Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2013

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 3 | Quarter 3 - 2013


Mesej dari CEO

Bertemu kembali di penerbitan buletin elektronik CyberSecurity Malaysia – CyberNEWS bagi suku ketiga tahun 2013.

Sebagai pusat pakar teknikal dalam bidang keselamatan siber di Malaysia, CyberSecurity Malaysia terus komited dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab berdasarkan mandat yang diberi oleh Kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ruang siber negara.

Salah satu peranan utama CyberSecurity Malaysia adalah dalam pematuhan pengurusan kualiti dan standard keselamatan siber. Perkara ini adalah penting bagi memastikan Kerajaan, Industri serta Komuniti menjadikan standard, garis panduan serta amalan terbaik keselamatan siber sebagai satu amalan dan akhirnya menjadi satu budaya. Secara langsung amalan positif dan proaktif ini dapat menjamin keselamatan maklumat, data serta rangkaian sistem kritikal Negara dengan lebih berkesan dan efektif.
CyberSecurity Malaysia telah melancarkan perkhidmatan Malaysia Trustmark Untuk Sektor Swasta atau Malaysia Trustmark For Private Sector (MTPS) pada 3 Julai 2013 sempena Persidangan Digital Kebangsaan 2013 di Putrajaya. Dengan pelancaran perkhidmatan MTPS, ia memberi peluang kepada pengiat industri, samada organisasi besar mahupun perusahaan kecil dan sederhana untuk memperluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka secara dalam talian melalui e-perniagaan. Perkhidmatan Malaysia Trustmark juga dijangka mampu memperkasa perkembangan dan pembangunan e-perniagaan di Malaysia, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Di samping itu, perkhidmatan ini juga berupaya menwujudkan kepercayaan pengguna terhadap laman-laman e-perniagaan yang dibangunkan di Malaysia.

Selain dari MTPS, CyberSecurity Malaysia turut menerima akreditasi berdasarkan standard antarbangsa, MS ISO/IEC 17021 dari Jabatan Standard Malaysia. Dengan akreditasi ini, CyberSecurity Malaysia dapat melaksanakan perkhidmatan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau Information Security Management System - ISMS (CSM27001) secara adil (impartial) dan dipercayai (credible). Lebih istimewa, apabila organisasi yang memperolehi pensijilan ISMS boleh menikmati pengecualian cukai terhadap yuran pensijilan mereka.

ISMS merupakan satu inisiatif di bawah Dasar Keselamatan Siber Nasional yang memberi penekanan kepada perlindungan dari ancaman siber, khususnya kepada Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Melalui pensijilan ISMS, organisasi dapat meningkatkan lagi keupayaan serta tahap keselamatan maklumat berdasarkan pematuhan terhadap standard dan piawaian antarabangsa. Antara organisasi yang telah berjaya memperolehi pensijilan ISMS adalah Malaysia Airline System Berhad, di mana Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tersebut telah pun turun padang untuk bersama-sama menjadikan ISMS sebagai keutamaan dalam operasi Malaysia Airline System Berhad.

Di samping penganjuran dan penglibatan CyberSecurity Malaysia di dalam ceramah, bengkel, seminar serta latihan, pada suku ketiga ini juga, CyberSecurity Malaysia turut mengambil bahagian dalam pameran serta persidangan berkaitan keselamatan siber, antaranya Pameran Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) di Software Testing Conference (SOFTEC) 2013 di Kuala Lumpur, ASEAN Regional Forum (ARF) di Beijing, China dan Persidangan International Common Criteria kali ke-14 di Orlando Florida, Amerika Syarikat.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam pameran dan persidangan di peringkat antarabangsa ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia memacu industri keselamatan siber di Malaysia, selain menempatkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

CyberSecurity Malaysia turut menzahirkan sikap prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) melalui perlaksanaan Program Tunas Cemerlang 2.0. Seperti lazimnya, acara Shopping Raya bersama Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin dari daerah Parit di Negeri Perak serta Majlis Sumbangan Duit Raya Kepada Guru-Guru Bait Al-Amin dan Pelajar-Pelajar Universiti Petronas yang bertindak sebagai Mentor kepada anak-anak Bait Al-Amin telah diadakan sempena bulan Ramadhan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Program ini merupakan salah satu inisiatif CyberSecurity Malaysia untuk mendekati Komuniti yang kurang bernasib baik serta dalam masa yang sama menerapkan elemen pembudayaan keselamatan siber.

Diharapkan agar program serta aktiviti yang dilaksana dan disertai oleh CyberSecurity Malaysia di sepanjang suku ketiga tahun 2013 akan membantu kami mencapai matlamat yang ditetapkan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina persekitaran siber yang selamat dan kondusif serta Komuniti Digital Malaysia yang berimu pengetahuan mengenai keselamatan siber.




Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO CyberSecurity Malaysia
 
 
Aktiviti Suku Ketiga
Julai 2013
1 - 2 Julai 2013
Bengkel CyberSAFE in Schools kepada Guru Penyelaras Bestari (CyberSAFE in Schools Powered by DiGi Telecommunication), Pusat Kegiatan Guru Sibu, Sarawak

2 Julai 2013
Lawatan oleh Pusat Teknologi Maklumat TD (PUSTEKMA TD), Markas Tentera Darat ke CyberSecurity Malaysia

2 - 4 Julai 2013
Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Internal Auditor

3 Julai 2013
Pelancaran Rasmi Malaysia Trustmark Bagi Sektor Swasta (MTPS)

3 - 5 Julai 2013
Bengkel CyberSAFE in Schools kepada Guru Penyelaras Bestari (CyberSAFE in Schools Powered by DiGi Telecommunication), Pusat Kegiatan Guru Miri, Sarawak

4 Julai 2013
Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber, Dewan Podium B, Menara KBS

8 - 9 Julai 2013
Bengkel CyberSAFE in Schools kepada Guru Penyelaras Bestari (CyberSAFE in Schools Powered by DiGi Telecommunication) kepada Guru Penyelaras Bestari di Pusat Kegiatan Guru Bandar Pekan, Pahang

10 Julai 2013
Mesyuarat Penutupan Persijilan ISMS – Malaysia Airline System Berhad (MAS)

18 Julai 2013
Mesyuarat dan Lawatan oleh Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Media Sosial Bilangan 3 Tahun 2013 di CyberSecurity Malaysia

25 Julai 2013
Mesyuarat Penutupan Persijilan ISMS – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Ogos 2013
1 Ogos 2013
Keputusan Akreditasi MS ISO/IEC 17021 Oleh Jabatan Standard Malaysia

2 Ogos 2013
Pembangunan Garispanduan Dan Amalan Terbaik

3 Ogos 2013
Tunas Cemerlang 2013 ‘Shopping Raya’ Bersama Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak dan Sumbangan Duit Raya Kepada Guru-Guru Bait Al-Amin Serta Pelajar-Pelajar Universiti Petronas

5 Ogos 2013
Lawatan julung kali YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (23 Julai 2013) dan YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (5 Ogos 2013) Ke CyberSecurity Malaysia

19 - 21 Ogos 2013
Latihan Pengendalian Insiden dan Rangkaian Keselamatan Untuk X-MAYA Drill (Incident Handling and Network Security Training for X-Maya Drill)

26 Ogos 2013
Latihan Asas Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat - ISMS (Foundation Training)

26 - 27 Ogos 2013
Pengenalan kepada Pengurusan Kualiti Makmal MS ISO/IEC 17025:2005 (Introduction to Laboratory Quality Management MS ISO/IEC 17025:2005)

28 Ogos 2013
Lawatan Sambil Belajar Sempena Kursus Penyimpanan dan Keselamatan Data ICT Pegawai Dan Staf Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (Kumpulan 1)

28 - 30 Ogos 2013
Kursus Pengurusan Projek

29 Ogos 2013
Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar-Pelajar Dan Pensyarah Multimedia University Di Bawah Program “Centre Of Diploma Programme” ke CyberSecurity Malaysia

September 2013
2 – 5 September 2013
Pameran Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Sempena Software Testing Conference (SOFTEC) 2013

4 - 6 September 2013
VMware vCloud Director: Install, Configure & Manage

5 September 2013
Bengkel Penggunaan Aplikasi Customer Relation Management (CRM) Sistem bagi Penguatkuasa Undang-undang

9 - 10 September 2013
Program Tanggungjawab Sosial Korporat CyberSecurity Malaysia: Lawatan Kerja Sempena Pemberian 15 Unit Komputer Kepada SMK Bengkongan, Kota Maurud, Sabah

10 September 2013
Forum Keamanan Sistem dan Transaksi Elektronik

10 - 12 September 2013
ASEAN Regional Forum (ARF) On Cyber Security – Legal and Cultural Aspects, Beijing, China

10 – 13 September 2013
International Common Criteria Conference (ICCC 2013)

19 September 2013
Seminar - “Business Online…New Opportunities”

20 September 2013
Ceramah “An Integrated Approach for Cyber Security and Critical National Information Infrastructure Protection”

21 September 2013
Program Kreativiti dan Science4U di Sekolah Menengan Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka

25 September 2013
Lawatan Dari Kementerian Komunikasi dan Maklumat (Ministry of Information and Communications), Vietnam

26 September 2013
Technology Update Seminar