CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
Bahasa | English Isu 11 | Suku Keempat - 2015
SEMINAR ICT SABAH 2015, KOTA KINABALU, SABAH
  3 NOVEMBER 2015
 

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Seminar ICT Sabah 2015 yang diadakan di Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah, Kota Kinabalu.

Seminar anjuran bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Lembaga Koko Malaysia, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Datuk Siringan Gubat, Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah.

Seramai 100 peserta terdiri dari pelbagai agensi kerajaan telah hadiri di seminar ini. Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk membincangkan polisi, peraturan serta undang-undang dan prosedur dalam mengurus maklumat rasmi kerajaan, mengenalpasti langkah-langkah pembetulan dan pencegahan bagi menjamin keselamatan maklumat kerajaan serta amalan praktikal bagi mengatasi dan mengelakkan daripada berlaku ancaman kebocoran maklumat terperingkat.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Fazlan Abdullah, Ketua Jabatan Perhubungan Kerajaan. Beliau telah membuat pembentangan bertajuk "A Holistic Approach For Cyber Security And Critical Information Infrastructure Protection".

Seminar ini telah berjaya meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan peserta serta berkongsi amalan terbaik (best practices), menjalin hubungan kerjasama dengan agensi dan peserta seminar untuk penglibatan keselamatan siber strategik; dan meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi-agensi yang berkaitan.

 
 
CYBER SECURITY SEMINAR AND DESKTOP EXERCISE, BANGKOK, THAILAND
  4 NOVEMBER 2015
 

Pada 4 November 2015, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Cyber Security Seminar dan Desktop Exercise anjuran Kementerian Pertahanan Thailand bertempat di IMPACT Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand.

Aktiviti ini merupakan salah satu kolaborasi di antara Kementerian Pertahanan Thailand dan CyberSecurity Malaysia yang dianjurkan sempena acara Defence & Security 2015 yang berlangsung dari 2 – 5 November 2015 di Bangkok.

Majlis perasmian Seminar dan Desktop Exercise disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Pertahanan Thailand, Laksamana Anuthai Rattarangsi.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Bin Mohamed (Bersara), Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia yang telah membuat pembentangan bertajuk "Collaboration between Cyber Security Thailand and Malaysia".

Seramai 250 peserta telah mengikuti Desktop Exercise yang terdiri dari wakil Kementerian Pertahanan Thailand serta beberapa agensi infrastruktur maklumat kritikal negara Thailand. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta berkongsi pengalaman, pandangan serta cadangan tentang tindakan yang harus diambil oleh organisasi masing-masing sekiranya berlaku serangan siber, di samping mengukuhkan lagi hubungan kerjasama di peringkat organisasi, negara dan juga di peringkat rantau Asia Pasifik dalam menangani ancaman siber.

Pada akhir sesi latihan tersebut, pembentangan mengenai rumusan latihan telah dilakukan oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Bahagian Penyelidikan Strategik, CyberSecurity Malaysia.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan kepakaran dalam bidang keselamatan siber dengan pihak luar. Ia juga merupakan pengiktirafan kepada Malaysia sebagai negara yang aktif dalam bidang keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.

 
 
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN LAWATAN KERJA - NASARAWA STATE UNIVERSITY, KEFFI, NIGERIA DAN CONSULTANCY SUPPORT SERVICES (CS2) LIMITED, ABUJA, NIGERIA
  4 - 6 NOVEMBER 2015
 

Nasarawa State University, Keffi, Nigeria telah menjemput Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia untuk menyampaikan ucaptama sempena Persidangan CyberAbuja 2015 di Nigeria. Bertemakan "Cyberspace Governance", persidangan ini disokong oleh IEEE Nigeria Section dan telah diadakan di Shehu Musa Yar' Adua Centre, Abuja. Seramai 150 peserta hadir di persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Disember 2015.

Pada persidangan tersebut, Dr. Zahri telah menyampaikan ucaptama bertajuk "The Art of Terrorism in the Cyber Space". Penganjur persidangan juga turut menjemput dua tenaga pakar forensik digital CyberSecurity Malaysia untuk membuat pembentangan dan berkongsi pengalaman berkaitan forensik digital. Dua wakil CyberSecurity Malaysia, iaitu Mohd Sharizuan dan Fauzi Mohd Darus telah turut hadir dan membuat pembentangan bertajuk "Digital Forensics: Issues and Challenges on Bringing Cyber Criminals To Justice".

