E-mel palsu mengandungi cecacing baru
1st October 2003 (Utusan Malaysia)

SYARIKAT-syarikat anti-virus memberi amaran mengenai merebaknya cecacing komputer yang baru yang dihantar melalui e-mel palsu yang mendakwa ia merupakan perisian keselamatan dari Microsoft.

Pengguna yang telah membuka lampiran daripada penghantar tersebut akan menyebabkan komputer mereka dijangkiti cecacing yang cuba mematikan program-program keselamatan yang telah digunakan dalam komputer mereka.

Cecacing tersebut yang dikenali sebagai `Swen' atau `Gibe' mengambil kesempatan daripada kelemahan Internet Explorer (IE) yang memberi kesan kepada pengguna tidak pernah mengemaskinikan perisian IE mereka, kata syarikat keselamatan Internet, Network Associates Inc. (CA).

Program tersebut yang didatangkan dalam bentuk lampiran daripada e-mel mendakwa mempunyai perisian dalam lampiran yang mampu memperbaiki kelemahan dalam IE, Outlook dan Outlook Express dan akan kemudiannya akan menghantar dengan sendiri melalui alamat e-mel yang terdapat di dalam komputer mangsa.

Cecacing tersebut juga disebarkan melalui sistem sembang siber (chat) dan boleh menyalin dirinya sendiri apabila berada dalam rangkaian, kata CA.

Apabila ia telah menjangkiti komputer ia akan meningkat jumlah mangsa dan sehingga dua minggu lepas ia telah menjangkiti 760,000 komputer, kata Symantec Corp.

Bagaimanapun ia ditakrifkan sebagai kategori rendah untuk komputer syarikat dan sederhana untuk komputer rumah.