Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 1 | Quater 1 - 2013


 
Februari 2013
 
Latihan Forensic on Internet Application
  5 Februari 2013
  Latihan “Forensic on Internet Application” yang dianjurkan oleh Pejabat CyberSecurity Malaysia Wilayah Utara diadakan untuk mendedahkan para pegawai forensik dari SKMM, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan KPerak Implementation & Coordination Corporation mengenai cara-cara pemeriksaan forensik dan penyediaan analisa berdasarkan kepada kes-kes unik. Hasil dari latihan ini, CyberSecurity Malaysia telah dapat melahirkan pakar-pakar yang berkaliber dan berpengetahuan dalam bidang Forensik Digital.
 
Regional ICT Conference
  22 Februari 2013
  Regional ICT Conference ini telah diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh, Perak. Program anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) ini diadakan dengan tujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maklumat bagi sektor perniagaan di samping mempromosikan perkhidmatan Malaysia Trustmark, CyberSecurity Malaysia.

e-Commerce atau e-Dagang merupakan trend terbaru perniagaan yang kian mendapat tempat di kalangan para usahawan. Kini, mereka bersaing untuk menempatkan perniagaan dan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka secara online melalui e-Dagang bagi meneruskan kesinambungan perniagaan masing-masing. Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan melalui e-Dagang termasuk urusan kerajaan kerana ianya cepat dan menjimatkan kos.

Dalam arus perkembangan teknologi masa kini, e-Dagang juga tidak terkecuali dari menghadapi ancaman siber. Oleh demikian, adalah penting bagi semua sektor samada kerajaan mahupun swasta memastikan agar laman e-Dagang mereka selamat dan diaudit oleh organisasi yang bertauliah.

Menyedari akan kepentingan e-Dagang, CyberSecurity Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan Malaysia Trustmark bagi merangsang pertumbuhan perniagaan e-Dagang, meningkatkan keyakinan pengguna untuk terus melakukan transaksi secara online dan seterusnya mengurangkan risiko penipuan Internet. Melalui perkhidmatan ini, pensijilan akan diberi kepada laman e-Dagang yang telah menjalani proses penilaian jaminan keselamatan. Pada persidangan ini, tiga (3) tajuk utama telah dibentangkan iaitu:

Penceramah 1: Encik Eric Wong, Konsular dan Pengerusi Wilayah Utara, PIKOM yang membentangkan berkenaan Cloud Computing.

Penceramah 2: Pn. Hasnida bt Zainuddin, dari Jabatan Keselamatan Maklumat Badan Pensijilan (ISCB), CyberSecurity Malaysia membentangkan mengenai Malaysia Trustmark untuk Sektor Swasta (MTPS).

Penceramah 3: En. Anwer Mohamed bin Mohamed Yusoff, dari Jabatan Inovasi & Pengkomersilan, CyberSecurity Malaysia membentangkan mengenai program CSM-ACE 2013.
 
Latihan Forensik Digital untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  25 – 28 Februari 2013
  Latihan Forensik Digital untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang forensik digital dan teknologi semasa bagi pengetahuan khusus para peserta. Seramai 10 pegawai daripada LHDN terlibat dalam latihan ini.