Semasa delegasi CyberSecurity Malaysia berada di Abuja, Nigeria, mereka telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa organisasi berkepentingan di dalam bidang keselamatan siber dan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan latihan dari CyberSecurity Malaysia, antaranya Defence Space Agency, National IT Development Agency dan Galaxy Backbone Limited. Kunjungan hormat turut dilakukan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Abuja, YBhg. Datuk Lim Juay Jin di samping perbincangan ringkas dengan Jeneral Aliyu Gusau Mohammad (Bersara), bekas Menteri Pertahanan Nigeria dan bekas National Security Advisor, Nigeria.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia di dalam persidangan ini merupakan satu penghormatan di peringkat antarabangsa yang mengiktiraf CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi pakar dalam bidang keselamatan siber. Di samping itu, ia turut mengeratkan kerjasama strategik serta hubungan baik dengan pihak-pihak berkepentingan dalam inisiatif keselamatan siber di Nigeria.

 
 
MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA CYBERSECURITY MALAYSIA DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM), CYBERJAYA
  9 NOVEMBER 2015
 

Pada 9 November 2015 telah berlangsung satu Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bertempat di ibupejabat SKMM, Cyberjaya.

Pertukaran Memorandum Persefahaman ini diadakan bagi merealisasikan kerjasama strategik serta mengukuhkan lagi jalinan kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua organisasi khususnya dalam bidang keselamatan siber. Antara bidang yang menjadi keutamaan dalam kolaborasi ini ialah program-program berbentuk latihan kepakaran bagi meningkatkan kompetensi serta keupayaan keselamatan siber, pengendalian insiden keselamatan siber, forensik digital, jaminan keselamatan serta persijilan keselamatan maklumat dan perhubungan antarabangsa.

Pada majlis tersebut, kedua-dua Ketua Organisasi iaitu, YBhg. Dato' Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi SKMM dan YBrs. Dr. Amirudin Abd Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia telah hadir bagi menyempurnakan pertukaran memorandum persefahaman.

Dengan termeterainya memorandum persefahaman ini, kini kerjasama dalam bidang keselamatan siber dapat diperkukuh dan diperkemaskan bagi menangani isu-isu ancaman siber di Malaysia.

 
 
PERSIDANGAN INTERNATIONAL INFORMATION SYSTEM SECURITY CERTIFICATION CONSORTIUM, KUALA LUMPUR
  11 FEBRUARI 2015
 

Pada 11 November 2015 bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur telah berlangsung satu persidangan International Information System Security Certification Consortium anjuran International Information System Security Certification Consortium, Inc., (ISC)².

Persidangan ini diadakan sebagai platform bagi para peserta bertukar pengalaman serta idea-idea baru di samping mengetahui perkembangan kemahiran professional bidang keselamatan siber. Ia juga memberi peluang kepada ahli–ahli untuk menjalin rangkaian hubungan dengan pelbagai sumber industri serta maklumat yang berunsurkan pendidikan.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk "Staying Ahead of Evolving Cyber Threats"

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah memberi peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju keselamatan siber di Malaysia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan antarabangsa kepada CyberSecurity Malaysia di atas kepakaran dalam bidang keselamatan siber.

 
 
PROGRAM LATIHAN E-DAGANG CYBERSAFE, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
  11 – 12 NOVEMBER 2015
 

Pada 11 dan 12 November 2015, telah berlangsung Program Latihan E-Dagang CyberSAFE di Kuala Terengganu.

Program anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Federation of Women Entrepreneurs Associations Malaysia (FEM) ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) bagi membantu masyarakat mengatasi masalah yang dihadapi serta dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup mereka melalui pelaksanaan projek perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Program latihan ini diadakan bagi meningkatkan kecekapan keselamatan siber dalam kalangan komuniti setempat terutamanya usahawan online. Seramai 30 orang usahawan wanita dari Terengganu yang merupakan ahli Federation of Women Entrepreneurs Associations Malaysia (FEM) telah mengikuti program latihan yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

program latihan ini, para usahawan wanita yang dikenali sebagai Cyberpreneur akan mendapat pengetahuan baru serta memahami isu-isu keselamatan siber semasa, ancaman, risiko, serta modus operandi terkini jenayah siber agar mereka lebih yakin dalam mengendali dan mengurus perniagaan atas talian mereka.

