Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 13 | SUKU KEDUA - 2016
Bahasa | English
MEI 2016
image
The World Summit of the Information Society (WSIS) 2016, Geneva, Switzerland
2 - 6 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri The World Summit of the Information Society (WSIS) 2016 anjuran bersama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) dan Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) di Geneva, Switzerland pada 2 hingga 6 Mei 2016.

Forum WSIS 2016 merupakan perhimpunan tahunan terbesar komuniti berteraskan ‘ICT untuk pembangunan’ yang mencakupi pelbagai topik berkisarkan ICT. Turut berlangsung ialah Majlis Penganugerahan WSIS Prize 2016 yang merupakan platform bagi mengenal pasti dan mempamerkan kejayaan serta model yang boleh direplikasikan dan diperkasakan oleh komuniti di peringkat tempatan.

CyberSecurity Malaysia telah tersenarai di antara lima (5) projek terbaik bagi merangkul anugerah WSIS Prize 2016 dalam kategori C11: International & Regional Cooperation bertajuk “Securing the Cyber Space through International Collaboration of the Computer Emergency Response Teams”. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan ke atas kepakaran dan keupayaan CyberSecurity Malaysia di persada antarabangsa. Anugerah disampaikan oleh Setiausaha Agung ITU, Houlin Zhao.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Rahayu Azlina Ahmad dan Noraini Abdul Rahman dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa.

Wakil CyberSecurity Malaysia turut membentangkan kertas kerja bertajuk "Spam: Understanding and Mitigating the Challenges Faced by Emerging Internet Economies" pada sesi bengkel bertemakan ‘Spam’. Penyertaan pada forum ini telah memperkukuhan lagi reputasi serta kedudukan CyberSecurity Malaysia dalam industri keselamatan siber di peringkat tempatan juga luar negara.

divider-shadow
image
Third Country Transformation Workshop 2016, Singapura
3 - 6 Mei 2016

Pada 3 hingga 6 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai bengkel Third Country Transformation Programme 2016 anjuran US Department of State dan INTERPOL di Singapura.

Bengkel ini merupakan platform bagi para peserta berkongsi maklumat serta pengalaman mengenai langkah-langkah mencegah jenayah siber dari aspek perundangan, teknik dan kolaborasi di peringkat antarabangsa. Selain itu, ia turut membincangkan trend semasa dan modus operandi jenayah siber peringkat global, tatacara memproses dan mengekalkan maklumat serta bahan bukit bagi membantu siasatan terhadap sesuatu kes jenayah siber.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Mohd Rizal Abu Bakar, Juruanalisa Teknikal, Cyber Action & Intelligence Team. Bengkel ini telah meningkatkan lagi kecekapan dan keupayaan CyberSecurity Malaysia dalam menyelaras dan membantu pihak berkuasa terhadap sesuatu insiden jenayah siber yang dilaporkan. Ia turut memperkukuhkan jalinan kerjasama sedia ada di antara CyberSecurity Malaysia dengan agensi-agensi antarabangsa lain seperti INTERPOL, FBI serta pentadbir laman media sosial Facebook.

divider-shadow
image
Mesyuarat Persediaan Persidangan Tahunan OIC-CERT 2016, Jeddah, Arab Saudi
4 - 5 Mei 2016

Pada 4 dan 5 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Persediaan Persidangan Tahunan OIC-CERT 2016 anjuran Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi. Hadir mewakili CyberSecurity Malaysia ialah Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarbangsa dan Kerajaaan, CyberSecurity Malaysia selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT.

Mesyuarat Persediaan Persidangan Tahunan OIC-CERT 2016 ini merupakan mesyuarat koordinasi di antara CyberSecurity Malaysia, selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT bersama OIC bagi membincangkan persediaan Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan OIC-CERT 2016 yang akan diadakan pada 11 – 14 Disember 2016.

Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan OIC-CERT 2016 kali ke-lapan ini bertemakan Towards Cyber Resilient Ummah akan dihoskan oleh Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) dan bakal dirasmikan oleh Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Iyad Ameen Madani,

Penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Sekretariat Tetap OIC-CERT telah mengharumkan nama Malaysia serta mendapat banyak pujian serta sokongan dari pelbagai pihak khususnya dalam kalangan ahli-ahli OIC-CERT. Sehingga kini, CyberSecurity Malaysia telah berjaya mengendalikan acara tahunan OIC-CERT dan terus diberi kepercayaan untuk mengurus acara tersebut setiap tahun.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan CyberSecurity Malaysia
6 Mei 2016

Pada 6 Mei 2016 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara CyberSecurity Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

MoU ini dimeterai dengan tujuan meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan siber dalam kalangan badan-badan koperasi nasional.

