Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 13 | SUKU KEDUA - 2016
Bahasa | English
MEI 2016
image
Kolokium Perkongsian Ilmu Teknikal, Seri Kembangan, Selangor
2 Ogos 2016

Pada 2 Ogos 2016 telah berlangsung Kolokium Perkongsian Ilmu Teknikal CyberSecurity Malaysia. Program tahunan ini dilaksana bagi menggalakkan kakitangan CyberSecurity Malaysia menghasilkan artikel bercirikan teknikal yang berkualiti. Setiap artikel yang dihasilkan akan disemak dan dinilai oleh untuk penambahbaikan sebelum artikel tersebut dihantar kepada organisasi penerbitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang bersesuaian.

Program ini juga menjadi platform perkongsian pengetahuan teknikal, mendapatkan maklumbalas serta pertukaran idea dan pandangan dalam kalangan kakitangan CyberSecurity Malaysia.

Melalui aktiviti ini CyberSecurity Malaysia dapat memperkayakan lagi penghasilan artikel-artikel ilmiah yang lebih bermutu sebagai sumber rujukan di masa hadapan. Di samping itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada kakitangan CyberSecurity Malaysia untuk mengasah bakat serta mengukuhkan lagi skil penulisan teknikal, pembentangan dan juga komunikasi.

divider-shadow
image
Pertandingan Peringkat Suku Akhir & Separuh Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan: Piala Cabaran CyberSAFE tahun 2016 (NICTSeD), Marang, Terengganu
7 – 11 Ogos 2016

Pada 7 hingga 11 Ogos 2016 telah berlangsung Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan : Piala Cabaran CyberSAFE 2016 (NICTSeD) peringkat suku akhir dan separuh akhir. Pertandingan telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di Marang.

NICTSeD merupakan pertandingan berbentuk wacana sekolah yang pertama diadakan di Malaysia mengenai keselamatan siber. Ia dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) serta kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

NICTSeD 2016 mendapat penyertaan awal dari 123 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia. Penyertaan tersebut telah diterima secara dalam talian pada bulan Jun 2016. Sebanyak 16 buah sekolah dari negeri/zon di seluruh negara telah dipilih oleh panel juri yang dilantik untuk mara ke peringkat suku akhir dan juga separuh akhir.

Pada pertandingan peringkat separuh akhir, Sekolah Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bharu, Johor telah berjaya ke pertandingan akhir yang akan diadakan pada 19 Oktober 2016 di The Royale Chulan Kuala Lumpur bersempena dengan Cyber Security Malaysia - Awards, Conference and Exhibition (CSM-ACE) 2016, acara tahunan anjuran CyberSecurity Malaysia.
Majlils perasmian penutup NICTSeD 2016 peringkat separuh akhir telah disempurnakan oleh YB. A. Latif bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu.

divider-shadow
image
Program Inovasi dan Digital Negeri Johor, Johor Bahru, Johor
12 – 14 Ogos 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Program Inovasi dan Digital Negeri Johor pada 12 hingga 14 Ogos 2016 di Persada, Johor Bahru. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor.

Karnival selama tiga hari ini mensasarkan lebih 3,000 pengunjung yang terdiri dari pelajar sekolah, guru, ibu bapa serta penduduk Negeri Johor khususnya di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Program Program Inovasi dan Digital telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk memperkenalkan perkhidmatan melalui pameran interaktif, berkongsi maklumat dan pendedahan kepada individu serta organisasi mengenai keselamatan siber. Selain itu, aktiviti CyberSAFE Quest juga turut diadakan, di mana seramai 50 pelajar sekolah menengah di sekitar Johor Bahru telah mengambil bahagian di dalam aktiviti tersebut.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini merupakan salah satu inisiatif serta komitmen dalam memperkasakan bidang keselamatan siber kepada masyarakat umum khususnya pengguna Internet di Malaysia.

divider-shadow
image
ELM SME Seminar, Kuala Lumpur
13 Ogos 2016

Pada Pada 13 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Seminar ELM SME anjuran HELP University bertempat di Wisma HELP Univeriti. Seminar sehari ini diadakan bagi memberi pendedahan dan penerangan mengenai undang-undang siber, jenayah siber dan keselamatan siber kepada peserta yang terdiri daripada pegawai pengurusan tinggi organisasi yang mengambil bahagian.

