CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
Bahasa | English Isu 11 | Suku Keempat - 2015
PERSIDANGAN ANTIFRAUD RUSSIA 2015 SERTA LAWATAN KERJA KE RUSIA, MOSCOW, RUSIA
  1 – 4 DISEMBER 2015
 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput menghadiri Persidangan AntiFraud Russia 2015 dan dalam masa yang sama mengadakan lawatan kerja ke Rusia pada 1 hingga 4 Disember 2015,

Delegasi diketuai oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia dan disertai oleh Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden, Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Keselamatan Siber dan Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital.

Sewaktu di Rusia, delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Moscow pada 1 Disember 2015. Pada sesi kunjungan tersebut, taklimat mengenai lanskap keselamatan siber di Malaysia telah dibuat kepada YBhg. Dato' Hayati Ismail, Duta Besar Malaysia ke Rusia bersama beberapa pegawai Kedutaan Malaysia yang lain.

Pada 2 Disember 2015, delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Operasi Makmal Teknikal Pemulihan Data ACELab di Rostovon-Don. Pada lawatan tersebut, CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan mengenai cadangan bagi menjalin kerjasama dan perkongsian strategik dengan ACELab dalam usaha membangunkan Pusat Kecemerlangan Pemulihan Data Negara serta meneroka peluang bagi menjalankan penyelidikan saintifik dalam bidang forensik digital.

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan AntiFraud Russia 2015 pada 3 Disember 2015. Persidangan anjuran Academy of Informational Systems Russia ini bertemakan keselamatan siber dalam sektor ekonomi teknologi tinggi seperti bidang perbankan, telekomunikasi dan perkhidmatan elektronik. Pada persidangan ini, pembentangan turut dibuat oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

Manakala pada 4 Disember 2015, delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Operasi Makmal Penyelidikan Kaspersky. Selain meninjau operasi makmal tersebut, delegasi turut mengadakan perbincangan dengan pihak Kaspersky bagi melihat peluang jalinan kerjasama serta perkongsian stategik dan teknikal dalam usaha membangunkan Pusat Penyelidikan Malware. Pembangunan pusat penyelidikan Malware amat penting bagi memantapkan lagi perlindungan dari ancaman dan serangan siber terhadap infrastruktur maklumat kritikal Negara.

Jemputan pihak Rusia ke atas CyberSecurity Malaysia untuk membuat pembentangan di persidangan antifraud merupakan satu penghormatan serta pengiktirafan Rusia terhadap kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber.

Manakala, lawatan kerja pula telah membuka peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mempelajari teknik pemulihan data, menjalin kerjasama strategik dengan pihak Rusia serta mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua Negara melalui kerjasama dalam bidang keselamatan siber.

 
 
THE 2015 FOURTH INTERNATIONAL CONFERENCE ON INTERNET APPLICATIONS, PROTOCOLS AND SERVICES (NETAPPS2015), MALAYSIAN COMMUNICATIONS & MULTIMEDIA COMMISSION, CYBERJAYA
  1 - 3 DISEMBER 2015
 

CyberSecurity Malaysia telah menyertai The 2015 Fourth International Conference on Internet Applications, Protocols and Services (NETAPPS2015) anjuran Multimedia Universiti (MMU) bertempat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1 hingga 3 Disember 2015.

Seramai 1,000 peserta hadir terdiri Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus Teknologi Maklumat dan pegawai–pegawai Sektor Awam daripda pelbagai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi dan telah membuat pembentangan bertajuk "Staying Ahead of Evolving Cyber Threats"

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi teknikal dalam bidang keselamatan siber di Malaysia.

 
 
THE 1st ANNUAL COORDINATION MEETING OF THE ORGANIZATION OF THE ISLAMIC COOPERATION INSTITUTIONS (ACMOI), JEDDAH, KINGDOM OF SAUDI ARABIA
  7 – 8 DISEMBER 2015
 

Mesyuarat Tahunan Pertama Institusi di bawah Organisasi Kerjasama Negara-negara Islam (Annual Coordination Meeting of The Organization of the Islamic Cooperation Institutions - ACMOI) telah berlangsung di Jeddah, Arab Saudi pada 7 dan 8 Disember 2015. Selaku Setiausaha Tetap Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC-CERT), CyberSecurity Malaysia telah hadir di mesyuarat tersebut.<

Sesi mesyuarat dibahagikan kepada lima (5) Jawatankuasa dan OIC-CERT merupakan ahli yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Jawatankuasa Sains dan Teknologi.

