Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 14 | SUKU KETIGA - 2016
Bahasa | English
set2-image5
Mesej dari CEO
Salam Sejahtera. Bertemu kembali di edisi ketiga CyberNEWS bagi tahun 2016.

Sepertimana Suku Pertama dan Suku ke-2, CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan pelbagai program serta aktiviti berkaitan keselamatan siber di dalam mahupun di luar negara, sesuai dengan mandat yang diamanahkan oleh Kerajaan. Dengan itu, CyberSecurity Malaysia dapat memperkukuhkan lagi posisi dan kredibiliti sebagai peneraju utama bidang keselamatan siber di Malaysia menjelang ulangtahun CyberSecurity Malaysia yang ke-20 tahun yang bakal disambut pada tahun 2017 kelak.

Untuk suku ketiga tahun 2016, CyberSecurity Malaysia semakin dikagumi, malahan diiktiraf di peringkat regional apabila menerima pelbagai undangan untuk menghadiri program-program anjuran organisasi luar negara untuk berkongsi maklumat dan kepakaran berkaitan keselamatan siber. Situasi ini telah membuka peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk turut memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.

Antara penyertaan CyberSecurity Malaysia di beberapa program luar negara adalah, Persidangan Cybersecurity Alliance for Mutual Progress (CAMP) 2016 & Cybersecurity Training Course (Incident Response) di Seoul, Korea Selatan, Science and Information (SAI) Computing Conference 2016, di London, United Kingdom, 8th ASEAN Forensic Society Network (AFSN) Annual Meeting & Symposium yang berlangsung di Bangkok, Thailand, US-Singapore Third Country Training Programme On CyberSecurity for ASEAN countries di Singapura

Selain berpeluang bertukar pandangan bersama delegasi luar negara mengenai isu keselamatan siber serta langkah-langkah menangani isu tersebut, CyberSecurity Malaysia turut dijemput untuk membuat pembentangan mengenai keselamatan siber. Kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam menangani isu keselamatan siber juga diiktiraf di peringkat global apabila menerima beberapa siri lawatan dari organisasi dalam dan luar Negara. Kunjungan tersebut diadakan bagi mendalami serta mempelajari ilmu keselamatan siber di samping meninjau kemudahan makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia.

Sebagai sebuah agensi pakar teknikal keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia amat komited dan telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan kursus serta bengkel bagi meningkatkan kualiti kefahaman kerja warga CyberSecurity Malaysia. Ini sebagai langkah persediaan untuk menghadapi cabaran yang lebih getir di masa hadapan dengan merangka beberapa pelan strategik untuk jangka masa panjang.

Di peringkat akar umbi pula, CyberSecurity Malaysia terus memainkan peranan dalam menangani ancama dan jenayah siber apabila meneruskan penganjuran Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan: Piala Cabaran CyberSAFE 2016 (NICTSeD) di Marang, Terengganu. Pertandingan yang mensasarkan pelajar sekolah menengah bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber selain mendidik generasi muda tentang ancaman siber.

Diharapkan dengan penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di dalam pelbagai program akan dapat mengekalkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah organisasi yang meneraju industri keselamatan siber di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara.


