Jumlah gangguan siber Jan-Ogos meningkat 92 peratus
24 Sept 2010 (Utusan Malaysia)

KOTA MARUDU 24 Sept. – Jumlah gangguan siber yang dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 meningkat sebanyak 92 peratus kepada 4,390 kes sepanjang lapan bulan pertama tahun ini
berbanding 2,289 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, gangguan itu melibatkan kes penipuan, cubaan pencerobohan, pencerobohan, kod berbahaya, spam dan
gangguan perkhidmatan.

Beliau berkata demikian majlis pelancaran Program Kesejahteraan Siber (CyberSafe) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di SMK Tandek di sini hari ini.