Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 3 | Quarter 3 - 2013


 
Julai 2013
 
Bengkel CyberSAFE in Schools kepada Guru Penyelaras Bestari (CyberSAFE in Schools Powered by DiGi Telecommunication), Pusat Kegiatan Guru Sibu, Sarawak
  1 - 2 Julai 2013
  Bengkel yang diadakan selama dua hari ini merupakan fasa kedua program keselamatan siber bersama DiGi Telecomunications di mana dua pegawai dari Jabatan Outreach, CyberSecurity Malaysia iaitu Ramona Susanty Abdul Hamid dan Aaron Mokhtar telah bertindak sebagai tenaga pengajar.

Guru Penyelaras Bestari yang mengikuti bengkel ini akan melaksanakan bengkel bersama sekurang-kurangnya 100 pelajar di sekolah masing-masing dengan menggunakan bahan pengajaran yang telah disediakan oleh CyberSecurity Malaysia.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan keselamatan siber yang melibatkan individu terutama kanak-kanak yang terdiri dari pelajar sekolah. Program ini turut memberi pendedahan kepada para guru mengenai bahaya serta risiko yang dihadapi apabila terlalu banyak mendedahkan maklumat peribadi di laman media sosial seperti Facebook, Twiter dan Blog.

Seramai 21 orang guru telah mengikuti bengkel yang diadakan di Zon Sibu, manakala organisasi yang turut terlibat dalam menjayakan bengkel ini adalah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga DiGi Telecommunication Malaysia.

Bengkel telah dikendali dengan menggunakan Modul-modul dalam Bahasa Inggeris yang meliputi:
1. Securing the human
  • Good online and social networking habits
   
2. Protecting privacy and personal information online
  • Guideline on Mobile Internet safety
   
3. Securing the device:
  • Hands on workshops on securing online information
  • Interactive learning aids and educational videos
   
4. Positive usage of internet
  • Assignments of finding resources online (eg. Wikipedia)
 
Lawatan oleh Pusat Teknologi Maklumat TD (PUSTEKMA TD), Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur ke CyberSecurity Malaysia
  2 Julai 2013
  Lawatan ini disertai oleh seramai 38 pelajar PUSTEKMA Tentera Darat dan diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan mengenai keselamatan siber, di samping meninjau prasarana serta kemudahan keselamatan siber yang terdapat di CyberSecurity Malaysia.

Dalam sesi lawatan ini para pelajar telah diberi penerangan mengenai fungsi Jabatan Forensik Digital dan juga Jabatan MyCERT, di samping mendengar taklimat mengenai peranan CyberSecurity Malaysia. Dari lawatan ini, ianya dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas insiden-insiden keselamatan siber yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia melalui Jabatan Forensik Digital dan Jabatan MyCERT.
 
Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Internal Auditor
  2 - 4 Julai 2013
 

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah merangka dan melaksana program di bawah inisiatif Development of Capability and Capacity for Enforcement bagi agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure - CNII).

Justeru, satu Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Internal Auditor telah berlangsung dari 2 hingga 4 Julai 2013 di Bayview Hotel Georgetown, Pulau Pinang. Untuk bengkel pada kali ini, enam (6) agensi telah menyertai bengkel ini;

  1. Perbadanan Putrajaya
  2. Majlis Perbandaran Nilai
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Agensi Antidadah Kebangsaan
  5. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  6. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
 
Majlis Pelancaran Rasmi Malaysia Trustmark Untuk Sektor Swasta (MTPS)
  3 Julai 2013
 

Majlis Pelancaran Malaysia Trustmark Untuk Sektor Swasta telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 3 Julai 2013 sempena Persidangan Digital Kebangsaan 2013 yang berlangsung dari 2 hingga 3 Julai 2013. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamad (Bersara).

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri seramai 500 delegasi Persidangan Digital Kebangsaan termasuk penerima sijil Malaysia Trustmark serta wakil syarikat yang dijemput oleh CyberSecurity Malaysia.

Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamad turut menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat perintis Malaysia Trustmark yang telah berjaya memperolehi persijilan Malaysia Trustmark pada laman e-perniagaan yang didaftarkan. Ia juga diadakan bagi menghargai kerjasama serta komitmen mereka kepada Pengendali Trustmark Malaysia (MTO) dan Pengesah Trustmark Malaysia (TTSA) sepanjang projek perintis ini dijalankan.

