Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISSUE 14 | SUKU KETIGA - 2016
Bahasa | English
JULAI 2016
image
Persidangan Cybersecurity Alliance for Mutual Progress (CAMP) 2016 dan CyberSecurity Training Course (Incident Response), Seoul, Korea
10 – 15 Julai 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Cybersecurity Alliance for Mutual Progress (CAMP) 2016 di Seoul, Korea. Persidangan anjuran Global Cyber Security Development (GCCD) di bawah kelolaan Korea Internet Security Agency (KISA) ini menghimpunkan organisasi industri keselamatan IT dan pasukan CSIRT dari pelbagai negara di seluruh dunia.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Afiq Asraf Bin Mohd Azhar, Juruanalisa, Pasukan Tindak Balas Keselamatan Siber (MyCERT).

Selain menghadiri persidangan, CyberSecurity Malaysia turut terlibat pada beberapa aktiviti, antaranya Mesyuarat Tahunan CAMP pada 11 Julai 2016, mengikuti program Latihan Keselamatan Siber pada 12 dan 13 Julai 2016, menyertai sesi lawatan sambil belajar ke Pusat Operasi KISA dan Ekspo Teknologi Korea pada 14 Julai 2016, mengadakan perjumpaan dengan beberapa vendor IT bagi membincangkan peluang kerjasama serta mengikuti lawatan budaya Korea anjuran KISA pada 15 Julai 2016.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah dapat meningkatkan kepakaran dalam bidang keselamatan siber serta menjalin rangkaian kerjasama dengan pasukan CSIRT dari negara lain.

divider-shadow
image
Science and Information (SAI) Computing Conference 2016, London, United Kingdom
13 – 16 Julai 2016

CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan kertas kerja di persidangan Science and Information (SAI) Computing Conference 2016 di London pada 13 hingga 16 Julai 2016. Kertas kerja yang bertajuk "Development of a Cyber Security Awareness Using Focus Group Discussion" tersebut ditulis oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti serta Ramona Susanty AB Hamid, Pengurus Outreach dari Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat.

Persidangan SAI ini dianjurkan oleh The Science and Information (SAI) Organisation dan ditaja oleh IEEE. Ia merupakan persidangan penyelidikan tahunan yang diadakan di London, United Kingdom semenjak tahun 2013. Persidangan yang menghimpunkan penyelidik dan pengamal industri sains dan maklumat ini menjadi platform utama untuk pertukaran idea, hasil penyelidikan dan perkembangan pengalaman dalam bidang computer, sains, elektornik dan juga komunikasi. Selain pembentangan kertas kerja dan hasil penyelidikan, persidangan ini turut merangkumi beberapa aktiviti lain antaranya pembentangan poster, tutorial dan juga bengkel.

Selain menghadiri persidangan, delegasi CyberSecurity Malaysia yang turut mengadakan lawatan strategik serta perbincangan ke beberapa organisasi yang berpangkalan di London, antaranya The Nerve Centre, BAE Headquarters, Child Exploitation & Online Protection (CEOP) Centre dan Science Museum – Educators Department.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik dengan organisasi yang berpangkalan di United Kingdom dalam usaha melestarikan perkembangan industri keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Taklimat Media Bersama Symantec Mengenai Isu Ransomware, Kuala Lumpur
20 Julai 2016

Pada 20 Julai 2016 telah berlangsung satu taklimat media mengenai insiden keselamatan siber, Ransomeware. Program bersama media ini dianjurkan oleh Symantec, organisasi perisian anti-virus Norton dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.

Ransomware merupakan satu ancaman malware yang bertindak menyekat akses pengguna Internet kepada komputer atau peranti digital mereka. Bagi membolehkan pengguna kembali mengakses komputer atau peranti digital tersebut, mereka dikehendaki membayar pampasan kepada penjenayah siber. Namun, walaupun pampasan dibayar ianya masih tidak menjamin akses kepada komputer atau peranti digital tersebut.

Justeru, pembentangan media mengenai Ransomware ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta penerangan terperinci mengenai isu yang kini semakin meleluasa di Malaysia. Pada sesi tersebut, Symantec telah berkongsi maklumat berdasarkan laporan ancaman keselamatan Symantec's Internet Security Threat Report vol.21. Menurut laporan tersebut, Ransomware telah menjadi ancaman keselamatan siber yang semakin membimbangkan disebabkan oleh peningkatan rangkaian penggunaan peranti digital serta kecuaian pengguna Internet.