Pada seminar ini, CyberSecurity Malaysia yang telah diwakili oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik di mana beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Cyber Security For Industry"

Kehadiran CyberSecurity Malaysia pada seminar ini telah membuka peluang untuk berkongsi maklumat serta ilmu berkaitan isu keselamatan siber serta kegiatan jenayah siber yang kini menjadi salah satu dari ancaman besar negara. Ia juga turut mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja Institusi ICT, Perbankan dan Kewangan Rusia ke CyberSecurity Malaysia
15 Ogos 2016

Pada 15 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari Institusi ICT, Perbankan dan Kewangan Rusia. Delegasi seramai 19 orang tersebut diketuai oleh Yuri Malinin, Pengarah Academy of Informational Systems (AIS), sebuah badan peneraju institusi kewangan dan ICT di Rusia.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai bidang keselamatan siber dalam landskap kewangan di Malaysia serta mempelajari kaedah menjamin keselamatan sistem perbankan daripada ancaman siber. Lawatan ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam pengendalian insiden keselamatan siber serta langkah pengawalan yang berkesan. Delegasi juga diberi pendedahan mengenai program latihan dan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Pada lawatan tersebut, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai oleh CyberSecurity Malaysia dan AIS meliputi bidang berkaitan pengurusan insiden keselamatan siber, forensik digital, pengurusan risiko, latihan dan kesedaran keselamatan siber serta penyelidikan dan pembangunan keselamatan siber.

Selain CyberSecurity Malaysia, delegasi Rusia juga turut mengadakan lawatan ke Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan juga Standard Chartered Bank.

Lawatan ini telah berjaya memperluas serta mengeratkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua negara dalam bidang keselamatan siber terutama di sektor kewangan. Kunjungan delegasi Rusia dilihat sebagai satu pengiktirafan kuasa besar dunia ke atas kepakaran serta kemahiran CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
8th ASEAN Forensic Society Network (AFSN) Annual Meeting & Symposium, Bangkok, Thailand
16 - 19 Ogos 2016

Pada 16 hingga 19 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri 8th ASEAN Forensic Society Network (AFSN) Annual Meeting & Symposium di Bangkok, Thailand.

ASEAN Forensic Science Network (AFSN) adalah satu badan yang dianggotai oleh para saintis dalam bidang forensik. Ia merupakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan isu-isu berkaitan bidang forensik. AFSN dianggotai oleh negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Myanmar, Thailand, Brunei, Indonesia dan Vietnam. CyberSecurity Malaysia merupakan ahli AFSN semenjak empat tahun yang lepas.

Mesyuarat dan simposium selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh General Paiboon Khumchaya, Ketua Menteri di Jabatan Kehakiman Negara, Thailand. Selain CyberSecurity Malaysia, turut hadir pada program ini ialah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kimia Malaysia.

Delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi dan disertai oleh beberapa pegawai yang turut membuat pembentangan, antaranya Sarah Khadijah Taylor - "Forensic Analysis On The MH370 Captain's Flight Simulator", Mohd Fadzlee Sulaiman – "Android Malware Assessment for Taking Down Control And Command (C2) Server", Mohd Zaharudin Darus – "Analysis On Color Information Verification For Color Content-Based CCTV", Tajul Josalmin Tajul Ariffin – "Forensic Readiness in CCTV: Obtaining the optimum quality for a CCTV system" dan Mohd Sharizuan Mohd Omar – "Comparative Study On The Quality Of Automatic Speaker Recognition From Various Online Evidence Data"

Pelbagai hasil kajian forensik telah dibentangkan pada mesyuarat dan simposium oleh delegasi negara-negara anggota. Maklumat yang diperolehi digunakan oleh para delegasi untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan forensik di negara masing-masing. Pada tahun 2017, mesyuarat dan simposium ini akan diadakan di Indonesia.

divider-shadow
image
US-Singapore Third Country Training Programme on Cybersecurity for ASEAN countries, Singapore
16 – 18 Ogos 2016

Pada 16 hingga 18 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri program United State - Singapore Third Country Training Programme yang berlangsung di Singapura.