Terima kasih,

Dr. Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
AKTIVITI SUKU KETIGA
set5-image2
10 – 15 Julai 2016
Persidangan Cybersecurity Alliance for Mutual Progress (CAMP) 2016 dan CyberSecurity Training Course (Incident Response), Seoul, Korea
13 – 16 Julai 2016
Science and Information (SAI) Computing Conference 2016, London, United Kingdom
20 Julai 2016
Taklimat Media Bersama Symantec Mengenai Isu Ransomware, Kuala Lumpur
21 - 22 Julai 2016
Bengkel Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme 1/2016, Putrajaya
22 Julai 2016
Program of Action (POA): Training On E-Governance (Malaysia-India), Kuala Lumpur
25 – 27 Julai 2016
Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) dan Pembentangan Laporan Analisis Jurang, Putrajaya
25 – 27 Julai 2016
Bengkel Protection Profile Kad Pintar dan Pembaca Kad, Putrajaya
28 – 29 Julai 2016
Bengkel Proses Pemilihan Kelayakan NICTSeD 2016, Kuala Lumpur
28 – 30 Julai 2016
Karnival Creativity & Science4U, Kluang, Johor
set5-image2
2 Ogos 2016
Kolokium Perkongsian Ilmu Teknikal, Seri Kembangan, Selangor
7 – 11 Ogos 2016
Pertandingan Peringkat Suku Akhir & Separuh Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan: Piala Cabaran CyberSAFE tahun 2016 (NICTSeD), Marang, Terengganu
12 – 14 Ogos 2016
Program Inovasi dan Digital Negeri Johor, Johor Bahru, Johor
13 Ogos 2016
ELM SME Seminar, Kuala Lumpur
15 Ogos 2016
Lawatan Kerja Institusi ICT, Perbankan dan Kewangan Rusia ke CyberSecurity Malaysia
16 - 19 Ogos 2016
8th ASEAN Forensic Society Network (AFSN) Annual Meeting & Symposium, Bangkok, Thailand
16 – 18 Ogos 2016
US-Singapore Third Country Training Programme on Cybersecurity for ASEAN countries, Singapore
22 – 26 Ogos 2016
The 14th Pacific Rim International Conference on Artificial Intelligence (PRICAI 2016), Phuket, Thailand
23 Ogos 2016
Bengkel Antarabangsa Big Data Analytic 2016 (IWBDA2016), Johor Bahru, Johor
23 Ogos 2016
HIMSS Healthcare Cyber Security Symposium 2016, Bangkok, Thailand
26 – 27 Ogos 2016
Bengkel CyberSecurity Malaysia Strategy Roadmap, Bangi, Selangorr
28 – 30 Ogos 2016
Lawatan Kerja dan Mesyuarat Kerjasama di antara MAHER-Iran National CERT & CyberSecurity Malaysia, Tehran, Iran
28 - 31 Ogos 2016
Executive Education Program for ASEAN Senior Policy Makers: "The Changing World of Payments: Implications for Policy Making & Regulation" at AXA University, Singapore
29 Ogos 2016
Lawatan Kerja dari Global Cyber Security Capacity Centre (GCSCC), Oxford Martin School, University of Oxford ke CyberSecurity Malaysia
30 Ogos 2016
Bengkel Pembangunan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) # 1, Putrajaya
30 - 31 Ogos 2016
18th International Conference on Knowledge Management and Information Security (ICKMIS) 2016 Conference, Bangkok, Thailand
set5-image2
5 – 6 September 2016
Bengkel Kesedaran ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS)
5 – 9 September 2016
10th European Conference on Information Systems Management (ECISM), Portugal
6 September 2016
Lawatan Kerja YB Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ke CyberSecurity Malaysia
6 September 2016
IACSP ASEAN Security Awards & Symposium 2016, Kuala Lumpur
7 September 2016
Program Latihan Cyber Security Risk Management for C-Suite, Kuala Lumpur
8 September 2016
Majlis Pelancaran Cyber Range Malaysia, Gombak, Selangor
8 September 2016
GE Digital Advantage Conference 2016, Kuala Lumpur
11 - 12 September 2016
2nd China-ASEAN Information Harbor Forum, Nanning, China
19 - 21 September 2016
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS), Putrajaya
21 September 2016
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian antara CyberSecurity Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
22 September 2016
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara CyberSecurity Malaysia and Scope International (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur
23 – 25 September 2016
Karnival Creativity & Science 4U, Melaka
26 September 2016
Lawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke CyberSecurity Malaysia
26 – 29 September 2016
Program Latihan & Pensijilan Certified Information Security Awareness Manager (CISAM) – NAM Institute for the Empowerment Women Malaysia (NIEW), Putrajaya
26 September – 1 Oktober 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 4/2016 bagi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC-CERT), Bali, Indonesia
27 September 2016
Seminar Kesedaran Keselamatan Siber & Projek "Human Impact Management System For Information Security" (HIMIS) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur, Kuantan, Pahang
27 - 30 September 2016
Southeast Asia Regional Workshop on Countering Radical to Violence Over the Internet, Bali, Indonesia
28 September 2016
CODEBALI Security Conference, Bali, Indonesia
29 - 30 September 2016
FIRST Technical Colloquium (TC) Bali, Indonesia
30 September 2016
Majlis Menandatangani Perjanjian bagi Organisasi Rintis ISO 22301 – Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, Petaling Jaya, Selangor
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image
.