 
 
LAWATAN SETIAUSAHA KLUSTER TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) KE CYBERSECURITY MALAYSIA, SERI KEMBANGAN
  12 NOVEMBER 2015
 

Pada 12 November 2015, CyberSecurity Malaysia telah menerima satu kunjungan hormat dari Setiausaha Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN) YBrs. Prof Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar dan Prof Dr. Rabiah Ahmad.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan siber semasa dan bidang kerjasama di antara MPN dan CyberSecurity Malaysia. Selain itu, perbincangan juga meliputi rancangan penerbitan drama bersiri mengenai insiden keselamatan siber berdasarkan buku yang diterbitkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Lawatan tersebut telah dapat menjalin kerjasama dalam bidang keselamatan siber dengan pihak akadamia di peringkat nasional bagi meningkatkan keselamatan siber di Malaysia.

 
 
PERTANDINGAN & PAMERAN - UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS NATIONAL HACKING COMPETITION 2015 (UTP-HAX'15), SERI ISKANDAR, PERAK
  13 – 14 NOVEMBER 2015
 

Pada 13 dan 14 November 2015 telah berlangsung Pertandingan dan Pameran Universiti PETRONAS National Hacking Competition 2015 (UTP-HAX'15). Acara ini diadakan dengan kerjasama KPerak, CyberSecurity Malaysia, Yayasan UTP & Alumni UTP dan disokong oleh EC Council dan UTP Syntech Organisation.

perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim B Hj Hashim, Naib Cancelor, Universiti Teknologi PETRONAS. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif.

Selain dari penglibatan siswazah, kakitangan akademik dan pentadbiran, program ini telah dihadiri oleh seramai 200 peserta yang terdiri daripada siswazah sarjana muda dan lepasan ijazah UTP serta syarikat-syarikat daripada industri yang berkaitan.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia telah mengeratkan lagi hubungan kerjasama dengan Universiti Teknologi PETRONAS. Di samping itu, ia juga merupakan satu platform bagi memperkenalkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia kepada masyarakat umum.

 
 
KARNIVAL INOVASI - CREATIVITY & SCIENCE 4U ZON TIMUR, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
  14 - 15 NOVEMBER 2015
 

Pada 14 dan 15 November 2015, telah berlangsung Karnival Inovasi – Creativity & Science 4U peringkat Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu. CyberSecurity Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk meneraju penganjuran dan pelaksanaan karnival pada kali ini.

Karnival Inovasi - Creativity Science 4U merupakan acara tahunan MOSTI dalam usaha Kementerian meningkat, memperkasa dan membudayakan pembelajaran serta pengetahuan mengenai bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Karnival selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Zubir Embong, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI.

komuniti setempat, karnival ini turut melibatkan pelbagai pihak antaranya murid-murid sekolah, pelajar-pelajar universiti dan kolej, penjawat awam, pekerja di sektor swasta, komuniti tempatan dan juga masyarakat umum dari tiga buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain pameran STI oleh agensi-agensi MOSTI seperti CyberSecurity Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) and Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan Cyberpreneurs, pelbagai acara menarik turut disusun di sepanjang Karnival ini bagi menarik orangramai untuk berkunjung ke tapak Karnival, antaranya persembahan "Battle of the Buskers", "Waziboys Circuit" serta "Buskers.balcony.TV".

 
 
PROGRAM INDUKSI/ ULANGKAJI MYSEF, KUALA LUMPUR
  17 - 19 NOVEMBER 2015
 

Pada 17 hingga 19 November 2015 telah berlangsung Program Induksi/Ulangkaji MySEF. Program ini diadakan untuk memberi maklumat bagi membantu kakitangan CyberSecurity Malaysia yang baru menyesuaikan diri dengan suasana kerja. Dianjurkan oleh Jabatan Security Assurance (MySEF), program ini juga merupakan sebahagian dari program ulangkaji kakitangan MySEF yang sedia ada.

Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah memberi maklumat kepada kakitangan baru agar mereka dapat membiasakan diri dengan persekitaran kerja dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang konsisten, menyeluruh dan berkesan. Program ini turut memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh kepada kakitangan MySEF mengenai Sistem Pengurusan Kualiti MySEF seperti polisi, panduan, dasar dan dokumen lain yang berkaitan.

selama tiga hari ini telah dihadiri oleh seramai 15 peserta yang terdiri dari kakitangan Bahagian Keselamatan Siber Proaktif termasuk pelatih dari UNISZA.

