Year 2023



Untitled Document
Title

14 December 2023

Memorandum Of Understanding Between CyberSecurity Malaysia And SatisGuard Malaysia Signifying Collaborative Commitment On Cybersecurity


CyberSecurity Malaysia and SatisGuard Malaysia today signed a Memorandum of Understanding (MoU) to solidify their commitment in enhancing cybersecurity efforts in Malaysia. This strategic partnership empowers both entities to collaborate effectively in the domains of quantum-safe cryptography/post-quantum cryptography (PQC) and cybersecurity. This effort will make significant contributions to the dynamic landscape of cyber threats, offering a range of comprehensive solutions and services.

----


14 Disember 2023

Memorandum Persefahaman (MoU) Antara CyberSecurity Malaysia Dan SatisGuard Malaysia Zahirkan Kerjasama Bagi Memperkukuh Keselamatan Siber di Malaysia


CyberSecurity Malaysia dan SatisGuard Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan komitmen dalam usaha meningkatkan dan menambah baik landskap keselamatan siber di Malaysia. Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama secara efektif, terutamanya dalam bidang quantum-safe cryptography/post-quantum cryptography (PQC) dan keselamatan siber. Kerjasama ini juga dijangka memberi sumbangan yang signifikan kepada senario ancaman siber yang kini semakin dinamik seiring penyediaan pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan komprehensif.

----


7 Disember 2023

Memperkukuh Kesiapsiagaan Penjawat Awam Dalam Mendepani Jenayah Penipuan Kewangan


Dalam usaha menghadapi peningkatan jenayah penipuan kewangan dan scam yang semakin berleluasa, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama CelcomDigi Berhad, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS), disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini meneruskan siri penjelajahan kesedaran awam mengenai penipuan kewangan dan scam di Putrajaya. Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 – Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya ini merupakan edisi terakhir sekali gus menutup tirai siri penjelajahan 2023 yang bermula pada awal tahun ini.

----


3 Disember 2023

“RUNHACK: SCAM ALERT! 2023”


CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Synapze Sdn Bhd serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini menganjurkan program ‘RUNHACK: SCAM ALERT! 2023’ bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pelepasan acara larian disempurnakan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.

----


14 November 2023

Jelajah Anti-Scam Kebangsaan: Perkasa Rakyat Kelantan Hadapi Ancaman Penipuan Kewangan Dan Jenayah Scam


Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Kelantan berlangsung selama dua hari bermula 14 dan 15 November 2023 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok. Program anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama CelcomDigi Berhad dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) ini disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Manakala untuk peringkat negeri Kelantan, ia mendapat sokongan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

----


10 November 2023

Malaysia Kekal Sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu APCERT


Malaysia, melalui CyberSecurity Malaysia, telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia (Asia Pacific Computer Emergency Response Team – APCERT) bagi sesi 2023-2025. Pemilihan tersebut dibuat sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan APCERT yang berlangsung secara dalam talian pada 8 November 2023.

----


7 November 2023

Majlis Pelancaran “RUNHACK: SCAM ALERT! 2023”


CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dengan kerjasama Synapze Sdn Bhd serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran “RUNHACK: SCAM ALERT! 2023”. Majlis disempurnakan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital.

----


6 November 2023

CyberSecurity Malaysia Diperakui Oleh Interpol Sebagai Penyumbang Utama Pembangunan Garis Panduan Interpol


Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia yang diketuai oleh Sarah Khadijah Taylor telah diperakui oleh INTERPOL sebagai penyumbang utama kepada pembangunan INTERPOL Guidelines for Seizing Virtual Asset. Garis panduan tersebut dilancarkan pada Persidangan Penguatkuasaan Undang-undang Forum Teknologi Baharu INTERPOL ke-2, yang dirasmikan oleh Menteri Kehakiman Negeri Bavaria pada 12 Oktober 2023 di Nuremberg, Jerman.

----


6 November 2023

CyberSecurity Malaysia Acknowledge By Interpol As The Main And Key Contributor For Interpol Guideline Development


CyberSecurity Malaysia Digital Forensics team led by Sarah Khadijah Taylor has been acknowledged by INTERPOL for being the main key contributor to the development of the INTERPOL Guidelines for Seizing Virtual Assets. The document was launched during the 2nd INTERPOL New Technologies Forum Law Enforcement Conference, officiated by the Bavarian State Minister of Justice, on 12th October 2023 in Nuremberg, Germany.