CyberSecurity Malaysia turut membuat pembentangan mengenai senario keselamatan siber di Malaysia termasuk status ancaman Ransomware di Malaysia. Ia berdasarkan laporan insiden yang dibuat oleh pengguna Internet serta analisa yang dilakukan oleh pakar teknikal keselamatan siber di CyberSecurity Malaysia serta berkongsi amalan terbaik dalam menangani insiden tersebut.

Beberapa media tempatan hadir antaranya Enterprise IT News (EITN), Harian Metro dan juga The New Straits Times (NST). Pembentangan telah dilbuat oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan Choon Hong Chee, Pengarah Perniagaan Pelanggan Asia, Syamntec.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada sesi media ini merupakan satu pengiktirafan industri terhadap kebolehan dan kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam menangani isu-isu keselamatan siber. Ia telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi peneraju keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Bengkel Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme 1/2016, Putrajaya
21 - 22 Julai 2016

Pada 6 Pada 21 dan 22 Julai 2016 telah berlangsung Bengkel Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme siri pertama bagi tahun 2016. Bengkel anjuran CyberSecurity Malaysia ini diadakan di Putrajaya dan dihadiri seramai lebih 40 peserta terdiri dari pegawai-pegawai sektor awam, sektor swasta serta ahli-ahli akademik.

Pada bengkel ini, para peserta telah diperkenalkan dengan skim tersebut. Selain itu, bengkel ini juga diadakan bagi mendapatkan maklumbalas ahli-ahli Global ACE Scheme yang terdiri dari pegawai sektor awam dan swasta di mana maklumat tersebut akan digunapakai dalam proses pembangunan kertas kerja, polisi dan sebagainya.

divider-shadow
image
Program of Action (POA): Training On E-Governance (Malaysia-India), Kuala Lumpur
22 Julai 2016

Pada 22 Julai 2016 telah berlangsung satu taklimat mengenai Program Of Action (POA): Training On E-Governance (Malaysia-India) di INTAN, Bukit Kiara. Program anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini diadakan bagi memberi pendedahan serta penerangan mengenai trend ancaman siber kepada peserta yang terdiri daripada pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pegawai dari Ministry of Personnel, Public Grievances and Pensions, India.

Program diadakan bagi merealisasikan usaha sama di antara Malaysia dan India melalui kerjasama dalam bidang pentadbiran awam dan tadbir urus, di mana satu Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working Group - JWG) telah diwujudkan bagi mengenal pasti dan melaksanakan kolaborasi, program dan aktiviti untuk setiap bidang kerjasama berkenaan.

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat pembentangan bertajuk "Cyber Crime – Internet as a Tool of Intelligence". Pembentangan dilakukan oleh Lt. Col. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Bahagian Penyelidikan Strategik.

Jemputan oleh INTAN ini merupakan satu pengiktirafan kepada CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar bidang keselamatan siber. Penglibatan CyberSecurity Malaysia juga telah meningkatkan visibility, sekaligus memperlihatkan komitmen CyberSecurity Malaysia dalam menyokong agenda Negara di arena antarabangsa.

divider-shadow
image
Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) dan Pembentangan Laporan Analisis Jurang, Putrajaya
25 – 27 Julai 2016

Pada 25 hingga 27 Julai 2016 telah berlangsung Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) dan Pembentangan Laporan Analisis Jurang. Program anjuran bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan CyberSecurity Malaysia ini diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Seramai 10 peserta dari pelbagai jabatan di MAMPU telah menghadiri bengkel yang diadakan selama dua hari ini.

Bengkel Kesedaran BCMS ini diadakan untuk memperkenalkan standards ISO 22301 serta keperluan standards kepada para peserta. Melalui bengkel ini, para peserta diberi pendedahan serta maklumat mengenai pelaksanaan dan pembangunan BCMS. Selain itu, organisasi yang terlibat juga dapat mengenalpasti kaedah pelaksanaan BCMS. Pada bengkel yang sama, satu pembentangan laporan analisis jurang turut diadakan bagi berkongsi hasil penemuan dari aktiviti analisis jurang yang dilaksanakan pada April 2016.

