Having trouble viewing this email? View it in your browser.

csm-ace 2012

CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”

Bahasa | English

Issue 4 | Quarter 4 - 2013


Mesej dari CEO

Salam hormat dan salam sejahtera.

Berjumpa lagi dalam penerbitan CyberNEWS. Ini merupakan penerbitan terakhir untuk tahun 2013 dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas sokongan yang telah diberikan kepada CyberSecurity Malaysia sepanjang tahun 2013.

Di samping program latihan, kursus, persidangan serta kunjungan organisasi luar ke CyberSecurity Malaysia, lazimnya juga pada tiga bulan terakhir ini CyberSecurity Malaysia giat menjalankan persiapan terakhir bagi penganjuran dua acara tahunan, iaitu Anugerah, Persidangan dan Pameran Keselamatan Siber 2013 atau CSM-ACE 2013 dan Latih Amal Krisis Siber Negara atau X-MAYA 5.

CSM-ACE merupakan satu acara keselamatan siber yang unggul di Malaysia kerana ia meliputi tiga komponen utama iaitu Persidangan, Pameran dan juga Anugerah. Pada tahun ini, tema CSM-ACE adalah ‘Securing Cyberspace for Economic Growth’. Tema ini dipilih kerana kepentingan industri keselamatan siber kepada Negara serta sumbangan sektor ini dalam pembangunan dan juga kepesatan ekonomi Negara.

Pada tahun ini Persidangan CSM-ACE dibahagikan kepada dua sesi iaitu Trek 1 - Governance, Risk and Management manakala Trek 2 ialah Teknikal. Tahun ini juga terdapat aktiviti CyberSAFE yang merangkumi tiga acara utama iaitu Program Duta CyberSAFE bersama Pandu Puteri Malaysia, Penutupan Program DiGi CyberSAFE in Schools dan Pertandingan Akhir Debat ICT Kebangsaan 2014. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Persidangan Keselamatan Siber ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak baik sektor Kerajaan mahupun Swasta.

Sementara itu, Pameran CSM-ACE turut mendapat penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai organisasi dalam industri keselamatan siber. Melalui pameran ini, mereka berpeluang untuk mempamerkan produk serta perkhidmatan berdasarkan teknologi terkini, di samping dapat menjalin hubungan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Malam Anugerah Keselamatan Siber Malaysia pula telah diadakan pada hari terakhir CSM-ACE, di mana CyberSecurity Malaysia memberi pengiktirafan kepada organisasi serta individu yang telah membuat sumbangan bakti dalam pembangunan industri keselamatan siber di Malaysia. Seramai 11 penerima anugerah dari 7 kategori telah menerima pengiktirafan dari YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).    

CyberSecurity Malaysia turut terlibat dalam penganjuran Latih Amal Krisis Siber Negara atau X-MAYA 5 yang diadakan pada 25 November 2013. Acara tahunan yang dianjur bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini bertujuan untuk menguji keberkesanan prosedur yang telah dibangunkan di bawah Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (National Cyber Crisis Management Plan) melalui penilaian kesiapsiagaan dan tindak balas agensi-agensi Infrastruktur Kritikal Maklumat Negara (Critical National Information Insfrastructure) terhadap serangan siber.

X-MAYA 5 mencatatkan pencapaian dalam sejarah penganjuran program ini semenjak iaya muala diadakan pada tahun 2008 dengan bilangan penyertaan yang tertinggi iaitu 98 agensi-agensi awam dan swasta yang mewakili 10 sektor CNII. Majlis Penutupan Latih Amal Krisis Siber Negara 2013 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 26 November 2013 di Hotel Royale Bintang Damansara.

Bersesuaian dengan fungsi dan peranannya, CyberSecurity Malaysia telah menyediakan prasarana dan sokongan teknikal dalam menjayakan X-MAYA 5 berdasarkan pengalaman melalui penganjuran latih amal siber serantau bersama Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Persidangan Negara Islam (Organisation of the Islamic Conference - Computer Emergency Response Team) – (OIC-CERT) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (Asia Pacific Computer Emergency Response Team - APCERT) serta kebolehan dan kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam menangani pelbagai insiden keselamatan siber melalui Pusat Bantuan Cyber999 dan Pusat Penyelidikan Malware.

