Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 15 | SUKU KEEMPAT - 2016
Bahasa | English
DISEMBER 2016
image
International Conference on Cryptology & Malicious Security (Mycrypt 2016), Kuala Lumpur
1 – 2 Disember 2016

Pada 1 dan 2 Disember 2016 berlangsung International Conference on Cryptology and Malicious Security atau Mycrypt 2016 di Kuala Lumpur.

Persidangan ini dianjurkan oleh Multimedia Universiti (MMU) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan MIMOS serta disokong oleh pakar pertubuhan keselamatan terkemuka dunia antaranya Penyelidikan IBM, Makmal Penyelidikan Tentera Laut, Nippon Telegraph dan Telephone (NTI), Snapchat, serta pusat pengajian tinggi terutamanya University College London (UCL), Royal Holloway University of London (Rhul), Swiss Institut Persekutuan Teknologi dalam Lausanne (EPFL), New York University, University of California Davis dan Universiti Washington.

Ia memberi penumpuan kepada anjakan paradigma para penyelidikan kriptografi untuk berfikir di luar kotak (out of the box) serta memberi kesedaran dan saluran perkongsian maklumat bagi membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan kriptografi. Persidangan ini juga merupakan platform bagi komuniti kriptografi berbincang mengenai hala tuju strategik serta cabaran yang dihadapi selain meningkatkan kerjasama antara komuniti kriptografi.

Seramai 57 peserta terdiri dari pengamal kriptografi dalam dan luar Negara hadir ke persidangan selama dua hari ini. Penganjuran persidangan Mycrypt 2016 telah dapat meningkatkan kesedaran terhadap industri keselamatan siber di Malaysia, di samping mempromosikan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia kepada komuniti kriptografi antarabangsa.

divider-shadow
image
Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2016 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT), Jeddah, Arab Saudi
11 – 14 Disember 2016

Pada 11 hingga 14 Disember 2016 telah berlangsung Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) di Jeddah, Arab Saudi.

Acara anjuran bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan CyberSecurity Malaysia ini diadakan bertujuan untuk menyediakan saluran perkongsian maklumat dan perbincangan mengenai isu-isu semasa keselamatan siber, mengadakan sesi teknikal dan pertukaran pengalaman supaya pentadbiran keselamatan siber menjadi lebih cekap dan berkesan, menyediakan platform untuk negara-negara anggota membincangkan halatuju strategik dan cabaran yang dihadapi serta meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber di kalangan negara-negara anggota.

Persidangan bertemakan "Towards Cyber Resilient Ummah" ini telah sempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Dr. Yusuf Bin Ahmed Al-Othmaineen, Setiausaha Agung, Pertubuhan Kerjasama Islam dan dihadiri oleh 64 orang peserta dari 22 buah negara.

Sebagai Sekretariat Tetap OIC-CERT, CyberSecurity Malaysia amat komited dalam perkembangan dan pembangunan pertubuhan ini. Ia turut mengeratkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa serta mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam menghadapi ancaman siber menerusi perkongsian maklumat, kepakaran, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dalam kalangan negara angoota OIC-CERT.

Selain itu, penglibatan CyberSecurity Malaysia juga turut memperlihatkan sumbangan penting serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam bidang keselamatan siber kepada negara-negara anggota OIC dan Asia Pasifik.

divider-shadow
image
Bengkel Latihan Pengujian Aplikasi dan Pendedahan Kelemahan Sistem Aplikasi Android, Melbourne, Australia
11 – 17 Disember 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Bengkel Latihan Pengujian Aplikasi dan Pendedahan Kelemahan Sistem Aplikasi Android di Melbourne, Australia pada 11 hingga 17 Disember 2016.

Bengkel anjuran BAE Systems ini merupakan satu latihan bagi mendedahkan kepada para peserta mengenai pengujian terhadap sistem aplikasi Android dari segi kelemahan serta isu-isu yang membolehkan peralatan Android dimanipulasikan untuk tujuan tertentu.

Delegasi CyberSecurity Malaysia terdiri daripada Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Tindak Balas Responsif Keselamatan Siber, Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Mohamed Fadzlee Sulaiman dari Jabatan Forensik Digital dan Muhammad Zuhair Abd Rahman dari Jabatan MyCERT.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada bengkel ini telah berupaya meningkatkan pengetahuan berkaitan metodologi yang diadaptasi di dalam menguji dan mencari kelemahan (bug) terhadap sesuatu sistem aplikasi Android. Selain itu, ia juga turut mengeratkan jalinan kerjasama dengan para penguji aplikasi dari BAE Systems serta berkongsi maklumat mengenai kelemahan terbaharu sistem aplikasi Android yang terdapat di pasaran.

Program ini juga turut mengukuhkan keupayaan CyberSecurity Malaysia ke arah menjadi Pusat Rujukan Nasional dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan siber.

divider-shadow
image
Taklimat bagi Mengumumkan dan Membentangkan Kriteria Penyerahan dan Kriteria Penilaian Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (MySEAL), Putrajaya
22 Disember 2016

Pada 22 Disember 2016 telah berlangsung Taklimat bagi Mengumumkan dan Membentangkan Kriteria Penyerahan dan Kriteria Penilaian Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (MySEAL) di Putrajaya.

Taklimat anjuran Jabatan Pembangunan Kriptografi, CyberSecurity Malaysia telah dihadiri oleh seramai 83 orang peserta yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, pihak industry, Persatuan Penyelidikan Kriptologi Malaysia (MSCR) serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Ia ini diadakan bertujuan untuk membentangkan dan mengumumkan Kriteria Penyerahan dan Kriteria Penilaian MySEAL Versi 1.0 [2016] kepada pakar-pakar kriptografi dan pakar-pakar keselamatan maklumat daripada agensi awam dan swasta, serta ahli-ahli akademik yang terdapat di Malaysia.

Selain itu, ia turut menjadi platform bagi mengumumkan panggilan penyerahan algoritma kriptografi baharu yang kini dibuka bermula dari 22 Disember 2016 sehingga 17 November 2017. Algoritma kriptografi ini akan dinilai dan diuji bagi mengukur tahap keselamatan dan kesesuaian untuk disenaraikan di dalam MySEAL.

divider-shadow
image
Lawatan YBhg. Dato' Sri Khairil bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia ke CyberSecurity Malaysia, Sri Kembangan
27 Disember 2016

Pada 27 Disember 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan kerja oleh YBhg. Dato' Sri Khairil bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan dari pelbagai sektor.

Rombongan telah disambut oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi. Taklimat mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia telah disampaikan oleh Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti dan turut dibawa melawat makmal Forensik Digital serta operasi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

Pada sesi lawatan tersebut, satu pembentangan mengenai hasil Kajian Tandaaras (Baseline) Kesedaran Keselamatan Siber yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah serta ibu bapa di seluruh Malaysia turut diadakan. Dapatan dari kajian ini akan digunapakai dalam pembangunan modul kesedaran keselamatan siber nasional yang akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

Lawatan tersebut telah mengeratkan jalinan kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam hal-hal berkaitan keselamatan siber.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image