Industri, IPT lahir pakar antivirus
11 April 2008 (Harian Metro)
Oleh Afiq Hanif

MELENTUR buluh biar bermula dari rebungnya. Pepatah itu jelas menunjukkan kesesuaian mendidik pelajar atau anak sejak dari kecil.

Namun, peribahasa yang sinonim bagi anak kecil se harusnya diperluaskan ke peringkat dewasa juga terutamanya golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Sejajar dengan perkembangan sistem keselamatan komputer yang semakin meluas diperkatakan sebagaimana meluasnya gejala ancaman seperti virus, pencerobohan, perisian jahat, perisian pengintip, membanjirkan e-mel (spam) dan se bagainya.

Sewajarnya, pembentukan kerjasama perlu dalam mela hirkan pakar antivirus di peringkat tempatan yang dapat membantu menangani masalah itu seterusnya membuka peluang kepada pelajar IPT menerokai bidang itu me mandangkan penyebaran virus melalui maya bukan lagi isu sampingan yang perlu dipinggirkan.

Ketika ini pelbagai bentuk ancaman dikenal pasti, se dangkan pengeluar antinya pula tidak pernah berasa tenang, lantas berhempas pulas mengawal keadaan yang semestinya memerlukan ramai tenaga pakar.

Dari mana datangnya program menyalin dan menyebarkan virus dengan memasukkan salinannya ke dalam kod atau dokumen yang boleh dilaksanakan hampir serupa dengan virus biologi?

Ia dihantar oleh penggodam yang terbabit dalam ke selamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan penge tahuan terperinci seterusnya menghantar virus.

Golongan memiliki kepakaran yang hebat dalam me lahirkan 'malware', 'spyware', 'trojan' dan sebagainya me mungkinkan penggunaan pelajar IPT perlu untuk mena nganinya secara tersusun melalui kerjasama dengan industri berkaitan.

Bukan mudah tapi boleh dilaksanakan jika kena dengan caranya.

Melahirkan pakar dalam antivirus memerlukan kerjasama pengurusan universiti, industri dan persatuan bekas pelajar (alumni) perlu lebih inovatif dalam melaksanakan program bersama terutama membabitkan pengubahsuaian silibus dan program pendidikan.

Pelaksanaan itu bagi menjamin pelajar dilengkapi nilai pemahaman antivirus pada tahap tinggi dan mempunyai nilai ditambah bagi memenuhi keperluan pasaran kerja dalam bidang berkaitan seterusnya diterima syarikat antivirus bukan saja di negara ini tapi mampu dibawa ke negara lain.

Usaha sama ketiga-tiga pihak itu adalah pemangkin kepada langkah memperkemas sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan penyebaran virus yang berleluasa melalui teknologi terkini.

Malah kalau dulu pengguna hanya perlu risau mengenai jangkitan di komputer peribadi atau laptop tapi kini telefon bimbit pintar pula menjadi sasaran.

Ini bermakna pembelajaran mengenai ilmu teknologi mak lumat perlu diperkemaskan dan IPT adalah ruang terbaik terutama berkaitan penyelidikan serta pembangunan (R&D).

Kekosongan pembelajaran topik antivirus oleh industri sedemikian perlu diperkasakan dari semasa ke semasa mem bolehkan semua pihak bergabung tenaga membentuk satu program bermanfaat untuk dilaksanakan sejak peringkat awal pengajian.

Jalan terbaik tentunya membenarkan IPT melakukan R&D yang boleh dikomersilkan bagi menghasilkan antivirus kom puter paling efektif selain membantu meningkatkan nama negara ini yang menjadi pelopor.

Hasil penyelidikan boleh dikomersilkan malah jika kena gayanya, ia menjadi perniagaan yang berjaya. Pada masa sama menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang ter babit dalam bidang antivirus.

Contoh terbaik seperti kejayaan Lembah Silikon sebagai pusat elektronik dunia adalah hasil kerjasama erat antara sektor swasta dan universiti, yang melahirkan teknologi bertaraf dunia serta sumber manusia berpengetahuan ting gi.

Kejayaan itu mungkin boleh ditiru oleh Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk mewujudkan industri multimedia bertaraf dunia.

Hubungan erat antara swasta dan institusi pendidikan tinggi di Lembah Silikon itu membolehkan Universiti Stanford melaksanakan pelbagai aspek R&D untuk disesuaikan dengan keperluan industri elektronik dan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT), yang mana dana penyelidikan diperoleh daripada syarikat multinasional,

Mungkin ia berkaitan kerjasama industri dan IPT pada peringkat umum dalam teknologi tapi jika pengkhususan bidang berkaitan antivirus belum dilaksanakan sebaik mung kin di negara ini atau mungkin seluruh dunia kerana syarikat berkaitan bertindak secara 'keseorangan'.

Kerjasama syarikat antivirus dan IPT di negara ini bukan saja mampu melahirkan pakar dalam antivirus tapi ber keupayaan bertindak menangkisnya lebih maju dari peng godam.

Tidak mustahil, penggodam 'black hat' (individu yang mempunyai niat jahat) mampu ditewaskan kerana mereka kerap kali masuk ke dalam sistem sebelum dikesan an tivirus.

Beberapa pusat kecemerlangan di IPT awam negara ini ditubuhkan untuk R&D yang boleh diguna pakai syarikat antivirus antarabangsa serta tempatan membentuk kerja sama.

Mungkin melalui IPT yang memiliki kursus sains komputer atau kejuruteraan komputer perlu diberi peluang mempelajari subjek antivirus lebih tepat daripada industri.

