 Mei 2017
Critical Infrastructure Protection and Resilience Europe (CIPRE) 2017, The Hague, Netherlands
9 – 14 Mei 2017
Pameran Sains, Teknologi & Inovasi @Tuaran, Tuaran, Sabah
13 - 19 Mei 2017
Mesyuarat Plenari ISO/IEC JTC1/SC7, Kuantan, Pahang
16 - 17 Mei 2017
BIGIT GOV 2017, Kuala Lumpur
16 – 19 Mei 2017
Persidangan International Cryptographic Module 2017 (ICMC17), Washington DC, Amerika Syarikat
17 - 19 Mei 2017
Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2017 (MOSCMY 2017), Bangi, Selangor
18 Mei 2017
Seminar Cyber Resilience & Info Security, Kuala Lumpur
22 - 23 Mei 2017
GRCCS-BCI International Conference and Exhibition 2017, Kuala Lumpur
23 – 24 Mei 2017
Program Latihan Common Vulnerability Exposure (CVE), Tokyo, Jepun
24 & 25 Mei 2017
1st Malaysian Quantum Information Era Strategic Hub Seminar (1st MyQUANTUM), Kuala Lumpur
25 Mei 2017
Program Keselamatan Siber Bagi Anggota Kerja ILSAS, Bangi, Selangor
25 Mei 2017
Persidangan ASEAN IT Security 2017, Kuala Lumpur
25 Mei 2017
Software Testing Services Provider Programme, Kuala Lumpur
28 Mei – 2 Jun 3017
Asia Information and Communications Technology and Counter-Terrorism Dialogue, Jeju Island, Republic of Korea
28 Mei – 2 Jun 2017
Majlis Perasmian OTRS ASIA Pte. Ltd. Cawangan Singapura Dan Latihan Untuk Pentadbir Sistem OTRS, Singapura
set5-image2
10 Jun 2017
Program 'Shopping Raya' CyberSecurity Malaysia, Ipoh, Perak
11 - 17 Jun 2017
Persidangan Antarabangsa FIRST dan NATCSIRT 2017, San Juan, Puerto Rico
12 - 16 Jun 2017
Persidangan dan Mesyuarat World Summit on the Information Society (WSIS) Forum 2017, Geneva, Switzerland
19 – 20 Jun 2017
Bengkel Pemilihan Kelayakan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2017, Putrajaya
28 – 30 Jun 2017
16th European Conference On Cyber Warfare And Security (ECCWS) 2017, Dublin, Ireland
28 - 30 Jun 2017
Pembentangan dan Perkongsian Maklumat di University of Guangxi, China
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image
.