Hasil dari bengkel yang diadakan ini telah memberi kefahaman kepada para peserta mengenai standards ISO 22301 BCMS selain mengenalpasti pelan pelaksanaan BCMS di MAMPU beserta tarikh sasaran bagi aktiviti-aktiviti utama.

divider-shadow
image
Bengkel Protection Profile Kad Pintar dan Pembaca Kad, Putrajaya
25 – 27 Julai 2016

Satu Bengkel Protection Profile untuk Kad Pintar dan Pembaca Kad telah diadakan oleh CyberSecurity Malaysia pada 25 hingga 27 Julai 2016 di Putrajaya. Bengkel diadakan untuk memberi penerangan mengenai Protection Profile Kad Pintar khususnya kriteria keselamatan yang perlu ada pada Pembaca Kad.

Bengkel selama tiga hari ini dihadiri oleh 16 peserta terdiri pengguna kad pintar dan pembekal teknologi kad pintar bagi membolehkan mereka berkongsi maklumat berpandukan spesifikasi dan pendapat dari Eropah mengenai kad pintar dan pembaca kad. Bengkel ini telah menggabungkan idea dan kemahiran pakar industri dari Malaysia bagi memantapkan lagi Protection Profile yang sedia ada.

Hasil dari bengkel ini akan dirumuskan dalam bentuk laporan bertulis dan akan dibentangkan dalam satu sesi khas yang akan datang. Selain itu, pelan pelaksanaan Protection Profile mengikut keperluan dan spesifikasi yang dipersetujui Jabatan Pendaftaran Negara akan turut dibentangkan.

divider-shadow
image
Bengkel Proses Pemilihan Kelayakan NICTSeD 2016, Kuala Lumpur
28 – 29 Julai 2016

Pada 28 dan 29 Julai 2016 telah berlangsung satu bengkel bagi proses pemilihan sekolah-sekolah menengah dari seluruh Malaysia yang menghantar permohonan untuk menyertai Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan: Piala Cabaran CyberSAFE tahun 2016 (NICTSeD).

Sebanyak 123 penyertaan telah diterima dari sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Penyertaan dihantar melalui dalam talian bermula 14 hingga 24 Jun 2016. Ini merupakan satu format baharu di mana sekolah menengah yang berminat untuk menyertai Pertandingan NICTSeD 2016 perlu menghantar ringkasan eksekutif, slaid pembentangan dan rakaman video selama dua minit mengenai isu-isu keselamatan siber.

Proses pemilihan dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), DiGi Telecomunication dan juga CyberSecurity Malaysia.

Sebanyak 16 buah sekolah telah dipilih mewakili negeri dan zon dari seluruh negara untuk bertanding di peringkat suku akhir dan separuh akhir yang akan diadakan di Marang, Terengganu.

NICTSeD merupakan satu pertandingan berbentuk wacana sekolah pertama diadakan di Malaysia mengenai keselamatan siber. Dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) serta kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NICTSeD merupakan salah satu kaedah dalam usaha menyebar luas maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai keselamatan ICT dalam kalangan pelajar dan guru sekolah agar mereka menjadi pengguna Internet yang berhemah dan beretika.

divider-shadow
image
Karnival Creativity & Science4U, Kluang, Johor
28 – 30 Julai 2016

Pada 28 hingga 30 Julai 2016 telah berlangsung Karnival Creativity & Science4U peringkat negeri Johor anjuran Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI). CyberSecurity Malaysia telah menyertai karnival selama tiga hari yang diadakan di Kluang Mall, Kluang, Johor.

Karnival ini disasarkan kepada lebih daripada 3,000 pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru, ibubapa serta penduduk setempat. Antara agensi-agensi MOSTI yang mengambil bahagian adalah Kimia Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Planetrium Negara, Pusat Sains Negara (PSN), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), dan Bahagian Inovasi & Pengkormesilan, MOSTI.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada karnival ini telah membolehkan CyberSecurity Malaysia berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada individu serta organisasi mengenai keselamatan siber melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya CyberSAFE Quest yang merupakan satu inisiatif di bawah Program CyberSAFE dan juga Pameran Interaktif.

Aktiviti CyberSAFE Quest telah dijalankan pada 28 Julai 2016 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Kluang. Ianya disertai oleh pelajar-pelajar dari 25 buah sekolah menengah di daerah Kluang.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan di Kluang Mall. Delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Outreach & Pembangunan Kapasiti.

divider-shadow
divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image
s