Dalam kursus yang diberikan, jemputan pakar antivirus mampu menjana pengetahuan pintar di kalangan pelajar dalam mencipta kod baru untuk nyah virus di PC atau telefon bimbit pintar mudah alih.

Pengembangan program pendidikan dan latihan profe sional, sama ada pada peringkat ijazah lanjutan atau kursus pendek membolehkan warga industri mengetahui perkem bangan terkini dalam sesuatu disiplin ilmu.

Jurutera pembangunan antivirus dilantik sebagai perunding profesional untuk membantu menangani permasalahan dan keperluan sektor industri dan universiti yang menghasilkan produk ilmiah dari segi penerbitan bermutu dalam jurnal, manual amalan terbaik atau prosiding.

Pelbagai contoh industri perkomputeran disaksikan melalui kerjasama erat antara industri dan universiti seperti pem bangunan syarikat gergasi Hewlett Parkard, IBM, Microsoft, Apple, Sun, Oracle serta Google adalah contoh inovasi dan keusahawanan di kalangan komuniti akademik yang di kembang.

Pembelajaran subjek berkaitan eksploitasi keselamatan, 'penghidu paket' (Packet sniffer), 'rootkit', kejuruteraan so sial, 'trojan', 'worm' dan virus oleh pakar antivirus mampu melahirkan pakar baru di negara ini.

Salah satu syarikat pengeluar produk antivirus F-Secure memulakan kerjasama dengan IPT tempatan sejak ia mula bertapak di negara kerana menyedari kepentingan pertukaran maklumat serta beberapa isu yang boleh dikongsi bersama pelajar.

Beberapa program yang dijalinkan dengan usaha sama universiti termasuk menyediakan ruang untuk pelajar me lakukan latihan amali serta menyertai seminar atau program anjuran mereka.

Setakat ini usaha sama itu dilakukan di lima IPT termasuk Institut Teknologi Maklumat Asia Pasifik (APIIT), Universiti Multimedia Malaysia (UMM), Universiti Malaya (UM), Uni versiti Monash dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hubungan rapat dengan IPT tempatan akan bertambah erat apabila F-Secure memperoleh geran dari Multimedia De velopment Corporation (MDeC) dalam membantu me ningkatkan kualiti R&D mereka.

Geran penyelidikan bernilai RM6.5 juta di bawah Dana Penyelidikan Bidang Strategi Utama (Star) kepada F-Secure Corporation Sdn Bhd, syarikat berpangkalan di Finland itu baru-baru ini.

F-Secure, yang mempunyai operasi di negara ini, akan melaksanakan penyelidikan tiga projek berkaitan keselamatan rangkaian dan sepanjang tempoh itu akan menggunakan 90 peratus tenaga kerja tempatan termasuk pelajar universiti tempatan.

Naib Presiden Kanan MDeC, Datuk Narayanan Kanan, berkata pemberian geran penyelidikan seperti program STAR mampu menarik peserta industri ICT global dalam mem bangunkan produk berkualiti untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa

"Berdasarkan rumusan laporan data keselamatan pada 2007, laporan menyebut banyak malware baru dikesan mencecah sehingga setengah juta sepanjang tahun, usaha dilakukan F-Secure dengan kerjasama IPT mampu merubah perkara ini," katanya.

Dana Star berkenaan diberikan kepada syarikat asing ber tujuan untuk membangunkan inisiatif MSC Malaysia me nerusi bidang penyelidikan dan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Bantuan dana oleh MDeC itu membolehkan F-Secure membekalkan kursus untuk beberapa universiti tempatan dengan kerjasama MIMOS Berhad.

Antara yang diberi perhatian oleh syarikat dari Finland itu ialah Kursus Analisis Malware untuk pensyarah tempatan dan pakar lain di universiti.

Usaha sama itu turut dirangka bersama MIMOS dengan setiap kursus akan dijalankan sekali setiap semester yang bersesuaian dengan kurikulum universiti.

Daya saing yang bakal diperoleh pelajar serta pensyarah di negara ini perlu diberi perhatian terutama dengan pe ningkatan dunia ICT serta pertukaran maklumat antara industri dan IPT.

Bukan hanya menilai dari sudut itu, pertukaran industri dan IPT berkaitan antivirus sekurang-kurangnya menjadikan Malaysia pelopor keselamatan PC dan telefon mudah alih pintar seterusnya menjadikan negara ini disegani masyarakat negara luar.

Pembiayaan melalui biasiswa, pembangunan R&D bersama, tawaran kursus antivirus kepada pelajar melalui industri memberikan pemahaman lebih mengenai sistem keselamatan dan secara tidak langsung melahirkan pakar baru dalam antivirus menangkis percubaan jahat penggodam di seluruh dunia.

Contoh kerjasama lain antara IPT dan industri

PERSATUAN Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) menjalin kerjasama dengan fakulti kejuruteraan Universiti Malaya (UM) untuk menampung kekurangan pengamal pembinaan berbakat.

UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan National Instruments (NI) dan Caidmark Sdn Bhd

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan syarikat pengeluar utama vanila negara, Vanilabiomatrix Sdn Bhd menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran sehingga lima juta pokok tanaman itu menjelang 2010.

PETRA Group, sebuah konglomerat teknologi, menjalinkan kerjasama dengan University of St Andrews, Scotland bagi menubuhkan sebuah syarikat bioteknologi, Petra Biophotonics yang akan bergiat dalam bidang sains perubatan.

PENYELIDIK Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Norliza Mohd Noor, berjaya membangunkan sejenis produk perisian bagi mengukur keluasan kawasan dan kepadatan logam pengikat dawai sesebuah cip dalam peralatan elektronik yang mendapat kerjasama pihak industri iaitu Texas Instrument Malaysia Sdn Bhd.