 |
 |
CyberSecurity Malaysia Dilantik Sebagai Pengerusi World Trustmark Alliance (WTA) |
| |
7 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi 2014 World Trustmark Alliance (WTA). Dengan pelantikan ini, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab kini Pengerusi WTA, yang merupakan organisasi global Operator Trustmark. Pada masa ini, WTA terdiri daripada 37 ahli dari 30 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Mexico, Thailand, Korea, Singapura, Filipina, China dan Vietnam. |
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Kerja Dari Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam, Kuwait (Ministry Of Awqaf & Islamic Affairs) |
| |
11 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait pada 11 Februari 2014 dengan perwakilan seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh Mr. Hussam Al-Musaileem, Pengarah Teknologi Maklumat.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab telah mempengerusikan sesi perbincangan di mana delegasi Kuwait telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT.
Mesyuarat turut membincangkan peluang memperluaskan hubungan kerjasama dua hala yang sedia ada di antara Malaysia – Kuwait dari aspek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama dalam bidang keselamatan siber.
Melalui lawatan ini, delegasi Kuwait telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam beberapa bidang seperti berikut:
- Pembangunan Pasukan Tindak balas Kecemasan Komputer Kebangsaan;
- Pembangunan dalam bidang keselamatan laman web;
- Pengurusan keselamatan siber terhadap dokumen dan kertas kerja.
|
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Kerja Dari Universiti IT Antarabangsa, Kazakhstan (International IT University) |
| |
12 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari Universiti IT Antarabangsa, Kazakhstan pada 12 Februari 2014, dengan seramai 5 orang perwakilan yang diketuai oleh Prof. Sagadiyev, Presiden Universiti IT Antarabangsa, Kazakhstan.
Naib Presiden Perhubungan Kerajaan Dan Pelbagai Hala CyberSecurity Malaysia, Mohd Shamir Hashim telah menerima delegasi and mempengerusikan sesi perbincangan. Delegasi telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan CyberSecurity Malaysia yang merangkumi sejarah penubuhan, mandat serta jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada pihak Kerajaan dan juga orang awam.
Sesi tersebut turut membincangkan peluang bagi memperluaskan lagi kerjasama hubungan dua hala yang sedia ada di antara Malaysia dan Kazakhstan dari aspek ICT terutama dalam bidang latihan kepakaran.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima, delegasi Kazakhstan kini telah lebih memahami peranan CyberSecurity Malaysia dalam melaksanakan program latihan profesional mengenai bidang keselamatan siber. Ia memberi gambaran yang lebih tepat kepada Kazakhstan dalam melaksanakan program latihan di Universiti IT Antarabangsa, Kazakhstan.
|
|
 |
| |
 |
 |
Sidang Kemuncak Global CyberCrime Enforcement Summit 2014 |
| |
11-12 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah menyertai Sidang Kemuncak Penguatkuasaan Jenayah Siber Global anjuran Pusat Jenayah Digital (DCU) Microsoft telah diadakan di Redmond Washington, Amerika Syarikat dari 11 hingga 12 Februari 2014.
CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Naib Presiden Cyber Security Responsive Services (CSRS), Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin serta dua pegawai iaitu Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua MyCERT dan Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Forensik Digital.
Sidang Kemuncak ini telah dihadiri oleh pakar-pakar siber serta cendiakawan dalam bidang teknologi seperti Interpol’s Global Center USA, German Federal Criminal Police, University of Washington, University of Califonia San Diego dan juga Europol Cyber Crime Center.
Sidang Kemuncak ini memberi fokus kepada perlindungan awam, khususnya pengguna Internet dari serangan malware, memudahkan jenayah seperti mengenal pasti kecurian, penipuan bank, klik penipuan, pencerobohan privasi, dan eksploitasi kanak-kanak dalam talian.
|
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Akademik Oleh Pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor |
| |
13 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan akademik dari pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor pada 13 Februari 2014. Rombongan yang terdiri dari 33 orang pelajar ini telah diketuai oleh Puan Herdawati Ahmad, Pensyarah Program SKS Kolej Komuniti Hulu Selangor.
Para pelajar telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi CyberSecurity Malaysia dan dipertontonkan dengan video korporat CyberSecurity Malaysia. Pelajar juga dibawa melawat makmal Forensik Digital dan meninjau operasi keselamatan siber yang dikendalikan oleh Pasukan Tindak balas Kecemasan Komputer Malaysia atau MyCERT.
Melalui lawatan ini, ia dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi CyberSecurity Malaysia, di samping dapat meningkatkan kesedaran serta pemahaman mereka mengenai kepentingan keselamatan siber.
|
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Oleh Pegawai Kanan Kursus Siasatan Jenayah Siber Maktab Polis Di Raja Malaysia |
| |
17 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia menerima kunjungan dari para pegawai kanan Kursus Sisatan Jenayah Siber Maktab Polis Di Raja Malaysia. Rombongan terdiri daripada 30 pegawai dan diketuai oleh ASP Yong Wee Heiong.