Antara syarikat yang diberi persijilan Malaysia Trustmark ialah:

  1. Allfix Sdn Bhd
  2. Tanamera Tropical Spa Sdn Bhd
  3. ManagePay Sdn Bhd
  4. Futsalworks Sdn Bhd
  5. Burj Asia Corporation (M) Sdn Bhd
  6. Era Edar Marketing Sdn Bhd
 
Bengkel CyberSAFE in Schools kepada Guru Penyelaras Bestari (CyberSAFE in Schools Powered by DiGi Telecommunication), Pusat Kegiatan Guru Miri, Sarawak
  3 - 5 Julai 2013
 

Selain Zon Sibu, bengkel yang sama turut diadakan di Miri, Sarawak dari 3 hingga 5 Julai 2013 dan telah dihadiri seramai 20 guru. Sebagaimana di Zon Sibu, guru-guru yang mengikuti bengkel di Miri, turut diberi tanggungjawab untuk mengadakan bengkel kepada para pelajar sekolah masing-masing dengan menggunakan bahan pengajaran yang telah disediakan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.

 
Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber di Dewan Podium B, Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya
  4 Julai 2013
 

Ceramah anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta kesedaran mengenai ancaman keselamatan ICT yang telah disampaikan oleh Encik Jazannul Azriq bin Aripin..

Melalui ceramah ini, para peserta telah diberi penjelasan mengenai asas kesalahan penggunaan Internet yang boleh memberi impak kepada keselamatan siber. Ceramah telah dihadiri oleh seramai 100 orang kakitangan Kementerian Belia dan Sukan dan diadakan di Dewan Podium B, Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

 
Bengkel CyberSAFE in Schools kepada Guru Penyelaras Bestari (CyberSAFE in Schools Powered by DiGi Telecommunication) kepada Guru Penyelaras Bestari di Pusat Kegiatan Guru Bandar Pekan, Pahang
  8 - 9 Julai 2013
 

Program ini merupakan peringkat/fasa kedua program DiGi CyberSAFE, di mana Guru Penyelaras Bestari yang telah mengikuti bengkel ini perlu mengadakan program bersama pelajar di sekolah masing-masing dengan menggunakan bahan pengajaran yang telah disediakan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.

Seramai 16 orang guru telah hadir mengikuti bengkel ini. Tiga organisasi iaitu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan DiGi Telecommunication Malaysia telah bergabung bagi menjayakan bengkel ini.

 
Mesyuarat Penutupan Persijilan ISMS – Malaysia Airline System Berhad
  10 Julai 2013
 

Malaysia Airline System Berhad kini disenaraikan sebagai organisasi yang berjaya memperolehi pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007. Satu Mesyuarat Penutupan Persijilan ISMS bagi Malaysia Airline System Berhad telah diadakan dan dihadiri oleh Pegawai Atasan Malaysia Airlines yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Ahmad Jauhari Yahya.

 
Mesyuarat dan Lawatan oleh Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Media Sosial Bilangan 3 Tahun 2013 di CyberSecurity Malaysia
  18 Julai 2013
 

Program ini diadakan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemantauan Media Sosial Pegawai Awam yang berlangsung pada 24 Jun 2013 bagi menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Media Sosial di Malaysia. Ia diadakan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan lagi kemahiran dan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai muda di Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Media Sosial, di samping berbincang dengan lebih mendalam mengenai program-program latihan yang akan dilaksanakan. Seramai 38 orang ahli jawatankuasa telah menghadiri mesyuarat ini, di mana mereka telah diberi penerangan mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia dan turut dibawa melawat ke makmal-makmal CyberSecurity Malaysia. Antara organisasi yang terlibat adalah:

  1. Bahagian Perkhidmatan, JPA
  2. Pakar ICT Sektor Awam (Strategis), JPA
  3. Unit Teknologi Maklumat & Kewangan, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara
  4. Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara
  5. Bahagian Keselamatan Angkasa & Siber, MKN
  6. Unit Penyelarasan dan Khidmat Sokongan, Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, JPA
  7. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan EG, MAMPU, JPM
  8. Bahagian Pematuhan ICT, MAMPU, JPM
  9. Perhubungan Awam, JPA
  10. Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  11. Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan
  12. Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  13. Cawangan Tatatertib, Bukit Aman, PDRM Bahagian Pekhidmatan, JPA
 
Mesyuarat Penutupan Persijilan ISMS – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
  25 Julai 2013
 

Selain Malaysia Airline System Berhad, pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007, turut diperolehi Kementerian Pertahanan Malaysia. Mesyuarat Penutupan Persijilan ISMS bagi Kementerian Pertahanan Malaysia telah dihadiri oleh oleh Pegawai Atasan Kementerian Pertahanan Malaysia yang diketuai oleh Puan Zaharah binti Ali, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Maklumat; Kementerian Pertahanan Malaysia.