 |
 |
 |
Digital Crime Consortium 2014 (DCC 2014) |
| |
3-5 Mac 2014 |
| |
Digital Crime Consortium 2014 atau DCC 2014 telah dianjurkan oleh Microsoft Co. dan berlangsung selama tiga hari di Marina Sands Bay, Singapura. Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Cyber Security Responsive Service, CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan bertajuk ‘Keselamatan Siber di Malaysia’.
Persidangan ini telah memberi peluang kepada pegawai penguatkuasa undang-undang serta komuniti keselamatan teknologi dari seluruh dunia untuk berkumpul dan membincangkan isu-isu terkini yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa dalam usaha membenteras jenayah siber di seluruh dunia.
Pelbagai topik menarik mengenai jenayah digital telah dibincang dan dibentangkan di persidangan ini termasuk teknik menganalisa serangan yang disasarkan kepada pengusaha industri seperti takedowns botnet dan ancaman malware mudah alih serta keselamatan cabaran yang ditimbulkan oleh orang awam.
|
|
 |
| |
 |
 |
Program Induksi/ Ulangkaji MySEF Anjuran CyberSecurity Malaysia |
| |
6 Mac 2014 |
| |
Program Induksi / Ulangkaji MySEF (Kemudahan Penilaian Keselamatan ICT Malaysia) dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia bagi memberi maklumat umum untuk membantu kakitangan baru menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja mereka.
Program ulangkaji kakitangan CyberSecurity Malaysia ini tidak hanya tertumpu kepada Sistem Pengurusan Kualiti MySEF CyberSecurity Malaysia, tetapi ianya juga merangkumi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).
Tujuan program induksi/ulangkaji ini diadakan adalah untuk:
- Mengalukan kehadiran kakitangan baru dan memberi maklumat kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja bagi menghasilkan mutu kerja yang konsisten, menyeluruh dan berkesan.
- Memberi penerangan mengenai sumbangan serta peranan yang perlu dilakukan oleh kakitangan termasuk penerangan mengenai Kualiti Polisi dan Objektif MySEF CyberSecurity Malaysia.
- Memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh kepada kakitangan mengenai Sistem Pengurusan Kualiti MySEF seperti polisi, panduan, dasar dan dokumen lain yang berkaitan.
- Memenuhi obligasi kepada kakitangan dengan menyediakan maklumat yang sesuai untuk memastikan persekitran yang selamat dan sihat dikekalkan.
- Mengkaji dan mengemaskini semua dokumen jika diperlukan.
Program ini dijalankan bagi memenuhi kriteria ISO 17025 yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila ada pengambilan kakitangan baru.
|
|
 |
| |
 |
 |
MySEF Surveillance Audit oleh Jabatan Standard Malaysia. |
| |
13 Mac 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia berjaya mendapat akreditasi MS-ISO/IEC 17025 bagi Makmal Kemudahan Penilaian Keselamatan ICT Malaysia atau MySEF pada tahun 2010 oleh Jabatan Standard Malaysia yang membuat penilaian dan pemantauan agar Makmal MySEF mematuhi prosedur yang ditetapkan mengikut MS-ISO ICE17025:2005 dan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).
Pada 13 Mac 2014, Makmal MySEF telah melalui proses pengauditan ini bagi mengekalkan akreditasi tersebut.
Tujuan aktiviti penilaian dan pemantauan ini dibuat adalah untuk:
- Memastikan makmal MySEF CyberSecurity Malaysia mematuhi MS-ISO IEC 17025:2005 dan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM);
- Mengesahkan pelaksanaan tindakan pembetulan yang diambil terhadap ketidakpatuhan (Nonconformity) yang dibangkitkan dalam penilaian tahun sebelumnya (jika berkaitan).
Dengan adanya akreditasi ini, CyberSecurity Malaysia dapat membina keyakinan dan jaminan pengusaha produk-produk ICT yang mempunyai ciri keselamatan untuk produk-produk mereka dinilai berdasarkan pematuhan standard antarabangsa.
|
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak |
| |
13 Mac 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang diketuai oleh Puan Norliza Mohamed Piah, Pensyarah Politeknik Ungku Omar.
