Seminar Menghubungan Jurang Antara Perundangan, Aspek Teknikal Kes Jenayah Siber
Bernama (13 June 2011)

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama)-Pejabat Peguam Negara, dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, akan menganjurkan seminar AGCSM 2011 bertajuk "Menghubungkan Halangan: Perundangan dan teknikal Kes Jenayah Siber."

Dalam satu kenyataan hari Isnin, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata seminar itu, yang pertama kali diadakan Malaysia, akan menyediakan laluan bagi kedua-dua profesional perundangan dan teknikal bagi mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai pengalaman dan kepakaran masing-masing.

"Ia bermatlamat menyediakan para peserta dengan pemahaman yang lebih luas dan lebih baik isu-isu perundangan yang timbul bagi dilakukan siasatan dan pendakwaan kes-kes jenayah siber."

"Mereka akan membincangkan aspek teknikal seperti pengumpulan bukti masa sebenar dan forensik komputer kerana isu-isu perundangan berkaitan siber berkait rapat dengan isu-isu teknikal.

"Akhirnya, mereka akan membincangkan kemungkinan menghubungkan jurang antara aspek perundangan dan teknikal di dalam kes-kes jenayah siber," katanya.

Seminar itu akan diadakan dari 5-7 Julai, 2011 di Dewan Sri Endon, Puspanitari, Putrajaya.

CyberSecurity adalah satu agensi di bawah MOSTI.