Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISSUE 13 | SUKU KEDUA - 2016
Bahasa | English
APRIL 2016
image
NITDA-CERRT Conference and Training, Abuja, Nigeria
30 March - 2 April 2016

CyberSecurity Malaysia telah dijemput oleh National Information Technology Development Agency (NITDA), Nigeria untuk mengadakan taklimat dan melaksanakan kursus keselamatan siber kepada para peserta Persidangan dan Latihan NITDA-CERRT pada 30 Mac hingga 2 April 2016 di Abuja, Nigeria.

Lebih 60 peserta dari pelbagai agensi dan kementerian negara Nigeria termasuk polis, tentera, imigresen dan kastam telah menghadiri kursus yang dirasmikan oleh Pemangku Pengarah NITDA, Dr. Vincent Olatunji.

Para peserta telah diberi taklimat mengenai keselamatan siber serta dilatih menggunakan tools dan perisian keselamatan bagi mengimbas rangkaian serta aplikasi yang disediakan dalam menghadapi ancaman siber. Pendedahan ini telah dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kemahiran para peserta mengenai penilaian kerentanan keselamatan siber bagi mengurangkan risiko keselamatan siber di agensi masing-masing.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia sebagai tenaga pengajar pada program ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran dan kebolehan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. Ia turut meningkatkan reputasi CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar keselamatan siber di arena antarabangsa.

divider-shadow
image
Persidangan Underground Economy 2016, Doha, Qatar
1 – 6 April 2016

Pada 1 hingga 6 April 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam Persidangan Underground Economy, di Doha, Qatar.

Persidangan anjuran bersama Kementerian Dalam Negeri Qatar dan INTERPOL ini diadakan untuk membuka peluang perkongsian antara industri, penyelidik, badan bukan kerajaan, badan penguatkuasaan undang-undang dan agensi kerajaan. Selain itu, ia turut menyediakan peluang pembelajaran dan rangkaian dengan profesional yang meliputi pelbagai aspek landskap ancaman global.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Keselamatan Siber, Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) dan Engku Azlan Engku Habib, Pakar Teknikal, Cyber Action & Intelligence Team. Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah memberi peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju bidang keselamatan siber serta mempertingkatkan usaha dalam menangani isu-isu berkaitan ancaman siber. Sementara itu, maklumat dan kajian kes yang diperolehi di persidangan ini dapat digunapakai bagi menjayakan projek pembangunan perkhidmatan di CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA) Meetings, Seoul, Korea
4 - 7 April 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri mesyuarat Common Criteria Recognition Arrangement (CCRA) pada 4 hingga 7 April 2016 di Seoul, Korea.

CCRA merupakan satu badan antarabangsa yang menerima pakai dan mengiktiraf sijil-sijil keselamatan IT yang dikeluarkan oleh negara-negara yang menggunakan Common Criteria (CC) dan Common Evaluation Methodology (CEM) dalam proses pengujian dan pensijilan keselamatan IT.

Mesyuarat CCRA yang diadakan dua kali setahun ini membincangkan isu-isu berkaitan pengujian dan pensijilan keselamatan IT, penambahbaikan dan tindakan pembangunan pendekatan Common Criteria (CC), isu teknikal serta pembangunan versi baru CC melalui Lembaga Pembangunan Common Criteria atau CC Development Board (CCDB).

Sebanyak 25 buah negara yang merupakan ahli CCRA telah hadir di mesyuarat ini. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Wan Shafiuddin Zainudin sebagai Ketua Jabatan Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat dan I.D Safairis Amat Noor Juruanlisa Kanan, Malaysian Common Criteria, Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia sebagai ahli CCRA atau Authorizing Country pada mesyuarat ini menunjukkan komitmen Malaysia sebagai sebuah negara yang berupaya memberi pengiktirafan dan pensijilan terhadap produk-produk yang mempunyai ciri-ciri keselamatan IT. Selain itu, ia turut memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam pensijilan Common Criteria di dunia.

divider-shadow
image
Lawatan Industri dari VADS Berhad ke CyberSecurity Malaysia
6 April 2016

Pada 6 April 2016, delegasi VADS Berhad yang diketuai oleh Mr. Massimo Migliuolo, CEO VADS Berhad telah membuat kunjungan hormat ke CyberSecurity Malaysia.

