Year 2014



Remaja perlu didedah isu jenayah siber
9 Jun 2014 (Sinar Harian)

PUTRAJAYA ­ Kanak­kanak dan remaja perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber yang semaldn berleluasa, kata isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, golongan berkenaan perlu di­didik agar bijak melayari internet bagi memastikan ianya tidak mendatangkan impak negatif terhadap diri mereka, keluarga dan negara.

"Dengan 17.5 juta pengguna internet di negara ini, masalah kebejatan sosial juga banyak beriaku susulan penggunaan internet yang tidak bertanggungjawab.

"Pada masa kini, pelbagai kes melibatkan alam siber dalam kalangan pengguna media sosial telah dilaporkan.

"Sayaberharap anak­anak berfikir dahulu dengan rasional dan bukannya mengikut emosi ketika melayari internet bagi memastikan tindakan kita tidak memberi impak negatif kepada diri sendiri dan negara!' katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pandu Puteri dan Pandu Puteri Turun Padang Putrajaya, semalam.

Sehubungan dengan itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia meminta program seperti 'safe on the net' yang memfokuskan pendidikan alam siber melibatkan murid sekolah diperluaskan lagi.

Katanya, program yang dijalankan Pandu Puteri Cawangan Putrajaya sejak Oktober lalu, mendapat kerjasama daripada Cybersecurity Malaysia, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Seramai 40 pemimpin Pandu Puteri Putrajaya dipilih sebagai Duta Kecil Cybersafe untuk kendali ancaman siber menjadi pengguna bertanggungjawab,"katanya. ­ Bernama