Pengguna Windows perlu pasang MS06-001
11th January 2006 (Berita Harian)

MICROSOFT Malaysia (Microsoft) meminta semua penggunanya memuat turun dan memasang sekuriti terkini, MS06-001 untuk mengatasi serangan Windows Meta File (WMF) yang akan memberi kesan kepada semua versi Windows Microsoft.

Pengguna sektor konsumer yang menggunakan peningkatan secara automatik akan menerima peningkatan automatik dan tidak perlu melakukan sebarang kerja tambahan.

Mereka juga boleh mengguna dan memuat turun sendiri secara mengunjungi Microsoft Update atau Windows Update. Maklumat juga boleh didapati di http://www.microsoft.com/athome/security.

Sektor enterpris yang menggunakan perkhidmatan peningkatan sistem pelayan Windows (Windows Server Update Services) juga akan menerima peningkatan secara automatik yang disokong oleh Microsoft Baseline Security Analyzer 2.0, Systems Management Server dan Software Update Services.

Muat turun secara manual boleh didapati pada Download Center di http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/ms06 -001.mspx.