Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 15 | SUKU KEEMPAT - 2016
Bahasa | English
NOVEMBER 2016
image
Lawatan Kerja Korea Internet & Security Agency (KISA) ke CyberSecurity Malaysia
2 November 2016

Pada 2 November 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari Korea Internet & Security Agency (KISA). Delegasi seramai lima orang tersebut telah diketuai oleh Kee-Seung Baik, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KISA, Korea Selatan.

Antara tujuan lawatan KISA ke CyberSecurity Malaysia adalah untuk bertukar maklumat mengenai landskap keselamatan siber khususnya di Malaysia, berkongsi pengalaman dalam pengendalian insiden keselamatan siber dan langkah pengawalan yang berkesan. Di samping itu, peserta delegasi juga diberi pendedahan mengenai program latihan dan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

Delegasi telah diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan CyberSecurity Malaysia Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif dan dibawa melawat beberapa makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia.

Pada sesi lawatan tersebut, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai di antara CyberSecurity Malaysia dan KISA bagi menjalin bekerjasama dalam aspek keselamatan siber serta perkongsian pengalaman dalam bidang keselamatan siber.

MoU tersebut mampu memberi manfaat kepada CyberSecurity Malaysia kerana hasil daripada kerjasama ini dapat meningkatkan pembangunan kepakaran dan sumber dalam bidang keselamatan siber, mengadakan pertukaran pengetahuan, mempromosi kerjasama dua hala serta melaksanakan projek bersama dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
Lawatan Akademik ke Royal Holloway University of London, United Kingdom dan University of Caen, Perancis
2 – 10 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai satu siri lawatan akademik ke Royal Holloway University of London di United Kingdom, University of Caen di Perancis dan Bletchley Park, Milton Keynes di United Kingdom. Lawatan anjuran Institut Pengajian Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) ini telah diadakan pada 2 sehingga 10 November 2016.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Hazlin Abdul Rani dan Wan Zariman Omar dari Jabatan Pembangunan Kriptologi bersama wakil dari INSPEM UPM dan Malaysian Society of Cryptology Research (MSCR).

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi meninjau peluang jalinan kerjasama, mengemaskini dan mempelajari perkembangan semasa bidang kriptologi. Di samping itu, peluang turut diambil untuk mendapatkan maklumat serta bahan penyelidikan dari pakar-pakar kriptografi dari Royal Holloway University of London dan Universiti Caen, Perancis dalam bidang matematik kriptologi dan penyelidikan projek sarjana.

Hasil daripada sesi perbincangan yang diadakan bersama pakar-pakar kriptologi tersebut, beberapa kata sepakat telah dicapai dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan bidang kriptologi di Malaysia khasnya di CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja ke United Kingdom bagi Pembangunan Hala Tuju CyberSecurity Malaysia
7 – 11 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke United Kingdom pada 7 hingga 11 November 2016 bagi mendapatkan maklumat serta pendedahan teknologi dan model operasi yang boleh menjadi tanda aras bagi proses pembangunan hala tuju strategi CyberSecurity Malaysia di masa akan datang.

Delegasi diketuai oleh Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif dan disertai oleh Roshdi Hj. Ahmad, Naib Presiden Kanan, Strategi Korporat dan Hal Ehwal Industri, Mohamed Anwer Mohamed Yusoff, Ketua Jabatan Perhubungan Industri dan Kolaborasi serta Ismamuradi Dato' Hj Abdul Kadir, Ketua Jabatan Pengurusan Strategi, CyberSecurity Malaysia.

Pada lawatan tersebut, delegasi CyberSecurity Malaysia telah mengadakan kunjungan serta perbincangan bersama beberapa organisasi yang berpangkalan di United Kingdom, antaranya UK Government Communication Headquarters (GCHQ), QinetiQ, Malvern Technology Centre, Oxford Cyber Centre, Oxford Martin School, Cyber Division, Foreign and Commonwealth Office (FCO), BAE System dan National Cyber Security Centre (NCSC).

Lawatan ini telah berjaya mengeratkan hubungan strategik CyberSecurity Malaysia dengan organisasi yang dikunjungi. Selain itu, ia turut membuka peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mencari peluang kerjasama dalam bidang berkaitan keselamatan siber.

divider-shadow
image
Pembentangan Kertas "Cyber Security Situational Awareness among Students: A Case Study in Malaysia", Sydney, Australia
7 – 10 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan pembentangan kertas bertajuk "Cyber Security Situational Awareness among Students: A Case Study in Malaysia" di SecEdu Cyber Education Division, University of New South Wales (UNSW), Sydney, Australia. Pembentangan tersebut telah dibuat oleh Lt. Kol. Mustafa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti dan Ramona Susanty Abdul Hamid, Pengurus Jabatan Outreach & Komunikasi Korporat.

