OIC-CERT Buka Keanggotaan Kepada Entiti
Bernama 2 Jan 2013

Pertubuhan Kerjasama Islam-Pasukan Respons Kecemasan Komputer (OIC-CERT) telah membuka keanggotaan kepada entiti komersil bagi memupuk kerjasama swasta-awam bagi meringankan ancaman siber.

"Para penyelidik keselamatan mendapati pertahanan terbaik menentang ancaman siber yang semakin meningkat ialah melalui kerjasama pendidikan dan kesedaran, peralatan terbaik dan dasar yang kukuh yang memupuk usaha kerjasama antara industri, petugas akademik dan kerajaan," kata Pengerusi CyberSecurity Malaysia Jen (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Tahunan dan Mesyuarat Agung Tahunan keempat OIC-CERT yang diadakan selama tiga hari 29 Dis di Muscat, Oman.