Program selama tiga hari ini dianjurkan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (Cyber Security Agency of Singapore) di bawah Singapore Cooperation Programme (SCP) yang ditubuhkan untuk melaksanakan program-program bantuan teknikal di bawah tajaan kerajaan Singapura.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi membolehkan setiap negara ASEAN berkongsi pengalaman dan kepakaran selain mengeratkan lagi kerjasama dalam bidang keselamatan siber. Selain itu, ia turut membina jaringan kerjasama yang lebih utuh dalam menangani segala isu, risiko, ancaman dan jenayah siber dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Program latihan ini telah dihadiri oleh seramai 31 orang pegawai dari pelbagai bidang kepakaran keselamatan siber dari negara-negara ASEAN antaranya Malaysia, Brunei, Indonesia, Myanmar, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti dan turut disertai oleh Jazannul Azriq Aripin dari Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat serta Marziaton Omar dari Jabatan Perhubungan Kerajaan.

Penyertaan pada program ini telah dapat memperkukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pemacu industri keselamatan siber di rantau ASEAN.

divider-shadow
image
The 14th Pacific Rim International Conference on Artificial Intelligence (PRICAI 2016), Phuket, Thailand
22 – 26 Ogos 2016

Pada 22 hingga 26 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri 14th Pacific Rim International Conference on Artificial Intelligence (PRICAI 2016) di Phuket, Thailand.

PRICAI 2016 dianjurkan Sirindhorn International Institute of Technology, Thammasat University (SIIT, TU), Thammasat University (TU), Prince of Songkla University, Thailand National Electronics and Computer Technology Center (NECTEC), National Science and Technology Development Agency (NSTDA) dan juga Artificial Intelligence Association of Thailand (AIAT). Ia merupakan acara antarabangsa dwi-tahunan yang memberi fokus kepada teori-teori Artificial Intelligence, teknologi dan permohonan mereka dalam kawasan kepentingan ekonomi dan sosial bagi negara-negara di rantau Pacific Rim.

Acara ini mengumpulkan para sarjana serta penyelidik dalam pelbagai bidang dan industri bagi pertukaran ilmu intelek, menjalin kerjasama penyelidikan serta pembangunan profesional. Lebih 250 kertas kerja penyelidikan dihantar kepada jawatankuasa panel penilai, dan hanya 30% kertas penyelidikan telah diterima untuk dibentangkan pada persidangan ini.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohamad Nizam Kassim dari Jabatan Penyelidikan Strategik di mana beliau telah membuat pembentangan kerja penyelidikan bertajuk "Enhanced Rules Application Order to Stem Affixation, Reduplication and Compounding Words in Malay Texts".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada acara ini telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai organisasi peneraju bidang keselamatan siber di rantau Asia Pasifik.

divider-shadow
image
Bengkel Antarabangsa Big Data Analytic 2016 (IWBDA2016), Johor Bahru, Johor
23 Ogos 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Bengkel Antarabangsa Big Data Analytic 2016 yang berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 23 Ogos 2016.

Bengkel bertemakan "Ke Arah Dimensi Sains Data Penerangan Ekonomi" anjuran Pusat Big Data Universiti Teknologi Mara, Skudai Johor ini dihadiri oleh delegasi dari institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan serta industri tempatan dan juga antarabangsa. Ia merupakan platform untuk para penyelidik berkongsi maklumat, kepakaran serta pengalaman mengenai pengkomputeran Big Data.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Keselamatan Siber di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk "CyberDEF: Detection, Eradication and Forensic Analysis of Cyber Threats By Exploring Big Data Technology".

Penyertaan pada persidangan ini telah menunjukkan komitmen berterusan CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber, di samping mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat rujukan keselamatan siber dan forensik digital di peringkat antarabangsa.

divider-shadow
image
HIMSS Healthcare Cyber Security Symposium 2016, Bangkok, Thailand
23 Ogos 2016

Pada 23 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri HIMSS (Healthcare Information and Management Systems Society) Healthcare Cyber Security Symposium 2016 di Bangkok, Thailand.