Objektif kunjungan industri ini dibuat adalah bagi mengeratkan hubungan dua hala serta kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dan VADS Berhad terutamanya dalam bidang e-Learning selain daripada isu-isu berkaitan keselamatan siber serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum oleh CyberSecurity Malaysia.

Sesi lawatan ini dimulakan dengan persembahan video korporat dan diikuti pembentangan korporat oleh Lt. Kol. Mustaffa Bin Ahmad (Bersara), Naib Presiden, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti, CyberSecurity Malaysia. Delegasi VADS Berhad turut dibawa melawat makmal Forensik Digital dan makmal Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

divider-shadow
image
Bengkel Analisis Jurang bagi Pelaksanaan Projek Pembangunan, Adaptasi dan Pensijilan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) bersama MAMPU dan Nuklear Malaysia, Cyberjaya
6 - 7 April 2016 & 18 - 19 April 2016

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengadakan bengkel bagi pelaksanaan Projek Pembangunan, Adaptasi dan Pensijilan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS).

Bengkel yang diadakan ini merupakan aktiviti utama bagi fasa pertama projek pelaksanaan BCMS, di mana MAMPU serta Nuklear Malaysia telah dikenalpasti sebagai agensi rintis bagi projek ini. Bengkel telah diadakan pada dua sesi, iaitu pada 6 dan 7 April 2016 di MAMPU, manakala 18 dan 19 April 2016 di Nuklear Malaysia.

Dapatan hasil dari bengkel dirumuskan dalam bentuk laporan bertulis dan akan dibentangkan kepada pihak-pihak yang terlibat serta digunakan di dalam pelan pelaksanaan BCMS mengikut keperluan setiap agensi.

divider-shadow
image
Bengkel Pelan Pembangunan Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (MySEAL), Putrajaya
7 - 8 April 2016

Pada 7 dan 8 April 2016 telah berlangsung Bengkel Pelan Pembangunan Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (MySEAL) di Putrajaya.

Bengkel anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan selaras dengan keperluan Dasar Kriptografi Negara (DKN) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2013. Dasar Kriptografi Negara merupakan satu pendekatan strategik bagi meningkatkan kecekapan dan mencapai kemandirian dalam penggunaan kriptografi ke arah kemakmuran ekonomi, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Bengkel ini diadakan bagi membincangkan pelan tindakan untuk memastikan kelancaran aktiviti pembangunan senarai algoritma kriptologi negara demi melindungi maklumat terperingkat dalam urusan elektronik dalam kalangan agensi serta organisasi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII).

Seramai 41 orang peserta terdiri daripada pakar-pakar kriptografi dan keselamatan maklumat serta ahli-ahli akademik dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta serta pemain industri hadir pada bengkel ini.

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Anugerah “CIO Excellence & Leadership” The Golden Globe Tigers Awards, Kuala Lumpur
11 April 2016

Pada 11 April 2016 telah berlangsung The Golden Globe Tigers Awards anjuran World Brand Congress (Asia Edition) di Kuala Lumpur.

Golden Globe Tigers Awards merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada individu dan juga organisasi meliputi pelbagai fungsi, pelbagai disiplin serta segmen dan industri. Penerima anugerah emas harimau dunia ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap keupayaan dan kepakaran individu mahupun organisasi yang berjaya dalam bidang pemasaran, penjenamaan tanggungjawab sosial Korporat (CSR), inovasi sosial, pendidikan serta akademik.

Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Malaysia telah menerima anugerah bagi kategori CIO Excellence & Leadership. Beliau menerima pengiktirafan tersebut di atas sumbangan dan kejayaan cemerlang di dalam sektor keselamatan maklumat.

