Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 1 | Quater 1 - 2013


 
Mac 2013
 
Persidangan ‘Cyber Intelligence Asia’ 2013
  12 – 15 Mac 2013
  Persidangan ‘Cyber Intelligence Asia’ 2013 anjuran Intelligence-Sec Limited yang berpangkalan di United Kingdom ini merupakan persidangan peringkat Asia-Pacific yang pertama diadakan di Kuala Lumpur. Penglibatan CyberSecurity Malaysia adalah sebagai Supporting Organisation dan CyberSecurity Malaysia juga telah dilantik sebagai pengerusi persidangan sepanjang persidangan ini berlangsung.

Persidangan ini dianjurkan berdasarkan faktor bahawa wujudnya peningkatan ancaman siber terhadap organisasi kritikal Negara dan juga jabatan-jabatan kerajaan sejak berapa tahun kebelakangan ini di seluruh dunia. Justeru, langkah-langkah pencegahan serta persediaan awal perlu diadakan bagi memperkukuhkan lagi prasarana maklumat kritikal di Negara-negara yang terlibat.

Kuala Lumpur dipiih sebagai lokasi persidangan kerana kedudukan geografi yang strategik di rantau Asia Pacific, di samping adanya pelbagai inisiatif serta program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia berkaitan perlindungan maklumat kritikal Negara dari pelbagai ancaman siber.

Persidangan ini telah menarik lebih 100 penyertaan dari 16 buah Negara di seluruh dunia dan berjaya mengumpul ramai pakar keselamatan siber bukan sahaja dari industri malah pihak Kerajaan, antaranya Howard Schmidt, Bekas Pembantu Khas kepada Presiden, Koordinator Keselamatan Siber, Pejabat Eksekutif Presiden Obama, USA.

Persidangan ini telah memberi peluang kepada para pembentang untuk berkongsi pengalaman mengenai inisiatif yang dilakukan oleh organisasi serta kerajaan mereka menangani insiden serta ancaman siber. Ia juga merupakan platform untuk pakar keselamatan siber berbincang dan membuat analisa mengenai pelbagai teknik yang digunakan dalam usaha mempertahankan organisasi serta maklumat kritikal Negara masing-masing.
 
Persidangan ‘Cyber Intelligence Asia’ 2013
  14 Mac 2013
  Sempena persidangan ‘Cyber Intelligence Asia’ 2013, CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan Encik Howard Schmidt, Bekas Pembantu Khas kepada Presiden, Koordinator Keselamatan Siber, Pejabat Eksekutif Presiden Obama, USA. Ini merupakan kunjungan pertama Encik Howard Schmidt ke CyberSecurity Malaysia, di mana beliau telah berkongsi pengalaman, maklumat serta pandangan beliau mengenai perkembangan dunia siber bersama warga CyberSecurity Malaysia.

Lawatan tersebut menunjukkan sokongan dan pengiktirafan beliau kepada CyberSecurity Malaysia sebagai pemacu industri keselamatan siber di Malaysia.
 
Seminar: “Business Online…New Opportunities”
  12 Mac 2013
  Seminar: “Business Online…New Opportunities” anjuran CyberSecurity Malaysia telah diadakan dengan kerjasama SME Corp. Malaysia Perak dan MITI Perak di Pusing Hall, Kinta Riverfront Hotel & Suite Ipoh. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha dan bakal pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tentang potensi perniagaan atas talian (online business) dan kaedah terbaik untuk mengoptimumkan peluang perniagaan yang ada secara maya.

Seminar ini telah dihadiri seramai 100 peserta dari badan-badan kerajaan seperti LHDN, FAMA dan kebanyakannya terdiri daripada ahli perniagaan. Antara penceramah dan tajuk yang disampaikan adalah:
  1. Pn. Sharifah Roziah bt Mohd Kassim, CyberSecurity Malaysia - “Cyber Trends and Its Impact”
  2. Pn. Sabariah Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan Seksyen Fasilitasi Perdagangan dan Teknologi Unit E-Dagang, MITI – “Overview of Malaysia Trustmark”
  3. Pn. Carrine Teoh & Pn. Hasnida bt Zainuddin, CyberSecurity Malaysia – “Online Business with Malaysia Trustmark”
  4. En. Mohamad Rozlan Mohamad Razalli, Director, SME Corp. Malaysia Perak – ”SME Corp. Programmes and Grant”
  5. En. Syed Zahirulddin Syed Ali, Pegawai Bertugas, Business Information Centre, MATRADE – “Venturing Into Export Market with MATRADE”
CyberSecurity Malaysia telah berjaya memperolehi 13 permohonan untuk Malaysia Trustmark daripada seminar “Business Online…New Opportunities”.
 
Persidangan tahunan APCERT (Asia Pacific Computer Emergency Response Team)
  24 – 27 Mac 2013
  CyberSecurity Malaysia telah menyertai Persidangan Tahunan Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT): www.apcert.org, iaitu satu badan yang dianggotai oleh 30 Pasukan Tindak balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRTs) dari 20 Negara di rantau Asia-Pacific.

Pada persidangan dan mesyuarat yang diadakan di Brisbane, Australia ini, CyberSecurity Malaysia telah sekali lagi dipilih sebagai Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) untuk tempoh selama dua penggal, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015.

Pemilihan CyberSecurity Malaysia dilihat sebagai satu pencapaian dan pengiktirafan ke atas kepimpinan, profesionalisma dan juga kepakaran teknikal yang dimilik oleh organisasi ini.

Melalui penglibatan CyberSecurity Malaysia di arena antarabangsa, ia memberi peluang kepada kami untuk terus melaksanakan program serta inisiatif keselamatan siber berdasarkan mandat yang diberi oleh Kerajaan Malaysia. Peluang ini turut diambil oleh CyberSecurity Malaysia untuk menjalin kerjasama dan mengeratkan hubungan dengan organisasi antarabangsa lain demi memastikan keselamatan siber secara global.