Semasa di Australia, delegasi CyberSecurity Malaysia turut mengadakan mesyuarat bersama Cyber Response Teams of the Commonwealth Bank pada 7 November 2016, Police Cyber Education and Response Unit pada 8 November 2016 dan Australia's eSafety Commissioner pada 10 November 2016.

Melalui program lawatan kerja ini, pelbagai maklumat diperolehi bagi membantu memantapkan lagi pembangunan modul kesedaran keselamatan siber. Selain itu, ia turut membantu dalam perbincangan bersama pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai pelan pelaksanaan projek perintis di peringkat nasional yang akan datang.

divider-shadow
image
Ops Jelajah Cyber 2.0 Edisi Kedah, Alor Setar, Kedah
8 – 9 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan 'Ops Jelajah Cyber 2.0' Edisi Kedah di Wisma Darulaman, Alor Setar pada 8 November 2016. Ia diadakan di bawah inisiatif Program Inovasi Sosial MOSTI (MOSTI Social Innovation – MSI) dengan kerjasama Kedah Digital Transformation Centre (KDTC) bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber kepada komuniti setempat.

Program Inovasi Sosial MOSTI dibangunkan khusus bertujuan membantu komuniti setempat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Program selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Norsabrina Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu N-36. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan.

Antara perkkhidmatan yang ditawarkan melalui Ops Jelajah Cyber 2.0 adalah seperti Pemulihan Data, Sanitasi Data serta Forensik Digital. Selain itu, ia juga adalah merupakan platform untuk memperkenalkan Program Pembangunan Keusahawanan MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) yang merupakan satu program perkembangan rangkaian Outlet MyCSC yang telah dibangunkan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
International Conference in Combating Child Pornography, Bangkok, Thailand
9 – 12 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah menyertai International Conference in Combating Child Pornography di Bangkok, Thailand pada 9 hingga 12 Disember 2016.

Persidangan anjuran Thammasat University Bangkok, Goethe-University Frank am Main, Westfalische Wilhelms-Universiti Munster dan Universiti Passau, Jerman ini telah dihadiri oleh seramai 40 peserta dari Negara-negara ASEAN, NGO serta agensi kerajaan di Thailand. Ia diadakan bertujuan untuk bertukar pandangan, idea serta informasi bagi mewujudkan perundangan, strategi, dasar serta keberkesanannya pelaksanaannya amalan terbaik dalam menangani isu berkaitan pornografi kanak-kanak dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Elina Binti Abdul Mubin dari Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat, di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk "Stand Againts Childs Por-NO!-graphy! Malaysia's CyberSAFE Awareness Protection Measures".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan keupayaan CyberSecurity Malaysia dalam melestarikan isu berkaitan keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.

divider-shadow
image
2nd International Conference on Electronics and Software Science 2016, Takamatsu, Jepun
14 – 16 November 2016

Pada 14 hingga 16 November 2016, telah berlangsung 2nd International Conference On Electronics And Software Science 2016 bertempat di Takamatsu, Jepun.

Persidangan anjuran Society of Digital Information and Wireless Communication (SDIWC) ini merupakan platfom perbincangan untuk para penyelidik berkongsi maklumat terkini berkenaan keselamatan dan sains komputer.

Seramai 30 peserta dari syarikat keselamatan dan universiti yang mewakili beberapa buah negara telah menyertai persidangan ini.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Wira Zanoramy Ansiry Zakaria dari Jabatan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT). Pada persidangan tersebut, Wira Zanoramy telah melakukan pembentangan bertajuk "Exploitation of Android Mobile Malware in Phishing Modus Operandi: A Malaysia Case Study".

divider-shadow
image
Smart City Expo World Congress (SCEWC), Gran Via Venue, Barcelona, Sepanyol
15 – 17 November 2016

Pada 15 hingga 17 November 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Smart City Expo World Congress (SCEWC) di Barcelona, Sepanyol.

Kongres ini merupakan satu persidangan antarabangsa yang mengumpulkan lebih 400 penyelidik, organisasi berpengaruh dan pencetus inovasi global untuk berkongsi pengetahuan, membahaskan cabaran yang dihadapi di samping menggalakkan pemikiran luar kotak dalam usaha membangunkan Smart City yang lebih mampan.

SCEWC mula dianjurkan pada 2011 dan telah berjaya menjadi satu acara rujukan global untuk menyokong pembangunan Smart City. Ia dijadikan membincangkan idea-idea, meluaskan rangkaian, berkongsi pengalaman dan membuka tawaran perniagaan antarabangsa.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Maslina Daud, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber, Norahana Salimin, Ketua Jabatan MySEF dan Hafizah Che Hasan, Ketua Jabatan MyVAC.