Melalui kerjasama yang dimeterai ini, CyberSecurity Malaysia akan menyediakan program latihan dan perkhidmatan keselamatan siber kepada organisasi di bawah naungan ANGKASA terutamanya badan-badan Koperasi yang mempunyai laman sesawang yang berisiko tinggi terhadap ancaman jenayah siber. Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga akan mengadakan beberapa siri taklimat mengenai kepentingan kesedaran keselamatan siber kepada kakitangan ANGKASA.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Tuan Hj Naser Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr. Amirudin Abdul Wahab dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA dan Dr.Solahuddin Shamsuddin Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia.

Melalui kerjasama ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju Keselamatan siber dalam kalangan badan-badan koperasi, di samping mengeratkan hubungan strategik dengan pihak ANGKASA.

divider-shadow
image
Bengkel High Performance Cloud Computing Center (HPC3), Kuala Lumpur
7 Mei 2016

Pada 7 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam Bengkel High Performance Cloud Computing Centre anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP). Bengkel selama sehari ini diadakan untuk mengukuhkan visi and misi HPC3 serta meningkatkan jaringan dalam koloborasi penyelidikan.

Seramai 20 peserta telah hadir pada bengkel ini terdiri dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), CyberSecurity Malaysia, Petronas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga NVIDIA.

Bengkel ini telah mengukuhkan jalinan kerjasama serta kolaborasi di antara CyberSecurity Malaysia dan UTP untuk menjalankan penyelidikan berkenaan pusat maklumat teknologi awan, di mana pensyarah UTP dilantik sebagai tenaga pakar atau rujukan bagi teknologi awan dan privasi.

divider-shadow
image
Presentation/Meeting at Honeynet Conference 2016 - The Honeynet Project Annual Workshop 2016, San Antonio, Texas, Amerika Syarikat
9 – 13 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri persidangan tahunan Honeynet Project di Texas, Amerika Syarikat dari 9 hingga 13 Mei 2016.

Persidangan ini dianjurkan sebagai platform perkongsian isu dan trend terkini keselamatan siber terutama dalam bidang Industrial Control System/Supervisory and Data Acquisition (ICS/SCADA). Ia merupakan satu avenue bagi pertukaran pendapat antara pakar-pakar keselamatan siber dari pelbagai Negara yang menyertai persidangan ini.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Ahmad Aizuddin Aizat Tajul Ariff, Juruanalisa Teknikal, Jabatan MYCERT. Beliau telah menyampaikan kajian kes bertajuk “Honeynet Project: A Honeynet Implementation Case Study” pada satu sesi tertutup di persidangan tersebut yang dihadiri seramai 40 peserta yang terdiri dari pakar keselamatan siber dari pelbagai negara.

divider-shadow
image
3rd ASEAN-EU STI : CONNECT2SEA Workshop on ICT Research and Innovation for Sustainable Economic and Social Development in ASEAN, Hanoi, Vietnam
10 – 12 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan 3rd ASEAN-EU STI Bengkel CONNECT2SEA pada 10 hingga 12 Mei 2016 di Hanoi, Vietnam. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dari negara-negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) dan juga Asia Tenggara (SEA) bagi berkongsi pengalaman dalam penyelidikan ICT dan mengukuh jalinan kerjasama inovasi antara Negara-negara terlibat dalam projek CONNECT2SEA.

Projek CONNECT2SEA menyokong dasar ICT antara Kesatuan Eropah dan Asia Tenggara (SEA) dan membantu untuk meningkatkan penyelidikan ICT EU-SEA, pembangunan dan kerjasama inovasi.

Antara topik yang dibincangkan adalah bantuan kewangan dalam bidang ICT, penyelidikan dan inovasi, amalan terbaik serta kisah-kisah kejayaan melalui kerjasama ICT, pengalaman yang di ambil daripada amalan komuniti dalam keselamatan siber, data raya (big data), kelompok ICT dan juga isu-isu dasar.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi yang telah membuat pembentangan bertajuk "Inisiatif Cybersecurity dalam mengamankan ruang siber ASEAN" dan juga Ismamuradi Dato’ Hj Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pengurusan Strategik.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia di peringkat global melalui penyertaan dalam acara antarabangsa, meningkatkan keupayaan serta jalinan hubungan dengan negara lain dan syarikat antarabangsa.

divider-shadow
image
Fortinet's APAC Partner Retreat 2016 at Chengdu, China
16 - 20 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia telah dijemput menyertai Fortinet Partner Business Retreat 2016 di Chengdu, China selama lima hari bermula dari 16 Mei hingga 20 Mei 2016.

Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Bahagian Penyelidikan Strategik telah mewakili CyberSecurity Malaysia dan terlibat sebagai salah seorang panel pembentang pada sesi perbincangan bertajuk “Asia-Pacific Security Framework”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia membuktikan komitmen CyberSecurity Malaysia untuk bekerjasama dengan peneraju industri keselamatan siber di peringkat global. Di samping itu, ia juga dijadikan platform untuk menyuarakan pandangan CyberSecurity Malaysia semasa mengikuti program tersebut. Selain itu, ia turut membuktikan ketersediaan, komitmen serta kepimpinan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber di peringkat global.

divider-shadow
image
Karnival Kreativity & Science 4U, Tamparuli, Sabah
17 – 18 Mei 2016

Pada 17 dan 18 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Karnival Kreativiti & Science4U 2016 yang diadakan di Tamparuli, Sabah.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan khususnya di dalam bidang teknologi keselamatan siber agar masyarakat sedar akan kepentingan bidang Keselamatan siber dalam ICT di era globalisasi ini. Selain itu, ia juga merupakan peluang bagi CyberSecurity Malaysia mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan seperti Cyber 999, Digital Forensics, Malaysia Trustmark, MyCyberSecurity Clinic dan lain-lain.

Karnival selama dua (2) hari ini telah dikunjungi lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan juga penduduk setempat. Sebanyak 18 buah agensi MOSTI terlibat dalam program ini.

divider-shadow
image
5th Information Security Summit Spotlight on Cloud, Kuala Lumpur
17 - 18 Mei 2016

Pada 17 dan 18 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai 5th Information Security Summit Spotlight on Cloud anjuran Asian World Summit.

Persidangan ini dianjur bagi membincangkan isu-isu berkaitan cloud meliputi kos peralihan perkhidmatan cloud, keselamatan maklumat yang disimpan, masalah pemilikan maklumat yang berada dalam simpanan cloud di luar Negara, cara mengintegrasikan cloud yang berlainan jenis serta kebaikan menggunakan perkhidmatan cloud.

Seramai 50 orang peserta hadir di persidangan ini. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Norahana Salimin, Ahmad Dahari Jarno, Muhamad Faeez Pauzi dan Nor Safwan Amirul Salleh dari Jabatan Jaminan Keselamatan.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah meningkatkan pengetahuan serta informasi mengenai cloud dan ianya sebagai persediaan untuk penawaran perkhidmatan keselamatan berkaitan cloud.

divider-shadow
image
Malware Research Project, BruCERT, Brunei Darussalam
17 - 20 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT telah melaksanakan program Latihan Teknikal bagi Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Koordinasi Malware Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT) bertempat di Ibupejabat Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Brunei (BruCERT), Negara Brunei Darussalam.

Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Koordinasi Malware Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT) ini mendapat kelulusan OIC-CERT sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan OIC-CERT di Brunei Darussalam pada tahun 2014.

Projek rintis yang dimulakan dengan penyertaan beberapa negara anggota OIC-CERT termasuk Brunei Darussalam dijalankan menerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Brunei (BruCERT). Ia merupakan satu usaha sama dalam kalangan negara anggota OIC-CERT bagi berkongsi data berkaitan malware, melakukan analisis dan pengesanan awal berkaitan ancaman malware. Projek ini juga akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai landskap ancaman siber di peringkat kebangsaan dan negara-negara OIC-CERT.

CyberSecurity Malaysia diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program latihan dan berkongsi analisis data ancaman malware dengan negara anggota OIC-CERT, membantu negara-negara tersebut dalam meningkatkan kecekapan pengendalian ancaman malware bagi mengurangkan ancaman seterusnya menyediakan platform untuk negara-negara anggota yang terlibat membincangkan halatuju strategik dan cabaran yang dihadapi.