Healthcare Information and Management Systems Society (HIMSS) Asia Pacific merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberi fokus kepada usaha-usaha mengoptimumkan hasil perhubungan kesihatan menggunakan teknologi maklumat. Program sehari ini telah dihadiri oleh professional IT di dalam sektor penjagaan kesihatan dan perubatan dari seluruh dunia.

Pada program tersebut, Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital, CyberSecurity Malaysia telah menjadi salah seorang panel pada sesi forum yang membincangkan tajuk "A View from the Experts: Ransomware Best Practices and How to Ready Your Organization for the Next Significant Cyber Threat with Emergency Preparedness Exercises".

Program ini telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan teknologi keselamatan siber serta forensik digital. Selain itu, jalinan perhubungan professional dengan golongan professional IT di sektor penjagaan kesihatan dan perubatan juga dapat diwujudkan sekali gus, memperluaskan jangkauan CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai sektor.

divider-shadow
image
Bengkel CyberSecurity Malaysia Strategy Roadmap, Bangi, Selangor
26 – 27 Ogos 2016

CyberSecurity Malaysia (CSM) telah menganjurkan Bengkel CyberSecurity Malaysia Strategy Roadmap yang berlangsung dari 26 hingga 27 Ogos 2016 di Bangi, Putrajaya.

Seramai 31 orang peserta terdiri dari pegawai-pegawai kanan CyberSecurity Malaysia telah menghadiri bengkel ini. Antara pengisian bengkel adalah untuk membentangkan status semasa pembangunan pelan tindakan strategi baru serta mengkaji semula visi dan misi CyberSecurity Malaysia menerusi pertukaran pendapat dan membincangkan analisis jurang yang akan diintegrasikan ke dalam pembangunan Strategy Roadmap 2.0. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan arahan daripada pihak pengurusan mengenai perkembangan semasa dan peningkatan masa depan CyberSecurity Malaysia.

Hasil dari perbincangan dan pembentangan bengkel akan diselaraskan dan dimasukkan ke dalam Strategy Roadmap 2.0. bagi memberi gambaran dan panduan halatuju CyberSecurity Malaysia untuk tahun selepas 2020.

CyberSecurity Malaysia Strategy Roadmap telah dibangunkan pada tahun 2007 yang meliputi visi, misi, hala tuju strategik, matlamat strategik dan juga Bidang Keberhasilan Utama. Strategi Roadmap 1.0 akan berakhir pada tahun 2020.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja dan Mesyuarat Kerjasama di antara MAHER-Iran National CERT & CyberSecurity Malaysia, Tehran, Iran
28 – 30 Ogos 2016

Pada 28 hingga 30 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah melakukan lawatan kerja serta mesyuarat bersama MAHER-CERT di Tehran, Iran.

Program ini meliputi lawatan kerja serta sesi penilaian keselamatan ke atas Mobile Telecomunication of Iran (MCI) CERT bagi melihat polisi dan prosidur tindak balas insiden serta infrastruktur keselamatan data agensi berkenaan. Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut mengadakan perbincangan dalam bidang keselamatan ICT bersama MAHER CERT yang merupakan organisasi kebangsaan keselamatan siber Iran.

Pada program tersebut, CyberSecurity Malaysia telah membuat pembentangan mengenai aktiviti-aktiviti berkaitan tindak balas insiden keselamatan siber serta kajian kes yang pernah dikendalikan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT). Di samping itu, peluang tersebut juga digunakan untuk memperkenalkan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia antaranya, forensik digital.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia telah meningkatkan visibiliti di arena antarabangsa dan ianya juga merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, kemahiran serta pengalaman dalam bidang keselamatan siber. Selain itu, ia turut mengukuhkan kerjasama di antara Malaysia dan juga Iran.

divider-shadow
image
Executive Education Program for ASEAN Senior Policy Makers: "The Changing World of Payments: Implications for Policy Making & Regulation" at AXA University, Singapore
28 - 31 Ogos 2016

Pada 28 hingga 31 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Executive Education Program for ASEAN Senior Policy Makers: "The Changing World of Payments: Implications for Policy Making & Regulation" di AXA University Campus, Singapura. Program ini dianjurkan oleh Visa and Duke Corporate Education (Duke CE).

