Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 14 | SUKU KETIGA - 2016
Bahasa | English
SEPTEMBER 2016
image
Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS)
5 – 6 September 2016

CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengadakan Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) pada 5 dan 6 September 2016 bertempat di Agensi Nuklear Malaysia.

Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan standards ISO 22301 serta keperluan-keperluan standards, pelaksanaan dan pembangunan BCSM kepada seramai lebih 30 orang peserta terdiri dari pegawai pelbagai unit di Agensi Nuklear Malaysia.

Pelaksanaan bengkel ini merupakan hasil dari Piagam Pelaksanaan Projek Pembangunan, Adaptasi dan Pensijilan Berdasarkan ISO 22301 bagi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan yang di meterai bersama di antara CyberSecurity Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia dan MAMPU.

Projek ini dijangka dapat mewujudkan keseragaman dalam pelaksanaan pengurusan kesinambungan perkhidmatan dalam kalangan sektor awam. Selain itu, projek ini juga dijadikan penanda aras bagi tahap kesiapsiagaan agensi sektor awam yang diterajui oleh MAMPU dengan sokongan CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
10th European Conference on Information Systems Management (ECISM), Portugal
5 – 9 September 2016

Pada 8 dan 9 September 2016, delegasi CyberSecurity Malaysia yang diketuai oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi bersama Dr. Aswami Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Keselamatan Siber serta Mohd Zabri Adil Talib, Ketua Jabatan Forensik Digital telah menghadiri persidangan 10th European Conference on Information Systems Management (ECISM) yang diadakan di University of Evora, Lisbon, Portugal. Pada persidangan tersebut, Dr. Zahri Yunos dan Dr. Aswami Ariffin telah membuat pembentangan kertas kajian bertajuk "CSIRT Management Workflow: Practical Guide for Critical Infrastructure Organizations".

ECISM 2016 menerima lebih dari 84 hasil kajian, di mana 25 kertas akademi, 7 kertas kajian PhD, 3 kertas kajian Masters dan 5 kertas kajian telah dibentangkan. Selain Malaysia, pembentangan turut dibuat oleh negara Belgium, Brazil, China, Czech Republic, Kazakhstan, New Zealand, Norway, Oman, Poland, Portugal, South Africa, Sweden, The Netherlands, United Kingdom and Vietnam. Prosiding persidangan ECISM16 ini telah disenaraikan di Thomson Reuters ISI Web of Science (WOS) Citation Index and Elsevier SCOPUS.

Delegasi turut mengadakan perbincangan strategik mengenai perkhidmatan CyberDEF bersama BAE Threat Intelligence System dan AnubisNetworks. Sepanjang kunjungan tersebut, delegasi CyberSecurity Malaysia telah berpeluang bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta kepakaran keselamatan siber. Peluang tersebut juga diambil untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik bersama pakar-pakar dalam bidang keselamatan siber di kedua-dua negara yang dikunjungi.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah mengukuhkan lagi kedudukan serta reputasi CyberSecurity Malaysia dalam bidang penyelidikan keselamatan siber yang diiktiraf di peringkat global.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja YB Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ke CyberSecurity Malaysia
6 September 2016

Pada 6 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan dari YB Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan lawatan kerja tersebut diadakan adalah bagi meninjau operasi, memahami dengan lebih lanjut mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia. Rombongan seramai 10 orang delegasi ini telah diberi taklimat mengenai CyberSecurity Malaysia serta dibawa melawat makmal Forensik Digital, pusat penyelidikan malware dan Cyber999 serta makmal jaminan keselamatan.

Delegasi telah disambut oleh YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia bersama Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
IACSP ASEAN Security Awards & Symposium 2016, Kuala Lumpur
6 September 2016

Pada 6 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri program IACSP ASEAN Security Awards & Symposium 2016 yang berlangsung di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur.

