CyberSecurity Lantik Zahri Yunos Sebagai Pemangku CEO
The Star-Mstar (2 August 2012)

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia telah melantik Zahri Yunos sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya menggantikan Datuk Husin Jazri yang kontrak perkhidmatannya tamat pada 31 Julai.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pusat pakar keselamatan siber negara itu berkata Zahri, yang juga Ketua Pegawai Operasi CyberSecurity Malaysia, telah memulakan kerja sejak semalam.

CyberSecurity Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada Husin kerana sumbangannya.

CyberSecurity Malaysia adalah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).