Penganjuran program latihan ini telah mengeratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi teknologi keselamatan siber di antara CyberSecurity Malaysia dan BruCERT. Ianya juga merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran Malaysia dalam bidang penyelidikan malware seterusnya meningkatkan permintaan negara-negara anggota OIC-CERT untuk Malaysia terus memberi latihan kepakaran dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
Program Inovasi Sosial MOSTI : Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Perak
18 – 19 Mei 2016

Pada 18 dan 19 Mei 2016 telah berlangsung Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Perak di Daerah Kerian. Program ini merupakan inisiatif CyberSecurity Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara melalui Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI). Ia diadakan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan pemulihan data, sanitasi data dan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber kepada umum. Sebanyak enam (6) buah negeri telah dipilih untuk menjayakan program ini termasuk Perak Darul Ridzuan.

Ops Jelajah Cyber 2.0 turut mempromosi Program Pembangunan Keusahawanan (Entreprenuer Development Programme - EDP) melalui MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) yang merupakan satu program perkembangan rangkaian Outlet MyCSC. Ia merupakan platform ‘touch point’ kepada rakyat dalam menangani masalah berkaitan Forensik Digital dan juga sebagai pemangkin kepada bidang keusahawanan.

Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Perak dirasmikan oleh Majlis dirasmikan oleh YB. Dato’ Shahrul Zaman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini, antaranya ses latihan teknikal & keusahawanan, ceramah CyberSAFE, perkhidmatan Forensik Digital seperti Baik Pulih Data dan Sanitasi Data.

Ops Jelajah Cyber 2.0 telah membawa perkhidmatan CyberSecurity Malaysia ke peringkat akar umbi di mana kebanyakkan program yang dijalankan tertumpu kepada kawasan luar bandar.

divider-shadow
image
Taklimat Media Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) bagi Pembangunan Pusat MyCyberKomuniti@Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
19 Mei 2016

Pada 19 Mei 2016 telah berlangsung satu taklimat media mengenai Pusat MyCyberKomuniti@Sabah yang dibangunkan di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI). Program MSI diadakan khusus oleh MOSTI bagi meningkatkan kualiti kehidupan Komuniti setempat agar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT sejajar dengan perkembangan arus digital masa kini.

Penubuhan Pusat MyCyber Komuniti@Sabah ini dibangunkan sejajar dengan hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing. Ia akan menjadi hub ICT bagi penganjuran pelbagai program serta aktiviti selain menjadi platform penyebaran ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan Internet secara positif.

Pusat MyCyber Komuniti@Sabah akan menyediakan kemudahan ICT yang memberi pelbagai faedah dan manfaat kepada Komuniti setempat. Ia juga dijangka dapat memperkasakan Komuniti setempat dalam menangani isu berkaitan keselamatan siber serta berupaya merapatkan jurang digital.

Bagi merealisasi pembangunan Pusat MyCyberKomuniti@Sabah, satu memorandum perjanjian (MoA) telah dimeterai oleh CyberSecurity Malaysia bersama Koperasi Tokou Sabah Berhad. Sesi pertukaran MoA tersebut telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Bahagain Outreach & Pembangunan Kapasiti, CyberSecurity Malaysia dan Encik Felix Saang, Pengerusi Koperasi Tokou Sabah Berhad.

Pusat MyCyber Komuniti akan dilengkapi dengan peralatan ICT seperti kemudahan komputer serta akses Internet, percetakan digital dan mesin pengimbas. Penggunaan komputer akan memudahkan Komuniti setempat melakukan perbankan dalam talian (online banking) serta transaksi dalam talian (online transaction) seperti pembayaran bil dan utility.

divider-shadow
image
China-ASEAN Network Security Emergency Response Capacity Building Seminar, Chengdu, China
23 - 26 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia menyertai Seminar CHINA-ASEAN Network Security Emergency Response pada 23 hingga 26 Mei 2016 di Chengdu, China anjuran China Computer Emergency Response Team/Coordination Center (CNCERT/CC).

Seminar yang bertajuk “Gather Cyber Talents, Build Secure Ecosystem” ini telah dihadiri badan-badan serta agensi kerajaan dari pelbagai Negara di rantau ASEAN. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT). Beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Coordinated Malware Eradication and Remediation Project – CMERP” pada satu sesi forum teknikal di Seminar tersebut.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada Seminar ini telah membuka peluang untuk jalinan kerjasama serantau diwujudkan bagi berbincang, berkongsi kepakaran serta pengalaman mengenai isu berkaitan ancaman malware. Ia turut menjadi platform bagi projek “Coordinated Malware Eradication and Remediation” serta Lebahnet (Honeynet) di peringkat antarabangsa.

divider-shadow
image
Lawatan Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia ke CyberSecurity Malaysia, Kuala Lumpur
25 Mei 2016

