Media Coverage
Ilmu pengetahuan jenayah siber penting NABIHA MOHD. YUSOF PUTRAJAYA Persatuan Pandu Puteri (PPP) cawangan Putrajaya berjaya melatih 40 pemimpinnya menjadi Duta Kecil Cybersafe sejak Oktober tahun lepas bagi menjadi pengguna siber bertanggungjawab dan mampu mengendali ancaman jenayah siber. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dutaduta kecil itu akan memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber mereka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Putrajaya. Menurutnya, beliau bangga dengan kejayaan pelaksanaan program khidmat masyarakat bertemakan safe on the net itu yang mendapat kerjasama Cybersecurity Malaysia. "Kanakkanak dan remaja perlu dilengkapi ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa. "Golongan ini perlu dididik agar bijak melayari internet bagi memastikan ia tidak mendatangkan impak negatif terhadap diri mereka, keluarga dan negara," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pandu Puteri dan Pandu Puteri Turun Padang Putrajaya di sini semalam. Sehubungan itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia meminta program seperti safe on the net yang memberi fokus kepada pendidikan alam siber melibatkan murid sekolah diperluaskan lagi. |
|||||