Year 2014



CyberSecurity gesa orang awam berhati-hati dengan 'penggodam siber'
Kosmo (07/01/2014)

KUALA LUMPUR - CyberSecurity Malaysia, agensi pakar keselamatan siber kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memberi amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan 'penggodam siber'.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity

Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, terdapat trend meningkat dalam penipuan siber menerusi laman jaringan sosial.

Amirudin berkata, empat insiden penipuan ugutan siber dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 pada 2012.

"Menjelang pertengahan 2013, pusat bantuan itu melihat trend meningkat dalam penipuan ugutan siber.

"Pada akhir 2013, angka itu meningkat kepada 73 yang merupakan 18.5 kali lebih banyak," jelasnya. - Bernama

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm