CyberSecurity lantik Zahri Yunos pemangku CEO
Berita Harian (2 Augsut 2012)

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia melantik Zahri Yunos sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya menggantikan Datuk Husin Jazri yang kontrak perkhidmatannya tamat pada 31 Julai.

Dalam satu kenyataan hari ini, pusat pakar keselamatan siber negara itu berkata, Zahri yang juga Ketua Pegawai Operasi CyberSecurity Malaysia memulakan tugas sejak semalam.
CyberSecurity Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada Husin kerana sumbangannya.

CyberSecurity Malaysia adalah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).