Pengiktirafan yang diberi tersebut telah memperkukuhkan reputasi serta kedudukan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. Malah, industri keselamaan siber telah turut diiktiraf sebagai industri utama dalam domain keselamatan negara.

divider-shadow
image
Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia, Serdang, Selangor
18 April 2016

Pada 18 April 2016, telah berlangsung Seminar Kesedaran Keselamatan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2016 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Seminar anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan CyberSecurity Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga KPM tentang kepentingan keselamatan siber termasuk isu-isu berkaitan ancaman siber, landskap keselamatan siber semasa dan impak ancaman siber kepada KPM. Ia juga merupakan platform untuk CyberSecurity Malaysia memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada warga KPM.

Seramai 438 warga KPM hadir di seminar yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha KPM.

Antara pegawai CyberSecurity Malaysia yang terlibat sebagai pembentang pada seminar ini adalah Lt. Kol. Sazali bin Sukardi (Bersara) – “Cyber Security Landscape”, Jazannul Azriq Aripin – “Sharing is Caring, Oversharing is Careless, Awareness is your Shield” dan Lee Hwee Hsiung - “Cyber Security Professional Framework in Education System”.

Seminar ini telah mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

divider-shadow
image
Program Sosial Inovasi MOSTI : Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sarawak, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak
18 to 19 April 2016

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sarawak pada 18 dan 19 April 2016 bertempat di UiTM Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

Program Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Sarawak ini dilaksanakan di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) bertujuan untuk membantu komuniti setempat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Pada edisi Sarawak, Program Pembangunan Keusahawanan MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) telah diperkenalkan, di mana MyCSC akan dibangunkan di daerah Batang Sadong bagi menyemarakkan lagi pembangunan keusahawanan dalam bidang keselamatan siber.

Program selama dua hari ini dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut hadir ialah YB. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi & Inovasi MOSTI, YB. Rubiah Haji Wang, Ahli Parlimen Kota Samarahan, YBhg. Profesor Dato Dr Jamil Haji Aziz, Rektor UiTM Sarawak, YBhg. Datuk Abdul Wahab Aziz, Pengerusi Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) dan YABhg. General Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Ops Jelajah Cyber 2.0 menjadi platform untuk mempromosi perkhidmatan CyberSecurity Malaysia serta peranan MOSTI dalam memastikan keselamatan siber negara.

divider-shadow
image
Amsterdam FIRST Technical Colloquium 2016, Amsterdam, Belanda
19 - 20 April 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri FIRST Technical Colloquia on Computer Security Incident Handling forum di Amsterdam pada 19 dan 20 April 2016.

Forum FIRST Technical Colloquia (TC) anjuran CISCO ini adalah merupakan acara tahunan di mana ahli-ahli FIRST berkumpul untuk berbincang mengenai isu-isu terkini dalam keselamatan IT dan pengendalian insiden Keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Wira Zanoramy Ansiry Zakaria, Ekeskutif Kanan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT. Beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Artificial Intelligence Technique in Incident Response”.

Penglibatan aktif CyberSecurity Malayisa pada forum FIRST telah meningkatkan reputasi serta imej Malaysia sebagai negara yang memberi keutamaan kepada bidang keselamatan siber. Selain itu, ia juga merupakan peluang untuk CyberSecurity Malaysia membina rangkaian kerjasama dan hubungan baik dengan wakil-wakil CERT serta pakar-pakar keselamatan IT dari pelbagai negara.

divider-shadow
image
Bengkel Kajian Asas Kesedaran Keselamatan Siber Negara, Putrajaya
27 - 29 April 2016

Pada 27 hingga 29 April 2016, satu Bengkel Kajian Asas Kesedaran Keselamatan Siber telah diadakan oleh CyberSecurity Malaysia sebagai persediaan bagi membangunkan soalan-soalan kaji selidik berkaitan tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia.

Dapatan dari kaji selidik ini akan dijadikan rujukan utama bagi proses pembangunan modul kesedaran keselamatan siber yang akan digunapakai di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang, antaranya Bahagian Teknologi Pendidikan serta Bahagian Pembangunan Korikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia), DiGi Telecommunication, Eduspec, MDeC, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM), VADS serta UNICEF.

Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan keselamatan siber secara berterusan kepada pengguna internet di Malaysia, CyberSecurity Malaysia amatlah komited dalam menjayakan pembangunan modul ini. Ia diadakan bagi memastikan tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan dan seterusanya mengurangkan jumlah insiden keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image