 
 
PERSIDANGAN DAN PAMERAN PENGKOMERSILAN MOSTI (MCCE) 2015, KUALA LUMPUR
  18 – 19 NOV 2015
 

Pada 18 dan 19 November 2015, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam pameran sempena Persidangan dan Pameran Pengkormesilan MOSTI atau MCCE yang diadakan di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (PWTC).

merupakan acara tahunan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merangkumi persidangan, demonstrasi produk, pameran/jualan produk R&D dan sesi "business matching". MCCE 2015 diadakan bagi meneruskan kesinambungan program MCCE pada tahun 2014 dan sebagai persediaan MOSTI ke arah melaksanakan Tahun Pengkomersilan Malaysia 2016 (MCY2016).

Program yang berkonsepkan turun padang dan libat urus dengan stakeholders ini dilaksanakan bagi menggiatkan peranan MOSTI sebagai peneraju pengkomersilan produk R&D. Dengan tema, "360° Humanising Innovation" yang focus kepada kategori Government, Researcher, Industry dan Community MCCE 2015 telah dirasmikan YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Lebih 5,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat seperti para usahawan, pelabur, penyelidik, penjawat awam dan pelajar insititusi pengajian tinggi telah hadir ke program ini.

MCCE 2015 merupakan salah satu platform untuk CyberSecurity Malaysia memperkenalkan produk dan perkhidmatan, menwujudkan kesedaran dalam kalangan industri, sektor awam dan swasta tentang produk dan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia serta menghubungkan CyberSecurity Malaysia dengan pelanggan berpotensi, di samping meningkat dan memperkukuhkan kedudukan jenama CyberSecurity Malaysia di Malaysia.

 
 
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA CYBERSECURITY MALAYSIA DAN INDIAN COMPUTER EMERGENCY RESPONSE TEAM (CERT-IN), PUTRAJAYA.
  23 NOVEMBER 2015
 

Pada 23 November 2015 telah berlangsung satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara CyberSecurity Malaysia dan Indian Computer Emergency Response Team (CERT-In) bertempat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Majlis diadakan sempena lawatan negara oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 (Twenty Seventh ASEAN Summit 2015).

Jalinan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dan Cert-In ini adalah bagi meningkatkan kerjasama strategik serta melestarikan perkembangan bidang keselamatan siber di kedua-dua Negara. Selain itu, ianya turut menyediakan peluang kepada kedua-dua negara untuk saling bertukar pandangan dan idea mengenai pengurusan insiden keselamatan siber serta penyediaan program latihan professional keselamatan siber.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga Perdana Menteri India, Narendra Modi.

 
 
SARAWAK IT SECURITY SEMINAR 2015, KUCHING, SARAWAK
  25 - 26 NOVEMBER 2015
 

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Sarawak IT Security Seminar 2015 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 25 dan 26 November 2015.

Seminar anjuran Fakulti Komputer, University College of Technology of Sarawak (UCTS) telah dihadiri lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus Teknologi Maklumat dan pegawai –pegawai Sektor Awam daripda pelbagai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dan mendidik orang ramai dari pelbagai sektor mengenai kepentingan keselamatan siber. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, di mana beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk"Staying Ahead of Evolving Cyber Threats".

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam seminar ini telah membuka peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi yang meneraju bidang keselamatan siber di Malaysia.

 
 
2015 SSR INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES AND INFORMATION, TOKYO, JEPUN
  29 - 30 NOVEMBER 2015
 

Pada 29 dan 30 November 2015, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam 2015 SSR International Conference on Social Sciences and Information di Tokyo, Jepun.

Persidangan ini adalah merupakan platform untuk para profesional akademik dan industri berkongsi pengetahuan, idea dan penyelidikan terkini serta membincangkan kemajuan terkini dalam bidang Sains Sosial dan Maklumat.

Persidangan yang ditaja bersama oleh Persidangan Akademik Institute, Amerika Syarikat dan Institut Pengurusan Sains Sukan Singapura ini disertai oleh negara-negara seperti Jerman, China, Thailand, Jordan, Kuwait, Indonesia, Rusia, Switzerland, Arab Saudi, Slovakia, Republik Czech, Taiwan, Belanda, Italy, India, Finland, Poland, Austria dan Malaysia.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Outreach dan Pembangunan Kapasiti dan Ramona Susanty Abd Hamid, Pengurus Outreach. Pembentangan kertas kerja turut dilakukan oleh wakil CyberSecurity Malaysia bertajuk "Developing a Cyber Security Awareness Master Plan in Malaysia: A Focus Group Discussion Approach".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah memberi peluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta menjalin hubungan kerjasama dengan peserta persidangan dari luar negara bagi meningkatkan penglibatan keselamatan siber strategik serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi-agensi yang berkaitan.