Delegasi telah diberi taklimat mengenai CyberSecurity Malaysia dan dibawa melawat makmal Forensik Digital dan pusat bantuan Cyber999.
Melalui lawatan ini, para pegawai telah mendapat pendedahan serta maklumat yang lebih terperinci mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Forensik Digital. Rombongan juga dibawa melihat operasi pusat bantuan Cyber999 dalam mengendalikan laporan pengguna internet serta isu isu berkaitan insiden keselamatan siber.
Dengan adanya pendedahan ini, diharapkan para pegawai dapat membantu orangramai menyalurkan insiden keselamatan siber yang dialami mereka kepada CyberSecurity Malaysia di samping dapat menjalankan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan berkualiti.
|
|
 |
| |
 |
 |
Bengkel Media Bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd |
| |
18 Februari 2014 |
| |
Bengkel Media bersama syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (penerbit Majalah ASUH) telah diadakan pada 18 Februari 2014. Ia merupakan bengkel media yang pertama dianjurkan CyberSecurity Malaysia pada tahun 2014. Bengkel media merupakan salah satu inisiatif CyberSecurity Malaysia bagi mengukuh serta mengeratkan hubungan baik bersama pihak media di samping menzahirkan penghargaan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak media.
Antara objektif bengkel ini adalah:
- Memberi pendidikan dan pendedahan mengenai teknik-teknik pencarian maklumat melalui ‘search engine’ bagi mendapatkan hasil atau keputusan yang tepat;
- Meningkatkan dan memupuk kesedaran pihak media mengenai kepentingan keselamatan siber melalui pengisian program CyberSAFE.
Bengkel media ini telah dihadiri oleh seramai 21 kakitangan Galeri Ilmu yang terdiri dari penerbit, pengarang majalah, wartawan, pereka grafik serta kakitangan am.
Bengkel yang diadakan di CyberSecurity Malaysia ini telah dikendalikan oleh Edwan Aidid, dari Jabatan Outreach dan telah dibahagikan kepada dua segmen, iaitu segmen CyberSAFE dan juga segmen pencarian maklumat melalui ‘search engine’.
Bengkel yang diadakan ini telah memberi team Galeri Ilmu satu pengetahuan baru dari teknik pencarian maklumat dan juga amalan terbaik tatkala menggunakan Internet sewaktu di alam siber, dan ianya dapat diaplikasikan dalam aktiviti harian mereka.
|
|
 |
| |
 |
 |
Persidangan BlueSPACE IT Security 2014 |
| |
18-20 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian sebagai Organisasi Penyokong (Supporting Organization) dalam Persidangan BlueSPACE IT Security 2014 anjuran Trueventus Sdn Bhd. Selain CyberSecurity Malaysia, persidangan ini turut disokong oleh ISPA (The Information Security Professional Association of Malaysia).
Persidangan yang mengumpulkan pakar-pakar dalam bidang keselamatan siber dan IT ini telah membincangkan pelbagai isu berkaitan teknik pertahanan siber terkini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka. Ia telah memberi pendedahan ilmu serta maklumat kepada peserta dalam menghadapi cabaran serangan siber di samping mempelajari kaedah mempertahankan rangkaian sistem komputer di organisasi mereka.
CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Forensik Digital yang turut membuat pembentangan bertajuk “Technical live demo: Securing Integrity With Forensic Computing”.
|
|
 |
| |
 |
 |
Asia Pacific Computer Emergency Response Team (APCERT) Drill Exercise 2014 - Countering Cyber-ops With Regional Coordination |
| |
19 Februari 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam APCERT Drill 2014 yang bertemakan “Countering Cyber-ops With Regional Coordination” pada 19 Februari 2014.
Latihan tahunan ini diadakan bertujuan untuk menguji pengendalian, komunikasi dan penyelesaian masalah yang berkaitan serangan siber di antara pasukan tindak balas kecemasan computer (CERTs) di rantau Asia Pasifik.
Pada tahun ini, APCERT Drill telah disertai oleh 20 organisasi dari 16 ekonomi, antaranya Malaysia, Australia, Brunei, China, Chinese Taipei, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Bangladesh, Egypt, Pakistan, Nigeria, German, Macau, Myanmar dan Vietnam.
Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam latihan ini telah dapat meningkatkan hubungan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dengan ahli APCERT. Selain itu, latihan ini juga memberi pendedahan kepada CyberSecurity Malaysia dalam menyelesaikan masalah berdasarkan tema latihan pada tahun ini. Secara tidak langsung ia telah dapat memperkenalkan nama serta reputasi CyberSecurity Malaysia di persada antarabangsa.
|
|
 |
| |
 |
 |
Upacara Penutup Safer Internet Day 2014 dan Pelancaran Buku Panduan Keselamatan Siber - Buli Siber |
| |
28 Februari 2014 |
| |
Majlis penutup sambutan ‘Safer Internet Day’ 2014 telah diadakan di SMK Seri Tanjong, Melaka Bandaraya Bersejarah dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
‘Safer Internet Day’ disambut di Malaysia pada bulan Februari setiap tahun, sejak 2010. Melalui acara ‘Safer Internet Day’, CyberSecurity Malaysia memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan para remaja mengenai tatacara serta kaedah penggunaan Internet secara positif dan selamat. Acara ini juga bertujuan membina budaya penggunaan Internet dan teknologi secara berhemah dan beretika.
Pada tahun ini, sambutan ‘Safer Internet Day 2014’ dimulakan dengan Program CyberSAFE melalui kerjasama Duta CyberSAFE dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang telah mengadakan ceramah Kesedaran Keselamatan Siber kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. Aktiviti tersebut diadakan dari 11 sehingga 24 Februari 2014 dan dianggarkan seramai 900 orang pelajar di lebih 9 buah sekolah mendapat pencerahan tentang keselamatan siber melalui aktiviti ini.
Di peringkat Universiti pula, sambutan Safer Internet Day 2014 diadakan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di mana seramai 30 pelajar UIA telah diberi latihan keselamatan siber bagi melayakkan mereka menjadi Duta CyberSAFE. Latihan telah diadakan pada 15 dan 16 Februari 2014.
Pada 24 Februari, Duta CyberSAFE yang terdiri dari pelajar UIA telah menjadi Mentor CyberSAFE kepada pelajar SMK Seri Tanjong. Sebagai mentor, pelajar UIA berinteraksi dengan pelajar SMK Seri Tanjong sambil memberi pencerahan tentang isu-isu keselamatan siber.
Pada majlis yang sama, Buku Panduan Keselamatan Siber - Buli Siber telah turut dilancarkan oleh YB. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.
Penerbitan buku panduan tersebut merupakan salah satu inisiatif pembangunan garispanduan dan amalan terbaik CyberSecurity Malaysia bagi membantu pengguna Internet, khususnya ibubapa, penjaga dan guru untuk mengenalpasti, menangani serta mencegah gejala dan ancaman Buli Siber dalam kalangan pelajar dan berkongsi maklumat berkenaan keselamatan siber dalam kalangan Komuniti Digital Malaysia.
Sehingga Februari 2014, CyberSecurity Malaysia telah menghasilkan 21 buah Buku Panduan Keselamatan Siber dalam pelbagai tajuk, antaranya Online Shopping, Online Banking, dan Social Networking.
Buku panduan ini boleh dimuat turun dari lawan sesawang korporat CyberSecurity Malaysia.
|
|
 |
| |
 |
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE bulan Februari 2014 |
| |
Februari 2014 |
| |
Pelbagai aktiviti program kesedaran keselamatan siber atau CyberSAFE telah pun diadakan sepanjang bulan Januari 2014 bagi membantu meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan organisasi awam dan swasta, serta komuniti terutamanya murid sekolah dan remaja. Aktiviti yang dijalankan telah membangkitkan isu-isu keselamatan siber dan cara terbaik untuk menangani dan mencegah dari menjadi mangsa ancaman siber.
Antara program-program kesedaran keselamatan siber yang telah dilaksanakan pada bulan Februari 2014 adalah: |
| |
| Tarikh |
Program |
Tempat |
| 15 Februari 2014 |
Pameran: Karnival ICT Terengganu 2014 |
Pusat Dagangan Terengganu |
| 18 Februari 2014 |
Media Workshop bersama Galeri Ilmu |
Level 7 CyberSecurity Malaysia |
| 22 Februari 2014 |
Seminar Kesedaran Internet-Adab Digital Citizen |
Alor Gajah, Melaka |
| 24 Februari 2014 |
Upacara Penutup Safer Internet Day- Cyber Parenting & CyberSAFE Mentor |
Parliament 136, Tangga Batu |
| 27 Februari 2014 |
Seminar Kesedaran Siber- Secure the Human |
Cheras, KL |
|
| |
Program kesedaran keselamatan siber ini dapat mempromosikan inisiatif dan perkhidmatan CybarSecurity Malaysia seperti Cyber999 dan portal CyberSAFE. Program ini juga dapat mewujudkan satu kesedaran tentang ancaman terhadap pengguna komputer serta internet dan perubahan realiti kehidupan seharian tatkala kemajuan teknologi komunikasi. |
|
| |
| |
|
| |
|