Year 2019



Title

30 Mei 2019

Berwaspada Dengan Ancaman Siber - Tingkatkan Keselamatan Sistem Dan Rangkaian Komputer Di Musim Perayaan


CYBERJAYA - CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengeluarkan peringatan dan nasihat (Alert & Advisory) kepada pentadbir sistem (teknikal) untuk pertingkatkan keselamatan sistem dan rangkaian komputer di organisasi mereka serta panduan kepada pengguna internet mengenai amalan terbaik sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

----

26 May 2019

Kepakaran CyberSecurity Malaysia Dalam Bidang Forensik Digital Diiktiraf Interpol


CYBERJAYA - CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan juga agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah diberi pengiktirafan oleh INTERPOL yang merupakan badan antara kerajaan bagi menggalakkan kerjasama di antara pihak berkuasa polis seluruh dunia bagi menentang jenayah di atas sumbangan dan bantuan kepakaran forensik digital dalam membangunkan Garis Panduan bagi Makmal Forensik Digital Global INTERPOL (INTERPOL Global Guidelines for Digital Forensics Laboratories).

----

23 April 2019

Program Kolaborasi CyberSecurity Malaysia - Initiatif Kerjasama Awam-Swasta Kukuhkan Pembangunan Industri Keselamatan Siber Di Malaysia


CYBERJAYA (23 April 2019) - Keselamatan siber kini merupakan cabaran utama bagi kebanyakan industri. Tahap kerentanannya meningkat pada kadar yang membimbangkan dan permintaan terhadap tenaga kerja profesional IT semakin tinggi untuk menganalisis dan mengatasi ancaman ini. CyberSecurity Malaysia, pusat pakar dan teknikal keselamatan siber kebangsaan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mengenal pasti kolaborasi dan kerjasama sebagai salah satu kaedah untuk mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di Malaysia.

----

23 April 2019

CyberSecurity Malaysia Collaboration Program – A Public-Private Partnership Initiative To Strengthen Cyber Security Industry Development In Malaysia


CYBERJAYA (23 April 2019) - – Today, cyber security is a major concern for most industry. It’s vulnerabilities rise at an alarming rate and IT professionals are in high demand to analyse and overcome these threats. CyberSecurity Malaysia, a national cyber security specialist and technical center under the purview of the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia, identifies collaboration as one way to strengthen cyber security ecosystem in Malaysia.

----

16 April 2019

RAMCI & CyberSecurity Malaysia : Malaysians, Let’s Stop Identity Theft!


PETALING JAYA (16 April 2018) - RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) today signed a Memorandum of Understanding (MoU) with CyberSecurity Malaysia to work together to address the growing prevalence of identity theft in the country and to enhance public awareness on measures to avoid becoming a victim.

----

7 Mac 2019

Seminar Kesejahteraan Siber Perkasa Belia Ke Arah Menjadi Warga Digital Yang Bermoral, Beretika Dan Berintegriti


PUTRAJAYA (7 Mac 2019) - CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menganjurkan Seminar Kesejahteraan Siber bertajuk “Kesejahteraan Siber Belia Di Era Digital”. Ia diadakan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2019 atau Safer Internet Day (SID) 2019 - Edisi Malaysia.

----

13 Februari 2019

Sambutan Hari Keselamatan Internet 2019: Belia Jadi Sasaran Dalam Usaha Mewujudkan Kesejahteraan Siber Melalui Konsep Kewarganegaraan Digital


PUTRAJAYA (13 Februari 2019) - CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan sambutan Hari Keselamatan Internet 2019 atau Safer Internet Day (SID) 2019 - Edisi Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di perkarangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya.

----