Rombongan yang terdiri dari 32 orang pelajar serta beberapa orang pensyarah telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi CyberSecurity Malaysia dan dipertontonkan dengan tayangan video korporat CyberSecurity Malaysia.
Selain pembentangan maklumat korporat, rombongan turut diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi Jabatan Forensik Digital, MyCERT (Pasukan Tindak balas Kecemasan Komputer) dan juga program CyberSAFE.
Melalui lawatan ini, para pelajar dan pensyarah telah dapat memahami dengan jelas mengenai peranan CyberSecurity Malaysia. Di samping itu, CyberSecurity Malaysia juga dapat menyampaikan mesej mengenai kepentingan keselamatan siber melalui pembentangan CyberSAFE.
|
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Industri Oleh Pelajar Kolej PTPL Ampang, Selangor |
| |
19 Mac 2014 |
| |
CyberSecurity Malaysia menerima kunjungan seramai 37 orang pelajar dan pensyarah dari Kolej PTPL Ampang. Rombongan diketuai oleh Puan Norma Mohamad dan telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi CyberSecurity Malaysia.
Selain maklumat korporat, ahli rombongan juga diberi taklimat oleh para pegawai dari Jabatan Forensik Digital, MyCERT (Pasukan Tindak balas Kecemasan Komputer) dan Jabatan Outreach mengenai Program CyberSAFE.
Lawatan ini dilihat sebagai satu peluang untuk CyberSecurity Malaysia memperkenal dan menjelaskan kepada ahli rombongan mengenai fungsi serta peranan agensi ini dengan lebih terperinci.
|
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Kerja Dari Delegasi Angkatan Tentera Darat Pakistan |
| |
21 Mac 2014 |
| |
Pada 21 Mac 2014, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari delegasi Angkatan Tentera Darat Pakistan terdiri dari lima (5) orang pegawai yang diketuai oleh Mejar Jeneral Amer Azeem Bajwa, DG C41 Direktorat.
Ketua Pegawai Operasi CyberSecurity Malaysia, Zahri Yunos telah menerima delegasi dan seterusnya mempengerusikan sesi perbincangan. Delegasi Pakistan telah diberi taklimat mengenai mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT.
Mesyuarat turut membincangkan peluang untuk memperluaskan lagi kerjasama di antara kedua-dua entiti dari aspek ICT terutamanya dalam bidang keselamatan siber.
Delegasi turut dibawa melawat makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia seperti makmal Forensik Digital, pusat operasi MyCERT dan juga makmal Security Assurance.
Dari lawatan ini, delegasi Angkatan Tentera Darat Pakistan telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam beberapa bidang seperti berikut:
- Program latihan yang disediakan berdasarkan kepakaran dan pengalaman MyCERT serta Forensik Digital;
- Pembangunan Pasukan Tindak balas Kecemasan Komputer Kebangsaan;
- Pembangunan dalam rangkaian IT keselamatan siber;
- Polisi serta dasar dalam pengurusan keselamatan siber.
|
|
 |
| |
 |
 |
Bengkel Asean Regional Forum (ARF) – “Cyber Confidence Building Measures” |
| |
25-26 Mac 2014 |
| |
Bengkel ASEAN Regional Forum (ARF) “Cyber Confidence-Building Measures” telah diadakan pada 25 sehingga 26 Mac 2014 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan Australia (Department of Foreign Affairs and Trade) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Malaysia.
Ucapan pembukaan bengkel telah disampaikan oleh Ir. Md. Shah Nuri Md. Zain, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Keselamatan, Angkasa dan Siber, Majlis Keselamatan Negara dan John Quinn, Penolong Setiausaha, Bahagian Keselamatan Antarabangsa, Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan, Australia.
Pelaksanaan bengkel ini dibahagikan kepada empat modul seperti berikut:
- Modul Pertama: The Nature, Importance and Need for Cyber Confidence Building and Transparency Measures;
- Modul Kedua: National Cyber Security Architectures – Which Points of Contact are Vital?;
- Modul Ketiga: Desktop Simulation;
- Modul Keempat (Bahagian Pertama): The Role and Importance of Points of Contact; dan
- Modul Keempat (Bahagian Kedua): Building a Regional Network of Contacts.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kerjasama, menggalakkan ketelusan dan membantu dalam membina kapasiti peserta ARF dalam keselamatan siber. Bengkel ini telah disertai oleh 27 buah negara dari rantau ASEAN dan rakan ASEAN dari rantau Asia Pasifik, Eropah & Amerika.