----


28 Oktober 2023

Memperkasa Rakyat Sabah Dalam Membanteras Jenayah Scam Melalui Pelaksanaan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan


Siri Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 meneruskan misinya untuk meningkatkan kesedaran awam rakyat negeri Sabah mengenai penipuan (scam) dan ancaman siber. Program ini yang dianjurkan bersama oleh CyberSecurity Malaysia dan CelcomDigi dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

----


14 Oktober 2023

Kenyataan Mengenai Belanjawan 2024 - Komited Untuk Meningkatkan Kesiapsiagaan Terhadap Ancaman Dan Serangan Siber


CyberSecurity Malaysia mengucapkan tahniah kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, atas pembentangan Belanjawan 2024 yang berlangsung pada 13 Oktober 2023. Kami juga menyambut baik kenyataan YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, yang disiarkan pada 14 Oktober 2023.

----


13 September 2023

CyberSecurity Malaysia’s National ICT Security Discourse Enters Its Tenth Year, Set To Raise Cyber Security Awareness & Digital Literacy Among Students & Teachers


CyberSecurity Malaysia, the national cyber security specialist and technical agency under the purview of the Ministry of Communications & Digital, calls for students to build upon the knowledge and experiences gained from participating in its 10th National ICT Security Discourse (NICTSeD) CyberSAFE Challenge Trophy 2023 to further strengthen Malaysia’s cyber defense and resilience. Building cyber resilience involves practicing holistic cyber hygiene, from implementing best cyber security practices to continuous learning, collaboration, and information sharing.

----


2 September 2023

Memperkasa Masyarakat Sarawak Memerangi Scam Dan Ancaman Siber Melalui Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan


Siri Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 kini diteruskan di Sarawak demi meningkatkan usaha kesedaran awam dan memperkasa masyarakat di seluruh negara dalam memerangi penipuan (scam) dan ancaman siber yang lain. Program ini yang dianjurkan bersama oleh CyberSecurity Malaysia dan CelcomDigi dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diadakan pada 2 dan 3 September 2023 di Auditorium Borneo Cultures Museum, Kuching.

----


16 August 2023

CyberSecurity Malaysia Honours Cyber Security Leaders At Cyber-DSA 2023, Advocates More Public-Private Collaboration To Boost Cyber Resilience For Madani Economy


CyberSecurity Malaysia, the national cyber security specialist and technical agency under the purview of the Ministry of Communications & Digital advised local cyber security industry to intensify collaboration with academia and public sectors in catalysing more homegrown cyber security solutions and fortifying collaborative cyber defences.

----


8 Jun 2023

Sesi Dialog Awam Mantapkan Industri Keselamatan Siber Negara


Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil menghadiri sesi dialog awam Industri Keselamatan Siber anjuran CyberSecurity Malaysia, menerusi program CyberSecurity Malaysia Collaboration Program (CCP) hari ini.

----


20 Mei 2023

Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan Diteruskan Di Perlis


Pada hari ini telah berlangsung program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis. Program anjuran CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) serta sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) turut mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

----


2 Mac 2023

Drama Cyber999 Semai Kesedaran Pengguna Internet Mengenai Kepentingan Keselamatan Siber


Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini melancarkan drama Cyber999 terbitan AMK Creative Media Sdn. Bhd. sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023, Edisi Malaysia. Siri drama ini akan memaparkan 26 insiden berkaitan keselamatan siber yang diilhamkan daripada buku Kisah Benar Cyber999 terbitan CyberSecurity Malaysia (CSM).

----


18 Februari 2023

Jelajah Anti-Scam Kebangsaan Sasar Tingkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Mengenai Jenayah Penipuan Dalam Talian


Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 anjuran bersama CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS). Program ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet (Safer Internet Day - SID) 2023 bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna tentang kaedah mengenali panggilan scam, tatacara serta modus operandi scam yang terkini serta berkongsi tips dan panduan bagi menghindari daripada menjadi mangsa scam atau ancaman siber yang lain.

----