CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
Bahasa | English Isu 4 | Quater 1 - 2014
Kursus Digital Forensics for First Responder
  6-9 Januari 2014
  Kursus Digital Forensic for First Responder telah diadakan di CyberSecurity Malaysia pada 6 hingga 9 Januari 2014. Kursus ini dijalankan bagi melatih para peserta mengenalpasti dan menganalisa bukti digital di tempat kejadian jenayah serta mengajar secara amali mengenai kaedah menyita sesuatu bahan bukti digital.

Seramai 12 orang peserta yang terdiri dari pegawai sektor swasta telah menghadiri kursus ini. Antara tujuan kursus ini diadakan adalah:
  1. Untuk memastikan pegawai tersebut dapat menggunakan metodologi forensik digital di tempat kerja mereka;
  2. Untuk menyita, memperoleh dan mengekalkan bukti digital di tempat kejadian;
  3. Untuk mengetahui media digital terkini dan sistem penyimpanan serta alat forensik;
  4. Untuk dapat menyertai perbincangan dan mesyuarat mengenai perkara-perkara forensik digital;
  5. Untuk memahami peranan pasukan tindak balas yang terawal.
 
Kursus Lead Auditor ISO 27001 ISMS
  6-10 Januari 2014
  CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan satu kursus di bawah inisiatif Development of Capability and Capacity for Enforcement bagi agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure - CNII). Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007 Internal Auditor ini telah diadakan pada 6 hingga 10 Januari 2014 di Le Grandeur Palm Resort, Johor.

Kursus disertai oleh sembilan buah agensi seperti berikut:
  1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  3. MAMPU
  4. Majlis Keselamatan Negara
  5. Majlis Perbandaran Subang Jaya
  6. Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri
  7. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
  8. Universiti Putra Malaysia
  9. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
 
Lawatan Kerja dari Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
  7 Januari 2014
  Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) telah mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia pada 7 Januari 2014. Seramai empat perwakilan SABERKAS telah menghadiri lawatan ini. Mereka adalah:
  1. YB. Datuk Dr. Lee Kim Shin
  2. Mr. Law Seng Hoon
  3. Madam Ngui Ing Ing
  4. Miss Sharon Teo
Pada sesi lawatan ini, perwakilan SABERKAS telah diberi pendedahan mengenai ancaman siber terkini serta serangan siber seperti phishing, malware, online harassment dan penipuan online.

Di samping itu, CyberSecurity Malaysia turut mengambil peluang untuk mengadakan kerjasama dengan SEBERKAS dalam meningkatkan tahap kesedaran terhadap keselamatan siber dalam kalangan ahli dan Komuniti setempat di Sarawak.
 
Lawatan Sambil Belajar dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPTL) Shah Alam
  8 Januari 2014
  Lawatan sambil belajar dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPTL) Shah Alam diadakan pada 8 Januari 2014 dan telah dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar bersama seorang pensyarah PTPTL.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai keselamatan siber dan memberi pendedahan mengenai ancaman siber yang terkini. Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut memberi peringatan tentang langkah–langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu melayari internet.
 
Mesyuarat Organisation for Security Advisory Committee (OSAC)
  16 Januari 2014
  Mesyuarat Organisation for Security Advisory Committee (OSAC) ini telah dianjurkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat bertempat di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2014. Mesyuarat banyak membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan siber semasa dan telah dirasmikan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Mr. Joseph Y. Yun.

Antara jemputan yang telah hadir di mesyuarat ini adalah ejen FBI, penasihat keselamatan dan ejen khas Amerika Syarikat dari Thailand, Malaysia dan juga Singapura.

Dalam perbincangan tersebut, Lt. Kol. Sazali bin Sukardi (Bersara) yang mewakili CyberSecurity Malaysia telah memberi ucapan tentang perubahan ancaman siber melalui perspektif Malaysia. Beliau juga turut mengetengahkan tentang kepentingan keselamatan siber dan juga menekankan mengenai kepentingan kolaborasi di peringkat nasional dan global. Menurut beliau, dengan adanya kolaborasi ini, ancaman siber merentasi sempadan akan dapat diatasi.

Selain daripada Lt. Kolonel Sazali, turut menyampaikan ucapan di perbincangan ini adalah Ejen Khas Amerika Syarikat dari Thailand.
 
Majis Penyerahan Sijil Akreditasi dan Persijilan CyberSecurity Malaysia 2013
  20 Januari 2014
  Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi dan Persijilan CyberSecurity Malaysia 2013 ini dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

Sebanyak 23 organisasi telah menerima sijil Common Criteria ISO/IEC 15408, sijil Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001 dan juga sijil Malaysia Trustmark bagi e-perniagaan yang disahkan sepanjang tahun 2013.

Pada majlis yang sama, CyberSecurity Malaysia telah dikurniakan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17021:2012 oleh Jabatan Standard Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Puan Fadilah Baharin kepada Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab.

Manakala di penghujung majlis, satu sesi Pertukaran Memorandum Persahaman di antara CyberSecurity Malaysia dan Telekom Applied Business Sdn Bhd bagi pengesahan perkhidmatan e-perniagaan untuk Malaysia Trustmark juga turut diadakan.

Penganjuran majlis ini secara tidak langsung telah berjaya mempromosi dan menghebahkan perkhidmatan-perkhidmatan persijilan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia di samping memberi penghargaan kepada organisasi yang Berjaya memperolehi pensijilan dari CyberSecurity Malaysia.
 
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE bulan Januari 2014
  Januari 2014
  Pelbagai aktiviti program kesedaran keselamatan siber atau CyberSAFE telah pun diadakan sepanjang bulan Januari 2014 bagi membantu meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan organisasi awam dan swasta, serta komuniti terutamanya murid sekolah dan remaja. Aktiviti yang dijalankan telah membangkitkan isu-isu keselamatan siber dan cara terbaik untuk menangani dan mencegah dari menjadi mangsa ancaman siber.

Antara program-program kesedaran keselamatan siber yang telah dilaksanakan pada bulan Januari 2014 adalah:
 
Tarikh Program Tempat
18 Januari 2014 Seminar Kesedaran Siber- Adab Digital Citizen Labuan
27 Januari 2014 PELTAC 2014- Adab Digital Citizen Skudai,Johor
 

Program kesedaran keselamatan siber ini dapat mempromosikan inisiatif dan perkhidmatan CybarSecurity Malaysia seperti Cyber999 dan portal CyberSAFE. Program ini juga dapat mewujudkan satu kesedaran tentang ancaman terhadap pengguna komputer serta internet dan perubahan realiti kehidupan seharian tatkala kemajuan teknologi komunikasi.