Sewaktu sidang mesyuarat, OIC-CERT telah mengusulkan tiga (3) agenda iaitu meningkatkan promosi program keselamatan siber, membantu negara ahli OIC meningkatkan keupayaan keselamatan siber dan penyediaan program strategik keselamatan siber bagi rujukan negara OIC. Ke semua agenda tersebut telah diterima oleh ahli mesyuarat dan OIC-CERT diminta untuk membentangkan program strategik keselamatan siber di peringkat Mesyuarat Pegawai Kanan OIC yang akan datang.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia selaku Sekretariat Tetap Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC-CERT) telah melonjak nama Malaysia di persada antarabangsa, khususnya dalam bidang teknikal keselamatan siber.

 
 
ADVOKASI ILMUAN MAJLIS PROFESSOR NEGARA, DEWAN BESAR UTEM, MELAKA
  17 DISEMBER 2015
 

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam forum Advokasi Ilmuan Majlis Profesor Negara yang didakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 Disember 2015.

Forum anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) bersama akhbar Utusan Malaysia dan saluran TV1 RTM ini diadakan khusus bagi berkongsi maklumat serta buah fikiran mengenai unsur-unsur positif dan negatif dalam penggunaan Media Sosial.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi yang menjadi salah satu panelis pada forum ini. Selain Dr. Zahri, panelis lain yang terlibat adalah Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib serta Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia di dalam forum ini telah membuka peluang untuk mempromosi CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi pakar dalam bidang keselamatan siber di Malaysia. Selain itu, ia turut mengeratkan kerjasama dan hubungan baik dengan Majlis Professor Negara, Universiti dan pihak media dalam inisiatif keselamatan siber di Malaysia.

 
 
MESYUARAT WORLD TRUSTMARK ALLIANCE (WTA) TASK FORCE AND MESYUARAT TAHUNAN, SHENZHEN, CHINA
  15 – 16 DISEMBER 2015
 

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri mesyuarat Task Force World Trustmark Alliance (WTA) dan juga Mesyuarat Tahunan World Trustmark Alliance pada 15 dan 16 Disember 2015 di Shenzen, China.

Kehadiran CyberSecurity Malaysia pada kedua-dua mesyuarat tersebut adalah di atas posisi CyberSecurity Malaysia sebagai Pengerusi World Trustmark bermula tahun 2014. Justeru, mesyuarat di China adalah penting untuk membincangkan perancangan yang dicadang oleh pihak China.

Sewaktu mesyuarat, CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan tanggungajwab dengan menyemak Code of Conduct WTA serta memperkenalkan dokumen WTA Governance and Policy yang baharu sebagai baseline penambahbaikan WTA seterusnya di bawah EBS, China. CyberSecurity Malaysia telah memperlihatkan keupayaan kepimpinan dan memberi komitment padu sebagai ahli WTA.

 
 
KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG FORENSIK DIGITAL DI ANTARA INFORMATION TECHNOLOGY AUTHORITY (ITA), OMAN DAN CYBERSECURITY MALAYSIA
  26 DISEMBER 2015
 

Pada 26 Disember 2015, CyberSecurity Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke National Digital Forensics Laboratory (NDFL), Information Technology Authority (ITA) bertempat di Muscat, Oman.

Satu perbincangan teknikal telah diadakan oleh kedua pihak bagi membincangkan perkara berkaitan forensik digital yang merangkumi Quality Management System (QMS).

Pada 11 Oktober 2015, CyberSecurity Malaysia dan ITA, Oman telah memeterai memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama dalam bidang keselamatan siber. Lawatan kerja tersebut telah mengeratkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua organisasi.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Sarah Khadijah Taylor, Tajul Josalmin Tajul Ariffin and Nor Zarina Zainal Abiddin dari Jabatan Forensik Digital.

Ini merupakan satu pengiktirafan kepada CyberSecurity Malaysia dalam bidang forensik digital di mana organisasi antarabangsa mengiktiraf kepakaran CyberSecurity Malaysia.