Minggu kesedaran keselamatan siber
Media Permata (8 Nov 2012)

BANDAR SERI BEGAWAN, Autoriti Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) dengan kerjasama Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) dan Perkhidmatan Perlindungan Keselamatan IT (ITPSS) sebagai Pasukan Gerak Balas Kecemasan Komputer Brunei (BruCert) akan menganjurkan acara Minggu Kesedaran Keselamatan Siber selama tiga hari bermula Jumaat ini di Times Square di sini.

Acara bertemakan "Be Aware, Secure & Vigilant" itu bertujuan menonjolkan kepentingan keselamatan maklumat dikalangan pengguna Internet di negara ini dimana ceramah-ceramah berkaitan keselamatan siber diadakan untuk orang ramai secara percuma.

Pada hari Jumaat 9 November dua ceramah akan diadakan iaitu "Securing Your Online Identity" pada jam 2 petang diikuti ceramah bertajuk "Fundamentals of Mobile Services." Kedua-dua ceramah itu akan disampaikan oleh Ahmad Ismadi Yazid Sukaimi dari Cybersecurity Malaysia.

Pada hari Sabtu (10 Nov) ceramah bertajuk "Sexual Predator & Online Grooming," akan disampaikan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei pada jam 10.00 pagi diikuti oleh ceramah bertajuk "IT Security Incidents" oleh EGNC bermula jam 2.30 petang.

Dan pada hari terakhir Ahad (11 November) ceramah bertajuk "Protect: Your Computer, Your Family and Yourself " akan disampaikan oleh Md Izzuddin Haji Md Hussin dari Tech One Global pada jam 2.30 petang.

Memandangkan tempat adalah terhad, maka mereka yang berminat perlu mengemukakan nama mereka dan tajuk ceramah yang ingin diikuti kepada ismawati.ismail@aiti.gov.bn dan assideq.naim@aiti.gov.bn untuk tempahan sebelum 4.00 petang Khamis (8 Nov).