Program ini dianjurkan oleh International Association of Counter Terrorism & Security Proffesionals (IACSP). Antara jemputan khas yang turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Majer Jeneral Dato' Mohd Noor bin Osman, Kakitangan Bahagian Perisikan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Kajian Strategik telah membuat pembentangan bertajuk "Addressing the Misuse of Internet for Terrorist Activities via Adaptive Security Approaches". Beliau turut menjadi salah seorang daripada panel yang membincangkan mengenai strategi memerangi keganasan di alam siber. Selain itu, antara ahli panel lain yang bersama pada sesi tersebut ialah wakil Interpol Perancis, wakil Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan juga wakil Georgetown University.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah memberi peluang untuk mempamerkan kepimpinan sebagai agensi rujukan dalam aspek keselamatan siber Negara. Ia juga bagi membuktikan komitmen oleh CyberSecurity Malaysia terhadap sebarang program yang dianjurkan bagi memartabatkan aspek keselamatan siber di Negara ini.

divider-shadow
image
Program Latihan Cyber Security Risk Management for C-Suite, Kuala Lumpur
7 September 2016

Pada 7 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai IFSEC Southeast Asia 2016. Pada acara tersebut, CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan satu program latihan yang dikenali sebagai Cyber Security Risk Management for C-Suite yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Program latihan ini telah dirasmikan oleh YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamad (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menilai kefahaman serta pengetahuan ahli Lembaga Pengarah atau pengurusan tertinggi sesebuah organisasi mengenai keselamatan siber. Latihan ini juga memberi pendedahan mengenai langkah proaktif yang perlu di ambil, menentu tahap kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi ancaman siber, mengenalpasti jurang serta langkah untuk bertindak balas terhadap sesuatu serangan siber.

Selain program latihan, CyberSecurity Malaysia turut menyertai pameran keselamatan sewaktu IFSEC 2016. Peluang diambil untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia kepada para pengunjung IFSEC 2016.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada IFSEC 2016 telah dapat memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai agensi pakar keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Majlis Pelancaran Cyber Range Malaysia, Gombak, Selangor
8 September 2016

Pada 8 September 2016 telah berlangsung Majlis Pelancaran Cyber Range Malaysia di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

Cyber Range Malaysia ditubuhkan dengan kerjasama awam-swasta di antara CyberSecurity Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Cyber Intelligent Sdn. Bhd.

Cyber Range Malaysia dibangunkan bagi menyediakan program penyelidikan dan latihan praktikal (hands-on) serta simulasi sebagai persedian menghadapi ancaman dan serangan siber. Melalui Cyber Range Malaysia, organisasi kini boleh menggunakan insfrastruktur bertaraf antarabangsa untuk menjalani latihan simulasi serangan siber bagi meningkatkan keupayaan pertahanan siber mereka.

Ia meliputi sebuah makmal yang dikenali sebagai CSM-UIAM Cyber Security Center of Excellence (COE) yang terletak di kampus UIAM Gombak. Selain itu, Cyber Range Malaysia turut menyediakan program pendidikan dan latihan pensijilan Certified Cyber Defender Associate (CCDA) yang disasarkan kepada pentadbir rangkaian, pegawai keselamatan maklumat serta professional teknologi maklumat.

Melalui Cyber Range Malaysia, lebih ramai professional keselamatan teknologi maklumat dan siber di jangka dapat dilatih bagi meningkatkan kemahiran serta skill pertahanan siber.

Cyber Range Malaysia disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

divider-shadow
image
GE Digital Advantage Conference 2016, Kuala Lumpur
8 September 2016

Pada 8 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam GE Digital Advantage Conference 2016 anjuran GE Event Sdn Bhd.

Persidangan ini diadakan bagi meninjau syarikat – syarikat teknologi maklumat yang memulakan Internet of Things (IoT) dalam perindustrian serta berpotensi untuk menjana nilai pasaran global. Ia juga platform bagi membincangkan usaha meningkatkan hasil pengeluaran serta kualiti produk dengan meminimakan kos melalui kecekapan teknologi maklumat.

Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia telah menjadi ahli panel pada sesi bertajuk "The Security Challenge in the IoT Era"

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini memberi peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai Agensi yang meneraju bidang keselamatan siber di dalam Malaysia dan luar negara.

divider-shadow
image
2nd China-ASEAN Information Harbor Forum, Nanning, China
11 - 12 September 2016

Pada 11 dan 12 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri 2nd China-ASEAN Information Harbor Forum yang berlangsung di Nanning, China.

Forum anjuran Cyberspace Administration of the People's Republic of China dan The Bureau of International Cooperation ini merupakan inisiatif bersama China - ASEAN Information Harbor yang telah diterima sewaktu sidang China - ASEAN Cyberspace Forum pada 18 September 2014.

Forum ini diadakan bagi memperkukuhkan lagi komunikasi dan perhubungan di antara Negara China dan negara-negara ASEAN. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan perkongsian maklumat dan kerjasama untuk menubuhkan platform bagi pertukaran maklumat di antara satu sama lain di masa akan datang.

Pada forum tersebut, delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik dan disertai oleh Noor Azwa Azreen Dato' Abdul Aziz, Eksekutif Jabatan Penyelidikan Strategik dan Khidmat Nasihat dan juga Nadia Salwa Mohamad, Eksekutif Jabatan Perhubungan Kerajaan.

Delegasi CyberSecurity Malaysia telah menyertai sesi "The Establishment and Envision of China-ASEAN Information Harbor" dan "Interconnection of Network Infrastructure" pada forum tersebut.

Menerusi forum tersebut, CyberSecurity Malaysia telah berpeluang untuk menunjukkan kepimpinan sebagai sebuah agensi Kerajaan dalam bidang keselamatan siber, memperkukuhkan peranan dan komitmen CyberSecurity Malaysia di peringkat antarabangsa serta meningkatkan kerjasama dan perhubungan dengan organisasi lain yang mempunyai bidang kepentingan yang sama.

divider-shadow
image
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS), Putrajaya
19 - 21 September 2016

Pada 19 hingga 21 September 2016 berlangsung Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di Putrajaya.

Bengkel ini diadakan untuk memperincikan pelaksanaan sistem pengurusan kesinambungan perkhidmatan termasuk mengenalpasti peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan BCMS, mengadakan analisa risiko serta mengenalpasti polisi kesinambungan perkhidmatan di MAMPU.

Dengan terlaksana bengkel ini, CyberSecurity Malaysia dan MAMPU telah berjaya meneruskan inisiatf dalam usaha mewujudkan keseragaman bagi pelaksanaan pengurusan kesinambungan perkhidmatan dalam kalangan sektor awam di Malaysia.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
21 September 2016

Pada 21 September 2016, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian di antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Majlis diadakan di Fakulti Komputeran, UTM, Skudai, Johor.

Hubungan kerjasama strategik antara CyberSecurity Malaysia dan UTM ini menumpukan fokus kepada tiga bidang utama iaitu penyelidikan dalam bidang Cyber Threat Intelligence (CTI), penyelidikan dalam bidang Predictive Algorithm For Detecting Scams and Frauds Websites serta penyelidikan dalam bidang Malware Analytics.

Di samping itu, Penubuhan Makmal Industri berkonsepkan kolaborasi di antara UTM dengan CyberSecurity Malaysia telah dicadangkan di Fakulti Komputeran UTM. Makmal UTM-CSM Cyber Security X Lab dibangunkan sebagai pemangkin kepada perkongsian kepakaran bersama di antara UTM dengan CyberSecurity Malaysia seterusnya menjadi rujukan utama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Makmal ini juga akan menjalankan aktiviti penyelidikan dan program outreach komuniti berkaitan keselamatan Siber.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman telah disempurnakan oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pengawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia manakala UTM pula diwakili oleh Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (TNC (PI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bharu.