Pada 25 Mei 2016 satu lawatan dari pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan ke CyberSecurity Malaysia. Lawatan ini merupakan kesinambungan dari Program CyberSAFE Ambassador yang telah dilaksanakan pada 23 dan 24 Mei 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

Pegawai-pegawai BTPN yang terlibat dalam Program CyberSAFE Ambassador ini akan bertindak sebagai Jurulatih Utama bagi Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Peringkat Kebangsaan (NICTSeD 2016) yang akan diadakan pada bulan Ogos 2016 di BTPN Terengganu.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk merapatkan kerjasama strategik di antara CyberSecurity Malaysia dan Bahagian Teknologi Pendidikan, memberi pendedahan serta maklumat berkaitan NICTSeD 2016 serta memperkenalkan CyberSecurity Malaysia dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada Pegawai BTPN. Seramai 25 pegawai BTPN hadir pada sesi lawatan ini.

divider-shadow
image
Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2016 (MOSCMY 2016), Bangi, Selangor
25 – 27 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2016 atau MOSCMY 2016 anjuran Universiti Kebangsaan Malasyia (UKM) pada 25 hingga 27 Mei 2016.

Persidangan ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu serta pertukaran pandangan dan pengalaman mengenai teknologi dan penyelesaian sumber terbuka. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk memahami dan meningkatkan kemahiran dalam bidang sumber terbuka seterusnya dapat memaksimakan keuntungan organisasi mereka.

Seramai 15 orang peserta telah menyertai persidangan selama tiga hari yang diadakan di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi ini. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Jaminan Keselamatan di persidangan ini.

Maklumat yang diperolehi oleh pegawai CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah dapat menambah pengetahuan mereka dalam bidang kad pintar termasuk Keselamatan Perkakasan, Teknologi Pengkomputeran Awan & Keselamatan Rangkaian dan IPv6 yang sedang berkembang maju dan merupakan salah satu teknologi yang berkemungkinan akan terdedah dengan ancaman keselamatan siber.

divider-shadow
image
4th International Conference on Information and Communication Technology, Bandung, Indonesia
25 – 27 Mei 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai 4th International Conference on Information and Communication Technology anjuran Telkom University, Indonesia di Bandung dari 25 hingga 27 Mei 2016.

Persidangan selama tiga hari meliputi pembentangan kertas kerja oleh komuniti saintifik antarabangsa termasuk ucaptama oleh penyelidik utama dari universiti termuka. Ia merupakan satu platform untuk penyelidik dan pengamal industri berkongsi idea-idea baru mereka, hasil penyelidikan dan pengalaman pembangunan praktikal dalam bidang berkaitan pengajaran and pembelajaran di dalam bidang teknologi, komunikasi dan analisa data raya.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Mohamad Nizam Kassim dari Jabatan Penyelidikan Strategik, di mana beliau telah membuat pembentangan kerja penyelidikan bertajuk “Word Stemming Challenges in Malay Texts: A Literature Review”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju bidang Keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.

divider-shadow
image
Program Kesedaran Keselamatan Siber Sektor Awam, Putrajaya
27 Mei 2016

Pada 27 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan program kesedaran Keselamatan siber bagi sektor awam di Putrajaya.

Program ini diadakan bagi memberi informasi terkini kepada sektor awam mengenai lanskap Keselamatan siber bagi membantu keperluan pihak agensi kerajaan untuk membangunkan sistem ICT yang berdaya tahan serta mampu menangkis serangan jahat para penggodam yang sentiasa berevolusi dengan peredaran waktu. Seramai 86 peserta daripada 47 agensi kerajaan telah menghadiri program ini.

CyberSecurity Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan pensijilan di bawah Skim MyCC termasuk rangka kerja Dasar Skim MyCC, peranan dan tanggungjawab CyberSecurity Malaysia di bawah skim MyCC. Selain itu, peluang ini turut diambil unuk memperkenalkan peranan dan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Chanjiang International Forum 2016, Wuhan, China
27 - 31 Mei 2016

CyberSecurity Malayisa telah dijemput oleh Society for Policing Cyber Space (POLCYB) untuk menghadiri Changjiang International Forum 2016 anjuran Zhongnan University of Economics and Law di Wuhan, China. Forum selama empat hari bermula dari 28 Mei hingga 31 Mei 2016.

