Agong rasmi Advanced Informatics School UTM
Berita Harian (24 May 2011)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong' Tuanku Mizan Zainal Abidin' hari ini merasmikan Advanced Informatics School (AIS)' sebuah pusat kejuruteraan perisian bertaraf dunia' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Seri Paduka Baginda diiringi oleh Naib Canselor UTM' Prof Datuk Dr Zaini Ujang' dan Pro-Canselor' Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor' serta Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia' David Pine.
Zaini berkata' AIS adalah peneraju program akademik' penyelidikan dan perundingan membabitkan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di rantau ini.

"Sumbangan sektor ICT yang mencatatkan 9.8 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009' dijangka meningkat 10.2 peratus menjelang 2015'" katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata' AIS di UTM itu turut bekerjasama dengan badan seperti CyberSecurity Malaysia' Microsoft' IBM dan persatuan profesional seperti IASA dan EC-Council serta Royal Holloway' London Universiti' bagi memastikan program yang ditawarkan releven dengan industri.

"Bagi perancangan lima tahun akan datang' UTM AIS akan mempunyai 625 mahasiswa pasca ijazah' peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dengan komposisi 50 peratus adalah mahasiswa antarabangsa'" katanya.

Terdahulu' Tuanku Mizan melancarkan buku Autobiografi Dr Salleh bertajuk "Potrait of a Thousand Smiles" yang mengisahkan kehidupan beliau sebagai anak kampung yang melalui perjalanan hidup getir.

Salleh menjadi Presiden International Union of Forestry Research Organisation bagi tempoh 1990-1995' orang pertama bukan dari Amerika atau Eropah memegang jawatan itu.