Mesej dari CEO

 
 

Assalamualaikum WBT and Salam Sejahtera.

Bersua kembali pada penerbitan CyberNEWS edisi ketiga tahun 2020.

Pada suku ketiga ini, negara masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat dari penularan pandemic Covid-19. Kebanyakkan program masih dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan teknologi digital yang sedia ada. Namun terdapat juga program yang diadakan secara fizikal, di mana pematuhan kepada SOP yang diketat telah diikuti sama ada oleh CyberSecurity Malaysia mahu pun penganjur program yang lain.

Antara program CyberSecurity Malaysia yang dilaksanakan pada suku ketiga ialah Bengkel Rintis Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (MKKSN) yang dianjurkan bersama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sembilan lokasi di seluruh Malaysia, Seminar “Cyber Security And Defense” dengan kerjasama Rejimen 502 Askar Wataniah Negeri Selangor sebagai inisiatif membudayakan bidang keselaamatan siber dalam sektor pertahanan serta Majlis Pelancaran Nexgen SOC dengan kerjasama Heitech Padu dan RSA Security melalui inisatif CyberSecurity Collaboration Program (CCP), Hari Terbuka MYCC 2020 (MYCC Open Day 2020) bertemakan “Cyber Security Evaluation and Certification Services for The Digital Economy Era”,

CyberSecurity Malaysia juga menyertai Program Latihan “Android Mobile Malware Case Study During Covid19 Lockdown”, Seminar Maya: Virtual Cloud Security Day dan Industri 5.0 serta Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) yang telah diadakan secara dalam talian.

Beberapa siri bengkel bagi tujuan pembangunan Professional Keselamatan Siber seperti Skim Pensijilan Global ACE, program Latihan Teknikal Keselamatan Pembaca Kad Pintar serta Latihan Keselamatan Pengkomputeraan Awan juga turut diadakan sepanjang suku ketiga 2020.

Sebagai agensi pakar keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia komited dalam melaksanakan inisiatif bagi mengukuhkan eko-sistem keselamatan siber negara dari aspek teknikal serta dalam masa yang sama akan terus melestari agenda memupuk kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia.

Sementara itu, saya ingin mengesa seluruh warga digital Malaysia supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengamalkan budaya normal baharu. Gunalah teknologi secara positif, beretika dan bertanggungjawab serta terapkan sikap kawal kendiri yang tinggi pada setiap masa.

Sentiasa Bijak Sentiasa Selamat. Bersama Ke Arah Kesejahteraan Siber.

Terima kasih.

Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif

AKTIVITI SUKU KETIGA

 
JUL

2020

AUG

2020

SEP

2020

  • 2 September 2020
 
  • 6 - 8 September 2020
 
  • 8 September 2020
 
  • 9 September 2020
 
  • 10 September 2020
 
  • 12 - 13 September 2020
 
  • 14 - 17 September 2020
 
  • 19 - 20 September 2020
 
  • 22 September 2020
 
  • 22 September 2020
 
  • 29 September 2020
 
  • 28 - 30 September 2020