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Maslina Daud, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber. Seramai 80 peserta dari negara-negara ASEAN menghadiri program yang mensasarkan penguatkuasa undang-undang dari sektor kewangan. Selain dari CyberSecurity Malaysia, turut menyertai program ini adalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan VISA Malaysia.

Program pembelajaran eksekutif untuk sektor kewangan bagi negara-negara ASEAN ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai trend dan model perniagaan yang dipandu oleh inovasi dalam bidang pembayaran.

Melalui program ini, para peserta dapat menambah pengetahuan dan kesedaran mengenai landskap pembayaran elektronik global yang terkini. Selain itu, para peserta juga dapat memahami kaedah penentu dasar, pengawalan risiko, pembinaan kemahiran teras dalam dasar termasuk kepentingan kerjasama antara agensi.

Walaupun sasaran program ini lebih tertumpu kepada sektor kewangan, namun, ilmu yang didapati darui program ini telah dapat dimanafatkan dan digunapakai di CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja dari Global Cyber Security Capacity Centre (GCSCC), Oxford Martin School, University of Oxford ke CyberSecurity Malaysia
29 Ogos 2016

Pada 29 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan dari Cik Lara Pace, Knowledge Exchange Manager dan juga Professor Michael Goldsmith, Senior Research Fellow dari Global Cyber Security Capacity Centre (GCSCC), Oxford Martin School, University of Oxford, United Kingdom.

Tujuan kunjungan tersebut diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan serta fungsi CyberSecurity Malaysia terutamanya program-program latihan professional yang telah dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber.

Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan tersebut di mana beliau telah mempengerusikan sesi perbincangan serta membuat taklimat berkenaan fungsi serta peranan Cybersecurity Malaysia. Kunjungan tersebut juga turut membincangkan peluang kerjasama hubungan dua hala di antara CyberSecurity Malaysia dan GCSCC Oxford Martin School dalam bidang keselamatan ICT.

divider-shadow
image
Bengkel Pembangunan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) # 1, Putrajaya
30 Ogos 2016

Pada 30 Ogos 2016, telah berlangsung satu Bengkel Pembangunan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) siri pertama di Putrajaya.

Bengkel ini merupakan satu daripada rangkaian bengkel yang dilaksanakan bagi membantu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) membangunkan dokumen berdasarkan Standards ISO 22301. Bengkel pertama ini juga mengenalpasti maklumat yang diperlukan dari Klausa 4, "Context of the Organization" bagi Standard ISO22301. Maklumat ini penting bagi memahami konteks organisasi dalam menentukan skop pelaksanaan kesinambungan Business Continuity Management System di MAMPU.

Seramai 20 orang peserta dari pelbagai Jabatan di MAMPU hadir pada sesi selama satu hari ini.

Perlaksanaan bengkel ini penting bagi mengukuhkan ketenteraman awam dari segi meminimumkan impak ke atas sistem penyampaian perkhidmatan agensi di bawah infrastuktur maklumat kritikal negara (CNII) akibat dari gangguan atau bencana seperti ketiadaan bekalan elektrik, banjir dan sebagainya.

divider-shadow
image
18th International Conference on Knowledge Management and Information Security (ICKMIS) 2016 Conference, Bangkok, Thailand
30 - 31 Ogos 2016

Pada 30 dan 31 Ogos 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Antarabangsa Pengurusan Pengetahuan dan Keselamatan Maklumat 2016 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Persidangan selama dua hari ini dianjurkan oleh International Economics and Management Engineering Committee. Persidangan ini mengumpulkan pakar serta ahli sains, ahli akademik, penyelidik dan sarjana penyelidikan bagi berkongsi pengalaman serta hasil penyelidikan mengenai aspek Pengurusan Pengetahuan dan Keselamatan Maklumat.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Wan Shafiuddin Zainudin, Ketua Jabatan, Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat. Beliau telah membuat pembentangan berdasarkan journal bertajuk "CyberSecurity Malaysia: Towards Being a Certification Body for Entry-level Cyber Security Practitioner". Journal tersebut telah dipilih sebagai Journal Terbaik pada persidangan itu.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini serta pemilihan journal terbaik telah mengangkat nama serta kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai peneraju industri keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.

divider-shadow
divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image