Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 15 | SUKU KEEMPAT - 2016
Bahasa | English
set2-image5
Mesej dari CEO
Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sentiasa memberi perhatian terhadap penerbitan berkala CyberNEWS.

Tahun 2016 berlalu dengan pelbagai cabaran serta pencapaian CyberSecurity Malaysia dalam meneruskan kelangsungan berdasarkan amanat dan mandat yang diberikan oleh Kerajaan sebagai pusat pakar teknikal keselamatan siber Negara.

Tahun 2016 juga telah menyaksikan satu fenomena baharu di alam siber, di mana berlakunya peningkatan di dalam penggunaan media sosial menerusi kewujudan pelbagai aplikasi yang rata-ratanya mengubah cara hidup rakyat Malaysia. Akibatnya terhasil insiden-insiden keselamatan siber dari aktiviti kejuruteraan sosial yang dilakukan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mampu mengganggu pembangunan Negara sama ada dari segi pertumbuhan ekonomi Negara juga kesejahteraan rakyat.

Menyedari akan kepentingan keselamatan siber di dalam pembangunan dan kesejahteraan Negara, CyberSecurity Malaysia terus mengorak langkah meneraju industri keselamatan siber di Malaysia dengan terlibat secara aktif di dalam penganjuran pelbagai acara, program serta aktiviti di sepanjang tahun 2016. Ini membuktikan komitment padu CyberSecurity Malaysia dalam usaha memperkasa bidang keselamatan siber.

Sepanjang tahun 2016, CyberSecurity Malaysia telah terlibat secara langsung dalam menggerakkan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) dengan mengadakan 'Ops Jelajah Cyber 2.0' serta Latihan Peningkatan Kecekapan Keselamatan Siber dan Maklumat atau CyberPrenuer di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak, selain turut terlibat di dalam Karnival Creativity & Science 4U di setiap zon yang dikenalpasti.

CyberSecurity Malaysia juga terlibat secara aktif di arena antarabangsa melalui penyertaan di pelbagai program seperti seminar, kongres serta persidangan berkaitan keselamatan siber. Kepakaran, keupayaan dan pengalaman CyberSecurity Malaysia turut mendapat pengiktirafan melalui jemputan pembentangan kertas kerja dan juga penemuan kajian. Manakala, pada suku ke-dua 2016 juga CyberSecurity Malaysia telah diberi pengiktirafan apabila disenaraikan antara lima projek terbaik bagi merangkul anugerah WSIS Prize 2016 pada World Summit of the Information Society (WSIS) 2016 di Geneva, Switzerland.

CyberSecurity Malaysia juga telah berjaya menganjurkan acara tahunan iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference and Exhibition (CSM-ACE) 2016. Manakala di peringkat akar umbi pula CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan: Piala Cabaran CyberSAFE 2016 (NICTSeD) yang mensasarkan pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber selain mendidik generasi muda tentang ancaman siber.

Penglibatan aktif CyberSecurity Malaysia di arena tempatan dan persada antarabangsa dilakukan bagi memperkukuhkan posisi serta kredibiliti CyberSecurity Malaysia sebagai peneraju utama bidang keselamatan siber di rantau ini. Ianya selari dengan visi CyberSecurity Malaysia untuk dikenali dunai sebagai pusat rujukan pakar dan teknikal bidang keselamatan siber menjelang tahun 2020.

Sebagai pembaca setia CyberNEWS, saya berharap agar anda terus menyokong kami. Sebarkan ilmu keselamatan siber yang diperolehi dari pembacaan anda menerusi CyberNEWS kepada ahli keluarga serta rakan taulan anda. Sementara itu, kami akan sentiasa memastikan agar ilmu keselamatan siber dapat disebarluas untuk dimanafatkan bersama demi menjamin kesejahteraan hidup di era digital masa kini.

Selamat Tahun Baharu 2017!

Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif
AKTIVITI SUKU KEEMPAT
set5-image2
4 – 5 Oktober 2016
Mesyuarat Bersama INTERPOL & Majlis Pelancaran Microsoft Transparency & Cybersecurity Center, Singapura
4 – 5 Oktober 2016
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 3, Putrajaya
5 – 6 Oktober 2016
Persidangan Critical Infrastructure Protection and Resilience Asia (CIPRA) 2016, Bangkok, Thailand
10 - 18 Oktober 2016
Common Criteria Evaluation Project Hewlett Packard Enterprise Arcsight Enterprise Security Manager (ESM), California, Amerika Syarikat
10 – 12 Oktober 2016
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 1, Bangi, Selangor
10 – 12 Oktober 2016
Singapore International Cyber Week and ASEAN Ministerial Conference on Cybersecurity, Singapore
11 – 13 Oktober 2016
Forum Keselamatan APT ke-7, Phnom Penh, Kemboja
17 Oktober 2016
Lawatan dari Nigeria Defense Space Agency ke CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan
17 – 22 Oktober 2016
APISC Security Training at Seoul, Korea
18 Oktober 2016
Perasmian Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2016, Kuala Lumpur
18 Oktober 2016
Majlis Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2016 & Gala Dinner CSM-ACE 2016, Kuala Lumpur
19 Oktober 2016
Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan : Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2016, Kuala Lumpur
22 – 27 Oktober 2016
Mesyuarat Kumpulan Kerja ISO/IEC JTC 1/SC 27, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
24 – 25 Oktober 2016
Cloud Mitigation Alliance (CMA) Forum and Cloud Security Alliance GCR Summit 2016, Beijing, China
24 – 26 Oktober 2016
Smart Cities Conference, Korea Selatan
24 – 28 Oktober 2016
Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Tokyo, Japan
27 – 28 Oktober 2016
Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016, Melaka
28 Oktober 2016
Bengkel Pelaksanaan Pendekatan Strategik 5 (PS5): Pembangunan Keupayaan Industri Kriptografi Tempatan, Dasar Kriptografi Negara, Putrajaya
28 – 30 Oktober 2016
ASEAN Ministerial Meeting on S&T, Cambodia
30 Oktober – 1 November 2016
China-ASEAN Cyberspace Security Summit Forum 2016, Nanning, China
set5-image2
2 November 2016
Lawatan Kerja Korea Internet & Security Agency (KISA) ke CyberSecurity Malaysia
2 – 10 November 2016
Lawatan Akademik ke Royal Holloway University of London, United Kingdom dan University of Caen, Perancis
7 – 11 November 2016
Lawatan Kerja ke United Kingdom bagi Pembangunan Hala Tuju CyberSecurity Malaysia
7 – 10 November 2016
Pembentangan Kertas "Cyber Security Situational Awareness among Students: A Case Study in Malaysia", Sydney, Australia
8 – 9 November 2016
Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Kedah, Alor Setar, Kedah
9 – 12 November 2016
International Conference in Combating Child Pornography, Bangkok, Thailand
14 – 16 November 2016
2nd International Conference on Electronics and Software Science 2016, Takamatsu, Jepun
15 – 17 November 2016
Smart City Expo World Congress (SCEWC), Gran Via Venue, Barcelona, Sepanyol
15 – 16 November 2016
Bangladesh Banking Summit, Dhaka, Bangladesh
20 – 22 November 2016
The Internet of Things World Europe, Dublin, Ireland
16 – 18 November 2016
International Conference on Cyberlaw, Cybercrime & Cybersecurity (ICCC), New Delhi, India
21 November 2016
Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan, Selangor
22 – 23 November 2016
Persidangan Public Sector CIO Convex 2016, Sepang, Selangor
22 – 24 November 2016
Malaysia eCommerce Expo, Kuala Lumpur
22 – 24 November 2016
MU-CERT 2016 FIRST Technical Colloquium, Mauritius
set5-image2
1 – 2 Disember 2016
International Conference on Cryptology & Malicious Security (Mycrypt 2016), Kuala Lumpur
11 – 14 Disember 2016
Mesyuarat Agung dan Persidangan Tahunan 2016 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT), Jeddah, Arab Saudi
11 – 17 Disember 2016
Bengkel Latihan Pengujian Aplikasi dan Pendedahan Kelemahan Sistem Aplikasi Android, Melbourne, Australia
22 Disember 2016
Taklimat bagi Mengumumkan dan Membentangkan Kriteria Penyerahan dan Kriteria Penilaian Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara (MySEAL), Putrajaya
27 Disember 2016
Lawatan YBhg. Dato' Sri Khairil bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia ke CyberSecurity Malaysia, Sri Kembangan
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image
.