Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 1 | Quater 1 - 2013


Mesej dari CEO

CyberNEWS atau Cyber Networking and Engagement With Stakeholders merupakan buletin elektronik pertama CyberSecurity Malaysia. Buletin ini diterbitkan bertujuan untuk berkongsi maklumat dan menghebahkan aktiviti serta program yang dianjur atau disertai oleh CyberSecurity Malaysia sepanjang 2013 kepada Komuniti Digital Malaysia.

Bagi suku pertama 2013, CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyumbangkan kepada perkembangan serta peningkatan ilmu pengetahuan dalam bidang keselamatan siber bagi memperkemaskan lagi tahap pemahaman para professional ICT tempatan. Ini sejajar dengan visi CyberSecurity Malaysia untuk menjadi sebuah “Pusat Rujukan dan Pakar Keselamatan Siber Nasional yang diiktiraf di peringkat Global menjelang 2020”.
Antara aktiviti utama yang berlangsung pada suku pertama 2013 adalah Persidangan ‘Cyber Intelligence Asia’ 2013 yang dianjurkan oleh Intelligence-Sec Limited, United Kingdom. CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah terlibat secara aktif dalam persidangan ini termasuk menjadi pengerusi di sepanjang persidangan dan turut membuat pembentangan sebagai penceramah.

Selain itu, dalam suku pertama 2013, CyberSecurity Malaysia sekali lagi telah dipilih sebagai Jawatankuasa Pemandu bagi Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT): www.apcert.org pada Persidangan Tahunan APCERT yang berlangsung di Brisbane, Australia dari 24 hingga 27 Mac 2013. Pemilihan tersebut merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber dan secara langsung telah menaikkan reputasi Negara di peringkat antarabangsa.

Semenjak penubuhan CyberSecurity Malaysia, pelbagai usaha, inisiatif serta program telah diadakan. Usaha seperti ini adalah amat penting terutamanya bagi menyokong arah tuju dan strategi CyberSecurity Malaysia yang kini telah pun melangkah ke fasa Rancangan Malaysia Ke-10. Fasa ini adalah fasa yang lebih mencabar untuk mencapai matlamat “Menerajui Keselamatan Siber Negara melalui Ketahanan dan Ketidak-bergantungan Pada Pihak Luar”. Fasa ini akan memperlihatkan kerjasama yang lebih erat dan kukuh di antara pihak Kerajaan, Industri dan Komuniti dalam usaha menangani isu-isu berkaitan keselamatan siber yang memerlukan kerjasama bersepadu dari semua pihak. Diharapkan dengan terlaksananya program-program sepanjang 2013, ianya dapat memberi manafat kepada semua serta dapat dikongsi dan dipraktikkan oleh mereka yang terlibat di peringkat organisasi masing-masing.




Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO CyberSecurity Malaysia
 
 
Aktiviti Suku Pertama
Januari 2013
7 - 11 Januari 2013
Kursus Perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Implementation dan MS ISO/IEC 27001:2007 Internal Audit.

14 - 18 Januari 2013
Bengkel Semakan Perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).

30 – 31 Januari 2013
Kursus Critical Infrastructure Security

Februari 2013
5 Februari 2013
Latihan Forensic on Internet Application

25 – 28 Februari 2013
Latihan Forensik Digital untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

22 Februari 2013
Regional ICT Conference

Mac 2013
12 – 15 Mac 2013
Persidangan ‘Cyber Intelligence Asia’ 2013

12 Mac 2013
Seminar: “Business Online…New Opportunities”

24 – 27 Mac 2013
Persidangan tahunan APCERT (Asia Pacific Computer Emergency Response Team)