Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 2 | Quarter 2 - 2013


Mesej dari CEO

Bertemu kembali di penerbitan buletin elektronik CyberSecurity Malaysia – CyberNEWS bagi suku kedua tahun 2013. Sekali lagi CyberNEWS diterbitkan untuk kami berkongsi maklumat mengenai program dan inisiatif CyberSecurity Malaysia sepanjang tempoh tersebut.

CyberSecurity Malaysia adalah sebuah agensi teknikal dalam bidang keselamatan siber yang bertanggungjawab dan komited dalam memantau aspek e-Keselamatan Negara. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama, justeru gandingan bahu serta kerjasama padu dari semua pihak; Kerajaan, Industri, Akademik, Komuniti dan Masyarakat Umum diperlukan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan siber demi meneruskan agenda pembangunan Negara.

Memahami kepentingan ini, bermula pada suku kedua ini, CyberSecurity Malaysia telah mempergiatkan usahanya secara berterusan dengan mengadakan beberapa kunjungan strategik ke pelbagai organisasi seperti Kementerian Luar Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MIMOS Berhad dan Bank Negara Malaysia. Inisiatif kerjasama strategik ini membolehkan CyberSecurity Malaysia berperanan dengan lebih berkesan dan efektif dalam konteks keseluruhan eko-sistem keselamatan siber Negara.

Dalam usaha mendekati komuniti dan masyarakat pula, CyberSecurity Malaysia telah mengambil langkah proaktif dan inovatif dengan mengadakan beberapa program yang memberi tumpuan kepada pendidikan serta penerapan nilai budaya serta amalan penggunaan Internet secara beretika, khususnya dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat. Antara program yang diadakan ialah Pertandingan Merekacipta Poster dan Video Keselamatan Siber. Para pemenang pertandingan yang dianjurkan selama empat bulan bermula dari Disember 2012 hingga Mac 2013 melalui laman media sosial Facebook ini telah diraikan pada 6 Jun 2013 dalam satu upacara penyampaian hadiah. Sambutan yang menggalakkan telah diterima dari para peserta di seluruh Negara, di mana mereka telah menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan poster dan video keselamatan siber berdasarkan tema yang diberi.

Menyedari akan betapa pentingnya kakitangan yang merupakan aset kepada agensi ini, CyberSecurity Malaysia telah mengadakan program Staff Retreat - ‘teambuilding’ pada 14 hingga 15 Jun 2013 bertempat di Institut Budaya Baru Malaysia, Kemensah. Program ini diadakan khusus bagi memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan CyberSecurity Malaysia agar mereka dapat membentuk persekitaran kerja yang lebih efektif seterusnya meningkatkan produktiviti.

CyberSecurity Malaysia juga sentiasa menggalakkan kakitangannya untuk mendapatkan pensijilan professional dalam pelbagai cabang dalam bidang keselamatan siber. Usaha ini adalah penting untuk memastikan kakitangan CyberSecurity Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam menangani ancaman siber. Pada suku kedua, usaha ini telah diteruskan di mana seramai 32 kakitangan telah berjaya memperolehi pensijilan professional dalam bidang kepakaran masing-masing.

Sementara itu, CyberSecurity Malaysia turut diundang untuk membuat pembentangan mengenai keselamatan siber di persidangan, seminar dan mesyuarat yang berlangsung di Malaysia dan luar Negara. Sebanyak 19 pembentangan termasuk enam di peringkat antarabangsa telah dibuat oleh kakitangan CyberSecurity Malaysia.

Enam pembentangan antarabangsa tersebut adalah:

  1. Cyber Security Incident Response Team (CSIRT) National Responsibility Meeting di Bangkok, Thailand pada 22 Jun 2013 oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin dengan tajuk “Enhancing Cyber Space Security Through National Policy, Governance and Best Practise";
  2. Business Continuity Planning & Crisis Management for Financial Institutions di Singapura pada 13 Jun 2013 oleh Maslina Daud dengan tajuk “A Focus On Mitigation And Management of Cyber Threats”;
  3. The 12th IISS Asia Security Summit The Shangri-La Dialogue 2013 pada 1 Jun 2013 di Singapura oleh Sazali Sukardi dengan tajuk “Cyber Dimension”;
  4. Cyber Secure Pakistan 2013 pada 18 - 20 April 2013 di Islamabad, Pakistan oleh Zahri Yunos dengan tajuk "Malaysia’s National Cyber Security Policy - An Integrated Approach For Cyber Security And Critical National Information Infrastructure Protection";
  5. Cards and Payments Asia 2013 Conference pada 24 April 2013 di Singapura oleh Syahrir Mat Ali dengan tajuk “The Role of Enterprise in Ensuring Cyber Security - The Malaysian Experience"; dan
  6. FIRST Technical Colloquium (TC) pada 3 April 2013 di Amsterdam oleh Sharifah Roziah Mohd Kassim dengan tajuk “In-house Developed Tools to Enhance Incident Response - Sharing MyCERT's Experience”.

Adalah diharapkan agar program-program yang dilaksanakan sepanjang suku kedua tahun 2013 dapat mencapai matlamatnya sejajar dengan hasrat kami bagi membina persekitaran siber yang kondusif.


Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO, CyberSecurity Malaysia

 
2 April 2013:
Seminar "Online Business & Websites: Threats & Opportunities"
4 April 2013:
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
8-12 April 2013:
Bengkel Semakan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
10 April 2013:
Lawatan dari Pegawai-pegawai KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke CyberSecurity Malaysia
15-19 April 2013:
Program Latihan Digital Forensik kepada Pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
30 April 2013:
Lawatan daripada Pelajar-pelajar Kejuruteraan Perisian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
 
       
6 Mei 2013:
Lawatan dari Tuan Yang Terutama Dr Hamed Salim Al-Rawahi, Information Technology Authority (ITA) Board Member serta Delegasi dari Negara Oman
20 Mei 2013:
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke Kementerian Luar Negeri
22 Mei 2013:
Seminar “Business Online…New Opportunities”
22 Mei 2013:
Lawatan dari Pelajar-pelajar UiTM, Shah Alam
 
       
6 Jun 2013:
Jamuan Petang Bersama Media dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Merekacipta Poster dan Video serta Kuiz CyberSAFE e-Baca Anjuran CyberSecurity Malaysia
10 Jun 2013:
Lawatan Susulan Peserta Kursus Forensik Digital
11-15 Jun 2013:
Kursus ISO/IEC 27001:2007 ISMS Lead Auditor
13 Jun 2013:
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke MIMOS Bhd
14-15 Jun 2013:
‘Staff Retreat’ dan ‘Teambuilding'
17-20 Jun 2013:
Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Implementation
18 Jun 2013:
Lawatan CyberSecurity Malaysia ke Bank Negara Malaysia
24-28 Jun 2013:
Latihan Certified Ethical Hacker (CEH)