Jalinan kerjasama antara CyberSecurity Malaysia dan UTM ini dapat memperkasa kepakaran dan penyelidikan di dalam bidang keselamatan siber. Ia berupaya menjadikan kedua-dua organisasi dikenali di dalam bidang keselamatan sama ada di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar UTM mengenai masalah serta isu keselamatan siber.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara CyberSecurity Malaysia and Scope International (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur
22 September 2016

Pada 22 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman bersama Scope International (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Standard Chartered Bank. Majlis berlangsung di Wisma Scope International, Kuala Lumpur.

Memorandum Persefahaman ini diadakan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua entiti dalam perkara-perkara yang menjamin dan mengukuhkan keupayaan keselamatan siber di Malaysia, terutamanya di sektor perbankan dan institusi kewangan di Malaysia.

Antara kerjasama yang akan dilaksanakan menerusi memorandum persefahaman ini merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan keselamatan siber, program kesedaran serta pembangunan modal insan dalam bidang kepakaran siber.

Selain itu, jalinan kerjasama ini turut membuka peluang bagi merealisasikan Program Pembangunan Professional Keselamatan Siber, di mana CyberSecurity Malaysia berharap untuk melatih dan memberi persiijlan professional keselamatan siber. Tambahan lagi, kolaborasi ini dijangka akan menyumbang kepada usaha menghasilkan lebih 10,000 tenaga professional dalam bidang keselamatan siber.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman disempurnakan oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia dan Matthew Norris, Ketua Pegawai Eksekutif Scope International (M) Sdn Bhd disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

divider-shadow
image
Karnival Creativity & Science 4U, Melaka
23 – 25 September 2016

Sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan teknologi maklumat terhadap setiap lapisan masyarakat, CyberSecurity Malaysia mengambil inisiatif untuk turut menyertai Karnival Creativity & Science 4U yang berlangsung di Melaka pada 23 hingga 25 September 2016. Karnival Science 4U ini merupakan program anjuran Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam karnival ini menjadi platform untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada individu serta organisasi mengenai keselamatan siber melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Program CyberSAFE iaitu CyberSAFE Science4U Quest@Melaka serta Pameran Interaktif.

CyberSAFE Quest yang dilaksanakan pada 23 September 2016 telah mendapat penyertaan seramai 69 murid dari beberapa sekolah menengah di sekitar Melaka. Manakala, pameran interaktif pula diadakan di Pahlawan Mall Melaka yang mensasarkan golongan pelajar, belia dan komuniti setempat.

Kesempatan ini juga digunakan untuk mempromosi kepada umum perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia seperti Cyber 999, Digital Forensics, Malaysia Trustmark, MyCyberSecurity Clinic dan Program CyberSAFE.

divider-shadow
image
Lawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke CyberSecurity Malaysia
26 September 2016

Pada 26 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Delegasi terdiri daripada Prof. Dr. Mohamad Fauzan Hj. Noordin - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, En. Saad Wakas - Ketua Pegawai Eksekutif, ICMI Plus dan En. Mohd Halimi Abdul Hamid, Setiausaha Agong, Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia.

Delegasi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab. Beliau telah mempengerusikan sesi perbincangan bagi melihat peluang menwujudkan kerjasama dua hala antara CyberSecurity Malaysia dan ICMI Plus dalam keselamatan siber. Selain itu, delegasi juga diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan Cybersecurity Malaysia.

Lawatan ini membuka peluang bagi jalinan kerjasama diwujudkan dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
Program Latihan & Pensijilan Certified Information Security Awareness Manager (CISAM) – NAM Institute for the Empowerment Women Malaysia (NIEW), Putrajaya
26 – 29 September 2016

Pada 26 sehingga 29 September 2016, NAM Institute for the Empowerment Women Malaysia (NIEW) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Program Latihan dan Pensijilan Certified Information Security Awareness Manager (CISAM) di Putrajaya.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dan maklumat dalam kalangan ahli NIEW serta agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat (KPWKM).

