CyberSecurity Malaysia –“CyberNEWS”
Bahasa | English Isu 6 | Suku Ketiga - 2014
   

Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

Serentak kita melangkah masuk ke tahun 2015, serangan ke atas infrastruktur maklumat kritikal negara akan terus menjadi lebih inovatif dan canggih. Walaubagaimana pun, tatkala kebanyakkan organisasi serta jabatan kerajaan sedang dalam proses membangunkan mekanisme keselamatan yang baru, penjenayah siber pula turut menghasilkan teknik-teknik terbaru untuk memintas perisai keselamatan ini.

Pada asasnya, kita perlu bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kita harus berganding bahu menuju ke arah yang sama dan menerima bahawa perubahan ketara dalam isu keselamatan siber adalah datangnya dari pihak luar hingga ke ancaman dalaman dan ia tertumpu kepada keperluan untuk mendidik para pekerja, rakan kongsi dan masyarakat itu sendiri. Saya yakin bahawa terdapat banyak peluang yang mampu dicungkil dan dapat merangsang inovasi serta perkembangan perusahaan serta menyokong penjanaan pekerjaan dan kemakmuran yang lebih besar.

Harapan kami tinggi, impian kami besar, manakala iltizam kami mutlak. Segala kemungkinan hanya dihadkan oleh imaginasi kita dan saya berharap bekerjasama dapat terus dijalin dengan semua pihak bagi membangunkan rangka kerja dan operasi kita. Kita pasti boleh berjaya dalam memberi kesan yang positif untuk meningkatkan keselamatan siber negara kita.

Pada isu kali ini, kami turut meringkaskan panduan berkaitan keselamatan siber dan pemerhatian tentang amalan-amalan terbaik yang boleh dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat dalam persediaan untuk bertindak balas terhadap serangan siber. Saya yakin anda akan dapati aktiviti-aktiviti yang kami jalankan pada suku ke-tiga ini bernilai buat anda semua. Ia menunjukkan perkongsian mantap kami, penyelarasan semasa, kerjasama keselamatan yang praktikal untuk menangani ancaman keselamatan siber dan pembangunan modal insan di peringkat global.

Terima kasih kerana mengikuti perkembangan kami. Saya sarankan agar anda terus mengikuti perkembangan kami dari masa ke semasa.

Terima Kasih

Dr. Amirudin Abdul Wahab
CEO CyberSecurity Malaysia

   
12 OGOS 2014
4TH INFORMATION SECURITY CONFERENCE
13 – 14 OGOS 2014
MALAYSIAN INTERNET GOVERNANCE FORUM 2014
13 - 15 OGOS 2014
PROGRAM INDUKSI & ULANGKAJI MYSEF
14 OGOS 2014
PENYAMPAIAN SIJIL INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) KEPADA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
19 OGOS 2014
4TH ASEAN FINANCIAL INSTITUTION CONFERENCE (ASEANFIC)
20 OGOS 2014
CLOUD & BIG DATA CONFERENCE
22 - 23 OGOS 2014
INTERNATIONAL CYBERSECURITY AND POLICING CONFERENCE 2014
26 - 28 OGOS 2014
KURSUS DIGITAL FORENSIC FIRST RESPONDER
26 – 28 OGOS 2014
SEMINAR PELAKSANAAN ISO/IEC 27001:2013
 
 
 
8 SEPTEMBER 2014
PRA-PELANCARAN ACARA CSM-ACE 2014 DAN PERSIDANGAN MEDIA
9 - 10 SEPTEMBER 2014
INTERNATIONAL CONFERENCE ON INFORMATION: EXPLORING THE FUTURE
10 SEPTEMBER 2014
TAKLIMAT KESELAMATAN SIBER - TINJAUAN DAN ANALISA SETENGAH TAHUN PERTAMA 2014
15 - 18 SEPTEMBER 2014
1. MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ASIA PACIFIC COMPUTER EMERGENCY RESPONSE TEAM (APCERT) 2. PERSIDANGAN ASIA PACIFIC NETWORK INFORMATION CENTER 38 (APNIC 38)
18 SEPTEMBER 2014
IMPLEMENTING ISO 22301, BUSINESS CONTINUTY MANAGEMENT SYSTEM TRAINING
26 – 29 SEPTEMBER 2014
LAWATAN KERJA KE PUSAT KECEMERLANGAN AKADEMI, AGENSI KERAJAAN DAN INDUSTRI DI UNITED KINGDOM
27 SEPTEMBER 2014
SPRINGER AND IEEE TECHNICALLY CO-SPONSORED SCIENCE AND INFORMATION CONFERENCE 2014