Year 2020



Title

6 November 2020

Kenyataan CyberSecurity Malaysia Mengenai Peruntukan Belanjawan 2021


Terlebih dahulu, bagi pihak CyberSecurity Malaysia saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas peruntukan belanjawan bagi tahun 2021 sebanyak RM27 juta ringgit bagi inisiatif meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.

 

----



3 Oktober 2020

Kuasai Kemahiran Keibubapaan Siber Bagi Membendung Ancaman Siber Dalam Institusi Keluarga


BESERI (3 OKTOBER 2020) – CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menganjurkan Seminar Keibubapaan Siber: Ke Arah Fasih Digital di Dewan Ibnu Khaldun, Institut Kemahiran MARA (IKM), Beseri, Perlis. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Padang Besar.

 

----



30 September 2020

Malaysia Re-elected As APCERT Chair For 2020-2021


PUTRAJAYA (30 SEPTEMBER 2020) – Malaysia, through CyberSecurity Malaysia an agency under the Ministry of Communications and Multimedia, has been re-elected as the Chair of the Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT). The election took place at the APCERT Annual General Meeting (AGM) on 29 September 2020.

 

----



10 September 2020

CyberSecurity Malaysia (CSM) Dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) Rangkul Anugerah Antarabangsa Di Geneva


PUTRAJAYA (10 SEPTEMBER 2020) – Malaysia menerima pengiktirafan dunia apabila CyberSecurity Malaysia (CSM), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah dinobatkan sebagai pemenang atau Project Winner menerusi projek bertajuk Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme: Centre of Excellence for Capacity Building and Lifelong Learning bagi Kategori 5 - ‘Building Confidence and Security in Use of ICTs’. Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diumumkan sebagai Project Champion menerusi projek Klik Dengan Bijak bagi Kategori 17 – ‘Ethical Dimensions of the Information Society’. Kategori yang dimenangi ini adalah daripada 18 kategori yang dipertandingkan di Forum World Summit on the Information Society Prizes (WSIS Prizes) 2020 yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

 

----



6 Ogos 2020

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Jalin Kerjasama Dengan CyberSecurity Malaysia


PUTRAJAYA (6 OGOS 2020) – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia hari ini telah menandatangani Nota Kerjasama Strategik bagi mengukuhkan jalinan kerjasama di dalam pemerkasaan bidang keselamatan siber terutamanya berkaitan dengan aspek perlindungan data peribadi pada satu majlis yang berlangsung di Putrajaya.

 

----



21 Mei 2020

Berwaspada Dengan Ancaman Keselamatan Siber Di Musim Perayaan Aidilfitri


CYBERJAYA (21 MEI 2020) – Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengeluarkan amaran (alert) kepada Pentadbir Sistem dan juga pengguna Internet untuk pertingkatkan keselamatan sistem dan rangkaian komputer serta gajet digital agar terhindar dari sebarang ancaman siber.

 

----



15 Mei 2020

Bicara Siber PKPB COVID-19 Kupas Isu Berkaitan Pembelian Dalam Talian


CYBERJAYA (15 MEI 2020) – CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini menganjurkan forum dalam talian bertajuk Bicara Siber “Makcik Kiah Goes Online...Kad Pak Salleh Pulak Decline”. Forum dilaksanakan melalui aplikasi telesidang GoToWebinar dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube.

 

----



21 Mac 2020

CyberSecurity Malaysia Keluar Nasihat Keselamatan Dan Amalan Terbaik - Kerja Dari Rumah (Work From Home)


CYBERJAYA (21 MAC 2020) – CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengeluarkan nasihat keselamatan dan amalan terbaik kepada pengurus sistem rangkaian organisasi dan pengguna Internet.

 

----



29 Februari 2020

The Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020 (MY@SID)


PETALING JAYA (29 FEBRUARI 2020) – The Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020 (MY@SID) adalah inisiatif yang diterajui generasi muda di mana 100 belia terpilih di seluruh Malaysia berkumpul untuk membincangkan perkembangan terkini, isu-isu, serta cabaran yang berkaitan dengan Internet, sambil menggalakkan golongan belia Malaysia untuk menjadi barisan pemimpin Internet yang fasih digital, mengekalkan kebersihan dalam talian yang baik dan mampu menyumbang kepada komuniti mereka.

 

----



29 February 2020

The Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020 (MY@SID)


PETALING JAYA (29 FEBRUARY 2020) – The Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020 (MY@SID) is a one day youth-led event where 100 selected youth across Malaysia come together to discuss the latest trends, risks and solutions related to the Internet, while enabling the Malaysian youth to become a new cadre of digitally fluent young Malaysian Internet leaders who are motivated to promote the positive use of the Internet, maintain good online hygiene and contribute to their communities.

 

----



11 Februari 2020

Forum Fasih Digital Pupuk Etika Siber Dan Perkasa Daya Tahan Warga Digital Malaysia


PUTRAJAYA (11 FEBRUARI 2019) – Perasmian sambutan Hari Keselamatan Internet atau ‘Safer Internet Day’ ringkasnya SID 2020 – Edisi Malaysia hari ini disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail di Putrajaya.

 

----