Antara pengisian program tersebut adalah berupa kursus, peperiksaan, ceramah keselamatan siber dan lawatan ilmiah ke CyberSecurity Malaysia. Program lawatan serta majlis penutup program telah dihadiri oleh Puan Normalia Ibrahim, Pengarah NIEW.

Program latihan ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta termasuk dari negara Zambia, Indonesia, Iran, Kambodia, Afrika Selatan dan Nigeria.

Penganjuran program kerjasama antara NIEW dan CyberSecurity Malaysia merupakan penganjuran tahun kedua dan ianya akan diteruskan pada tahun hadapan kerana ia dilihat sebagai platform yang tepat untuk memberikan pengetahuan kepada peserta khususnya dari luar negara berkaitan perancangan yang berkesan di dalam melaksanakan program kesedaran keselamatan siber.

divider-shadow
image
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 4/2016 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT), Bali, Indonesia
26 September – 1 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam atau OIC-CERT dari 26 September 2016 sehingga 1 Oktober 2016 di Bali, Indonesia.

Selain Malaysia, sebanyak empat buah negara anggota OIC-CERT turut menyertai mesyuarat tersebut, antaranya Oman, Mesir, Indonesia dan Iran.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyediakan saluran perkongsian maklumat serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan siber, mengadakan sesi teknikal dan pertukaran pengalaman supaya pentadbiran keselamatan siber menjadi lebih cekap dan berkesan. Ia juga merupakan platform untuk negara-negara anggota membincangkan halatuju strategik dan cabaran yang dihadapi serta meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber dalam kalangan negara-negara anggota.

Penganjuran mesyuarat ini merupakan salah satu sumbangan penting serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia selaku Sekretariat Tetap OIC-CERT dalam bidang keselamatan siber kepada negara-negara anggota OIC-CERT. Selain itu, ia juga dapat mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam menghadapi ancaman siber menerusi perkongsian maklumat, kepakaran, hasil penyelidikan dan amalan terbaik antara CyberSecurity Malaysia dan pasukan tindak balas kecemasan komputer negara-negara anggota OIC-CERT.

divider-shadow
image
Seminar Kesedaran Keselamatan Siber & Projek "Human Impact Management System For Information Security" (HIMIS) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur, Kuantan, Pahang
27 September 2016

Selaras dengan peranan sebagai agensi pakar keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk mengadakan Seminar Kesedaran Keselamatan Siber kepada pegawai-pegawai teknologi maklumat dari pelbagai jabatan, badan berkanun serta anak syarikat kerajaan negeri Pahang Darul Makmur.

Seminar sehari ini telah diadakan di Sultan Ahmad Shah International Convention Center, The Zenith Hotel, Kuantan pada 27 September 2016.

Sempena seminar ini, CyberSecurity Malaysia dengan sokongan serta kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Cyber Intelligence Sdn. Bhd. akan turut melaksanakan satu projek berbentuk kajian yang dikenali sebagai Human Impact Management System for Information Security (HIMIS).

Projek HIMIS diadakan bagi menilai tahap kesedaran keselamatan maklumat dalam kalangan tenaga kerja sektor awam di Malaysia. Satu laporan penyelidikan hasil dari kajian ini akan disediakan bagi melihat perubahan tingkah laku tenaga kerja sektor awam mengenai keselamatan siber. Selain negeri Pahang, projek HIMIS akan turut dilaksanakan di Perak, Melaka dan juga Sabah.