Sebagai agensi teknikal keselamatan siber di Malaysia, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian sebagai pemudahcara di Modul Ketiga: Desktop Simulation dan moderator di Modul Keempat (Bahagian Kedua): Building a Regional Network of Contacts. Seramai 10 pegawai CyberSecurity Malaysia telah terlibat secara aktif dalam menjayakan bengkel tersebut. |
|
 |
| |
 |
 |
Lawatan Kerja Dari Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Organization Of Islamic Cooperation (OIC) Arab Saudi |
| |
28 Mac 2014 |
| |
Pada 28 Mac 2014, CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan dari Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Wajdi H. Al-Quliti.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab telah menerima kunjungan tersebut dan mempengerusikan sesi perbincangan.
Wajdi telah diberi taklimat mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT. Beliau turut dibawa melawat kemudahan makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia iaitu MyCERT dan makmal Forensik Digital.
Melalui lawatan ini, Wajdi telah menunjukkan minat untuk menjalin kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam beberapa bidang seperti berikut:
- Memperluaskan lagi aktiviti OIC-CERT yang sedia ada;
- Meneroka bidang dalam kerjasama yang berpotensi dengan CyberSecurity Malaysia – OIC dan OIC-CERT melalui ICANN dan gTLDs.
- Mendapatkan khidmat nasihat mengenai tindakan yang perlu dalam membangunkan keupayaan keselamatan siber mengenai Cyberbullying Safeguards for Children dalam kalangan negara OIC.
|
|
 |
| |
 |
Program Kesedaran Keselamatan Siber – CyberSAFE bulan Mac 2014 |
| |
Mac 2014 |
| |
Pelbagai aktiviti program kesedaran keselamatan siber atau CyberSAFE telah pun diadakan sepanjang bulan Mac 2014 bagi membantu meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan organisasi awam dan swasta, serta komuniti terutamanya murid sekolah dan remaja. Aktiviti yang dijalankan telah membangkitkan isu-isu keselamatan siber dan cara terbaik untuk menangani dan mencegah dari menjadi mangsa ancaman siber.
Antara program-program kesedaran keselamatan siber yang telah dilaksanakan pada bulan Mac 2014 adalah:
|
| |
| Tarikh |
Program |
Tempat |
| 4 Mac 2014 |
Seminar Kesedaran Internet-CyberSAFE KDN 2014 |
Dewan Gemilang,Block D1,Ministry of Home Affairs,Complex D, Federal Government Administrative Center Putrajaya |
| 5 Mac 2014 |
Kesedaran ICT-Adab Digital Citizen |
PWTC,KL |
| 7 Mac 2014 |
CyberSAFE Ambassador Program with UTHM |
UTHM Pt Raja, Batu Pahat. |
| 11 Mac 2014 |
Kursus Kesedaran ICT |
Institut Pembangunan Modal Insan Zon Timur, Kelantan |
| 13 Mac 2014 |
Seminar Kesedaran Siber |
SK Sekyen 19 Shah Alam |
| 14 Mac 2014 |
Knowledge Sharing Session |
Jalan Tun Hussein, Precinct 2 |
| 18 Mac 2014 |
Hari Bersama ICT 2014 |
Dewan Tun Dr.Ismail, Blok 11, Agensi Nuklear Malaysia,Kajang |
| 20 Mac 2014 |
Seminar Kesedaran Siber-Adab Digital Citizen |
Politeknik Ungku Omar Ipoh |
|
| |
Program kesedaran keselamatan siber ini dapat mempromosikan inisiatif dan perkhidmatan CybarSecurity Malaysia seperti Cyber999 dan portal CyberSAFE. Program ini juga dapat mewujudkan satu kesedaran tentang ancaman terhadap pengguna komputer serta internet dan perubahan realiti kehidupan seharian tatkala kemajuan teknologi komunikasi. |
|
| |
| |
|
| |
|