Cybersecurity Malaysia Perkenalkan Produk Keselamatan ICT Baharu
Bernama (19 Oct 2011)

KUALA LUMPUR, CyberSecurity Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah memperkenalkan perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai "Penilaian Keselamatan Produk ICT" (IPSA).

Perkhidmatan itu menyediakan penilaian dan taksiran persendirian ciri-ciri keselamatan produk ICT, kata CyberSecurity Malaysia dalam satu kenyataan Rabu.

Sebaik sahaja produk itu telah dinilai dan diperakui, keyakinan pengguna terhadap jaminan keselamatan dan kualiti produk ICT akan meningkat, katanya.

Perkhidmatan IPSA disasarkan kepada pertubuhan yang memerlukan jaminan keselamatan produk ICT dan pemaju produk ICT tempatan yang berminat meningkatkan kualiti keselamatan produk ICT mereka dan mendapatkan produk mereka disahkan oleh CyberSecurity Malaysia, tambahnya.