Seminar Kesedaran Keselamatan Siber disempurnakan perasmian oleh YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Darul Makmur. Seramai 120 pegawai dari jabatan kerajaan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan telah hadir pada seminar ini.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia di dalam program ini merupakan satu pengiktirafan sebagai pakar rujukan dalam bidang keselamatan siber di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai peranan serta fungsi CyberSecurity Malaysia di samping berkongsi maklumat mengenai senario keselamatan siber masa kini dengan para peserta.

divider-shadow
image
Southeast Asia Regional Workshop on Countering Radical to Violence Over the Internet, Bali, Indonesia
27 - 30 September 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam bengkel Southeast Asia Regional Workshop on Countering Radical to Violence Over the Internet di Bali, Indonesia pada 27 hingga 30 September 2016.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perkembangan terkini keselamatan siber di rantau Asia Tenggara. Selain itu, ia juga dijadikan platfom untuk jalinan kerjasama di antara negara-negara di rantau Asia Tenggara dengan negara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini sejajar dengan visi untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pusat rujukan global di dalam bidang keselamatan siber. Di samping itu, ia juga dapat memperkukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat rujukan keselamatan siber dan agensi pakar di peringkat antarabangsa.

divider-shadow
image
CODEBALI Security Conference, Bali, Indonesia
28 September 2016

CyberSecurity Malaysia terus mendapat pengiktirafan sebagai pakar keselamatan siber di rantau ini apabila Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia telah diundang sebagai penceramah di Persidangan CODEBALI Security Conference – "Cyber Security Solution for Future Cyber" yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 28 September 2016.

Persidangan anjuran Indonesia Security Incident Response Team on Internet Infrastructure (ID-SIRTII/CC), Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia ini merupakan platform di mana organisasi awam dan swasta berbincang secara interaktif dalam bidang keselamatan siber.

Dr. Zahri telah membuat pembentangan pada sesi 'Cyber Security Solution through Capacity Building and Critical Infrastructure Implementation'.

CODEBALI dirasmikan oleh Mariam Fatima Barata, Director General of Application Informatics, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MCIT) Indonesia.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah berjaya mempromosikan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dalam bidang keselamatan siber, di samping dapat mengeratkan kerjasama multilateral dan hubungan baik dengan pihak berkepentingan dalam inisiatif keselamatan siber.

divider-shadow
image
FIRST Technical Colloquium (TC) Bali, Indonesia
29 - 30 September 2016

Pada 29 dan 30 September 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai FIRST Technical Colloquium (TC) yang berlangsung di Bali, Indonesia.

FIRST Teknikal Colloquia (TC) ini merupakan forum perbincangan untuk ahli-ahli FIRST berkongsi maklumat tentang isu-isu operasi tindak balas insiden keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Kilausuria Abdullah dari Jabatan MyCERT, di mana beliau juga turut membuat pembentangan bertajuk "Commercial Fraud Trends Analysis and Best Practices - A Case Study".

Penyertaan pada kolokium ini membolehkan CyberSecurity Malaysia berkongsi maklumat berkenaan insiden keselamatan siber yang dilaporkan melalui Cyber999 selain mempromosi CyberSecurity Malaysia kepada semua ahli-ahli FIRST serta tetamu jemputan yang hadir.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Perjanjian bagi Organisasi Rintis ISO 22301 – Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, Petaling Jaya, Selangor
30 September 2016

Pada 30 September 2016 berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian bagi Organisasi Rintis ISO 22301 - Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan di antara CyberSecurity Malaysia dan KUB Malaysia Berhad.

Majlis diadakan untuk merasmikan permulaan projek pelaksanaan dan pensijilan ISO 22301 – Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan bagi KUB Malaysia Berhad sebagai organisasi rintis yang ketiga. Ia disempurnakan oleh Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan YBhg. Datuk Abdul Rahim Mohd Zin, Pengerusi KUB Malaysia.

Projek pelaksanaan pensijilan berdasarkan ISO 22301 bagi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan di KUB Malaysia menunjukkan komitmen organisasi berkenaan dalam usaha mencapai kesiapsiagaan pengurusan perkhidmatan mereka dengan lebih efektif. Di samping itu, ia turut berupaya membantu meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur maklumat di KUB Malaysia.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam pelaksanaan projek pensijilan ini merupakan satu pengiktirafan di atas keupayaan, kepakaran dan kemahiran CyberSecurity Malaysia bukan sahaja dalam bidang keselamatan siber malah menerusi bidang kesinambungan perkhidmatan dan perniagaan.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image