Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 1 | Quater 1 - 2013


 
Januari 2013
 
Kursus Perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Implementation dan MS ISO/IEC 27001:2007 Internal Auditor
  7 - 11 Januari 2013
  Dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan satu siri program di bawah inisiatif Development of Capability and Capacity for Enforcement untuk agensi CNII (Critical National Information Infrastructure). Program ini diadakan bagi melatih agensi CNII mengenai pelaksanaan dan audit dalaman ISMS. Seramai 40 peserta dari pelbagai agensi di bawah CNII telah menyertai kursus ini.

Pelaksanaan ISMS oleh sektor-sektor CNII akan memberi panduan kepada organisasi-organisasi CNII agar mempunyai tahap keselamatan siber yang mematuhi standard antarabangsa. Ini akan dapat mempertingkatkan lagi kesediaan organisasi-organisasi CNII dalam melindungi perkhidmatan serta maklumat kritikal mereka daripada ancaman siber.

Seramai 40 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah dari agensi berikut:

1. Lembaga Pelabuhan Kuantan 8. Jabatan Laut Malaysia
2. Kementerian Kewangan Malaysia 9. Puspakom Sdn. Bhd
3. Lembaga Pelabuhan Bintulu 10. Kementerian Pengangkutan
4. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 11. Lembaga Pelabuhan Johor
5. NAHRIM - National Hydraulic Research Institute of Malaysia (Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan) 12. Malaysian Institure of Road Safety Research
6. Lembaga Pelabuhan Kelang 13. Perbadanan Aset Keretapi
7. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 14. Lembaga Pelabuhan Kuantan
 
Bengkel Semakan Perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
  14 - 18 Januari 2013
  Bengkel Semakan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) telah dianjurkan secara bersama oleh CyberSecurity Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan MAMPU bagi menyemak kemajuan agensi terpilih dalam melakukan penyediaan dokumen berkaitan perlaksanaan ISMS dengan lebih terperinci.

Bengkel ini telah disertai oleh enam (6) agensi, antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan lain-lain. Bengkel ini diadakan bagi memastikan pelaksanaan pensijilan ISMS di kalangan sektor-sektor CNII berjalan lancar dan dapat diselaraskan agar organisasi-organisasi CNII memperoleh pensijilan ISMS dalam masa yang ditetapkan. Dengan pensijilan ISMS, perlindungan kepada CNII dapat diperkukuhkan serta dipertingkatkan demi menjamin pembangunan Negara dan kesejahteraan umum.
 
Kursus Critical Infrastructure Security
  30 – 31 Januari 2013
  Kursus “Critical Infrastructure Security” telah dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dan dikendalikan oleh EC-Council Academy. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif di bawah SRI 2011 – Mandatory Compliance/Strategic Engagement.

Kursus ini diadakan bagi mewujudkan persekitaran yang berdaya saing dan inovatif untuk menyumbang serta menyokong pembangunan Negara dan menwujudkan ekonomi berpendapatan tinggi sepertimana yang disarankan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Seramai 26 peserta terdiri dari Ketua Sektor CNII telah menyertai kursus ini.