Mewakili CyberSecurity Malaysia ialah Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Bahagian Penyelidikan Strategik. Beliau telah membuat pembentangan “Addressing Legal Challenges in Cyber ‎Environment - Malaysia's Experiences” Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada forum antarabangsa ini menunjukkan komitmen serta kesungguhan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber. Ia juga merupakan satu pengiktirafan antarabangsa mengenai peranan dan sumbangan CyberSecurity Malaysia dan Malaysia amnya dalam tindakan menangani pelbagai isu jenayah siber menerusi pendekatan perundangan.

Ia turut melonjak naik imej dan indeks negara dalam aspek keselamatan siber, sekaligus meningkatkan keyakinan masyarakat global terhadap keselamatan pelbagai aktiviti dalam talian berikutan kepakaran dan keupayaan sistem pertahanan siber yang dimiliki Negara.

divider-shadow
image
Majlis Perasmian Persidangan Ke-5 Kriptology Antarabangsa dan Keselamatan Maklumat 2016, Kota Kinabalu, Sabah
31 Mei 2016

Pada 31 Mei 2016 telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Ke-5 Kriptologi Antarabangsa dan Keselamatan Maklumat 2016 (Cryptology 2016) di Kota Kinabalui, Sabah. Majis perasmian disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Cryptology 2016 dianjur bersama oleh CyberSecurity Malaysia dan Malaysian Society for Cryptology Research (MSCR) serta disokong oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) and Universiti Sains Malaysia (USM).

Persidangan ini ini merupakan platform bagi pengamal-pengamal ICT daripada dalam dan luar Negara dan Kriptologi khususnya membentangkan hasil penyelidikan dan seterusnya berkongsi pendapat dan maklumat dengan para peserta. Ianya termasuk teori asas dan isu-isu berkaitan kriptologi, keselamatan maklumat dan lain-lain. Seramai lebih 200 peserta hadir di persidangan ini.

Pada persidangan ini juga, CyberSecurity Malaysia telah melancarkan satu perkhidmatan yang dikenali sebagai CSM Randomness Test Tool (CRTT) yang merupakan alat penganalisis kriptografik.

Kehadiran YB Menteri merasmi serta melancarkan produk CRTT telah memberi impak besar kepada persidangan ini. Manakala penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam penganjuran persidangan membuktikan komitmen CyberSecurity Malaysia dalam bidang kriptologi di Malaysia.

divider-shadow
image
Persidangan IDC’s Asia/Pacific Enterprise Hybrid Cloud 2016, Kuala Lumpur
31 Mei 2016

Pada 31 Mei 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri persidangan IDC’s Asia / Pacific Enterprise Hybrid Cloud 2016 di Kuala Lumpur.

Persidangan sehari ini diadakan bagi membincangkan strategi IT sesebuah organisasi mengenai teknologi awan (cloud) yang merangkumi tiga elemen utama, iaitu pengurusan perkhidmatan, pengurusan beban kerja dan pemodenan infrastruktur di pusat data. Gabungan komponen ini bersama elemen GRC, iaitu Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan akan dapat menentukan keupayaan sesebuah organisasi IT dalam memacu transformasi data yang didorong oleh persekitaran perniagaan yang mudah alih intensif serta berdaya saing.

Seramai 120 peserta hadir di persidangan ini termasuk pegawai-pegawai Jabatan Jaminan Keselamatan, CyberSecurity Malaysia.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini telah meningkatkan pemahaman serta pengetahuan mengenai teknologi awan hybrid, di samping memperkemaskan keupayaan dalam kajian berkaitan gabungan awan persendirian dan umum.

divider-shadow
image
Latihan Teknikal Pentadbiran OTRS, Bangkok, Thailand
30 Mei – 3 Jun 2016

Pada 30 Mei hingga 3 Jun 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai latihan amali pemasangan serta pentadbiran sistem OTRS versi 5 yang dianjurkan oleh OTRS Sdn Bhd di Bangkok, Thailand.

Program latihan ini telah mendedahkan CyberSecurity Malaysia mengenai pemasangan sistem OTRS terkini yang memerlukan pemasangan pangkalan data serta pakej awal sistem operasi dan pengubahsuaian untuk kelancaran serta mengoptimumkan penggunaan sistem OTRS.

Seramai 11 peserta hadir ke sesi latihan ini termasuk wakil dari CyberSecurity Malaysia, Syazwan Hafizudin Shuhaimi dari Jabatan MyCERT.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program latihan ini telah berupaya menambah ilmu pengetahan mengenai sistem OTRS versi 5 di samping meningkatkan kemahiran CyberSecurity Malaysia dalam mentadbir serta menjaga operasi sistem OTRS.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image