Adalah diharapkan agar setiap acara, program serta aktiviti yang dianjur dan disertai oleh CyberSecurity Malaysia di sepanjang tahun 2013 telah mencapai matlamat yang ditetapkan sejajar dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara ekonomi digital yang maju menjelang tahun 2020 melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara meluas dan di dalam semua aspek. Program-program serta acara yang dianjurkan merupakan sebahagian dari inisiatif penting bagi mewujudkan sebuah ekosistem terjamin dalam persekitaran siber yang kondusif dan selamat.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun baru ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kejayaan kepada kita semua.

Terima kasih
Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO, CyberSecurity Malaysia
 
1 - 8 Oktober 2013:
Lawatan Kerja ke Kementerian / Organisasi Berkaitan Keselamatan Siber di Tallinn, Estonia dan BAE Systems PLC, London, United Kingdom
2 - 8 Oktober 2013:
Lawatan Kerja ke Open Technology Real Services (OTRS) AG Headquarters (Operation Centre), Bad Homburg, Germany & Technical Discussion With Security Researcher, Berlin, Germany
3 Oktober 2013:
Lawatan Dari Agensi Teknologi Maklumat Kebangsaan, Senegal
14 - 19 Oktober 2013:
Lawatan Kerja ke Organisasi Siber dan Persidangan Seoul Cyber Space 2013 di Seoul, Korea Selatan
21 - 22 Oktober 2013:
Kursus “Advanced Information Reconnaissance: Open Source Intelligence and Information Gathering Techniques”
22 Oktober 2013:
4th International Cyber & Economic Crimes Conference / White Color Crime: Staying One Step Ahead of the Perpetrators
23 Oktober 2013:
Lawatan Dari Kementerian Sains dan Teknologi (Ministry of Science and Technology), Republic of Uganda
30 Oktober 2013:
3rd Asia E-Commerce Conference 2013
Oktober 2013:
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE di Bulan Oktober 2013
 
       
7 - 8 November 2013:
Operasi Spyglass (KL Gangster 2)
11 - 12 November 2013:
Mesyuarat Keselamatan Maklumat Peringkat Rantau Asia (Regional Asia Information Security Exchange – RAISE Forum Meeting)
12 - 14 November 2013:
Operasi Serbuan Penyelewengan Diesel
13 - 14 November 2013:
Anugerah, Persidangan dan Pameran Keselamatan Siber Malaysia 2013
18 – 20 November 2013:
Persidangan Tahunan Pasukan Tindak balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Islam (Organisation of Islamic Cooperation-Computer Emergency Response Team - OIC-CERT) 2013 dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5
18 – 22 November 2013:
Program Latihan bagi Bank Negara Malaysia (BNM)
19 – 21 November 2013:
November 2013: Program Latihan Bagi Memperkenalkan Edisi Terbaru ISMS, ISO/IEC 27001:2013.
25 – 27 November 2013:
Latih Amal Krisis Siber Negara (X-MAYA 5)
28 November 2013:
Perbincangan bersama pihak Lembaga Sandi (Kriptografi) Negara Indonesia, Sekolah Tinggi Sandi Indonesia dan Muzium Sandi Negara Indonesia. Lawatan ke Muzium Sandi Negara, Yogyakarta, Indonesia.
November 2013:
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE Sepanjang Bulan November 2013
 
       
2 – 4 Disember 2013 :
9th General Conference Of The Council For Security Cooperation In The Asia Pacific (CSCAP)
4 – 5 Disember 2013 :
ICT Product Security Assessment (IPSA) Workshop
9 – 20 Disember 2013:
Kursus Intensif dari Indonesia Security Incident Response Team on Internet and Infrastructure/Coordination Center (Id-SIRTII/CC)
10 Disember 2013:
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan CyberSecurity Malaysia
11 - 12 Disember 2013:
2nd National Conference On Information Assurance 2013
16 - 19 Disember 2013:
Latihan bagi Sarawak Energy Sdn Bhd
30 Disember 2013:
Pembangunan Garispanduan dan Amalan Terbaik bagi keselamatan maklumat
Disember 2013:
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE Sepanjang Bulan Disember 2013