Year 2014



Aplikasi Telefon Pintar Cyber999 Untuk Lapor Ancaman Siber
10 September 2014 (Perak News - www.peraknews.com)

Mereka yang menerima ancaman siber kini boleh terus membuat laporan menerusi aplikasi terbaharu telefon pintar yang dikenali sebagai Cyber999 App.

Diperkenal dan dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM), aplikasi itu boleh diperoleh secara percuma bagi sistem pengendalian IOS dan Android.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM Dr Amirudin Abdul Wahab berkata aplikasi itu adalah kaedah terbaharu untuk berhubung dengan pasukan pusat bantuan CSM, dan berkemungkinan, ia cara terpantas untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

"Sebaik sahaja menerima laporan itu, pasukan berkenaan akan menghubungi pengguna dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu," katanya.

Amirudin berkata Cyber999 App adalah mudah digunakan dan sesuai untuk pengguna telefon pintar serta mengandungi nasihat dan tip mengenai keselamatan internet.