Kongres Smart City dihadiri hampir 105 negara dari seluruh dunia. Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada kongres antarabangsa ini telah membuka peluang kerjasama dan kolaborasi dalam memperkukuhkan inisiatif pembangunan Smart City di Malaysia.

divider-shadow
image
Bangladesh Banking Summit, Dhaka, Bangladesh
15 – 16 November 2016

Pada 15 hingga 16 November 2016, telah berlangsungnya sidang kemuncak Bangladesh Banking Summit yang diadakan di Dhaka, Bangladesh.

Persidangan anjuran Fleming Events bersama Bangladesh Bank, Bangladesh Institute of Bank Management (BIBM) memfokuskan kepada isu perbankan secara keseluruhan dan penekanan khas ke atas bidang keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Fazlan Abdullah, Ketua Jabatan Perhubungan Kerajaan, di mana beliau telah membuat pembentangan bertajuk "A Holistic Approach For Cyber Security And Critical Information Infrastructure Protection".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada sidang kemuncak ini telah membuka peluang untuk berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Negara, menjalin hubungan kerjasama dengan agensi dan peserta serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi dengan agensi-agensi dari negara yang terlibat.

divider-shadow
The Internet of Things World Europe, Dublin, Ireland
20 – 22 November 2016

Pada 20 hingga 22 November 2016, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di acara The Internet of Things World Europe 2016 di Dublin, Ireland.

Persidangan anjuran KNect360 merupakan acara IoT terbesar di Eropah. Ia menyediakan peluang perdagangan dan perniagaan serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan pembangunan IoT seperti keselamatan, data dan privasi, akauntabiliti dan kejujuran serta cabaran besar operasi IoT.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Maslina Daud, Naib Presiden Kanan, Bahagian Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber, Norahana Salimin, Ketua Jabatan MySEF dan Hafizah Che Hasan, Ketua Jabatan MyVAC.

IoT merupakan topik yang hangat diperkatakan di dalam industri Eropah, di mana pihak kerajaan dan masyarakat mula mengambil perhatian terhadap potensi besar teknologi ini dalam meningkatkan ekonomi dan gaya hidup.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah memberi pendedahan teknikal secara lebih menyeluruh bagi pembangunan rangka model keselamatan IoT selain membantu dalam pembangunan rangka model keselamatan IoT di Malaysia.

divider-shadow
image
International Conference on Cyberlaw, Cybercrime & Cybersecurity (ICCC), New Delhi, India
16 – 18 November 2016

Pada 17 hingga 18 November 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri International Conference on Cyberlaw, Cybercrime & Cybersecurity (ICCC) yang berlangsung di India International Centre, New Delhi, India. Delegasi CyberSecurity Malaysia yang diketuai oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan disertai oleh Dr. Asmawi Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Tindakbalas Keselamatan Siber dan Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Jabatan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

Delegasi CyberSecurity Malaysia turut berkesempatan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak, antaranya mengenai inisiatif berkaitan The No More Ransom Project dalam usaha ancaman serangan ransomware.

Selain itu, delegasi turut mengadakan perbincangan berkaitan pembangunan modal insan dan modul latihan berkaitan keselamatan siber bersama wakil dari India NASSCOM.

CyberSecurity Malaysia juga berpeluang mengadakan perbincangan strategik bersama Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer India (CERT-India) berkaitan kolaborasi mengenai perkongsian kepakaran ancaman siber. Perbincangan tersebut diadakan susulan dari perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani di antara CyberSecurity Malaysia dan CERT-India pada 23 November 2015.

Seramai 200 orang peserta telah menhadiri persidangan ini yang turut dihadiri oleh beberapa pertubuhan antarabangsa seperti INTERPOL dan UNESCO serta industri seperti Microsoft dan Huawei.

Kunjungan ke India tersebut telah membuka peluang untuk mempromosi CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar dalam bidang keselamatan siber serta mengeratkan kerjasama bilateral dan hubungan baik dengan pihak berkepentingan dalam inisiatif keselamatan siber.

divider-shadow
image
Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan, Selangor
21 November 2016

Pada 21 November 2016, satu Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat CyberSecurity Malaysia telah diadakan di ibu pejabat CyberSecurity Malaysia.

Majlis menandatangai ikrar tersebut disempurnakan oleh Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif dan Dato' Hj. Mohamad Yusoff Akope, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan disaksikan oleh Encik Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pengkormesilan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Dengan menandatangani dokumen ikrar tersebut, CyberSecurity Malaysia telah berjanji untuk menzahirkan komitmen di dalam menyediakan perkhidmatan kepakaran keselamatan siber dengan penuh dedikasi serta bebas dari sebarang bentuk rasuah demi menegakkan prinsip anti rasuah dalam kalangan badan korporat di Malaysia.

Pada majlis yang sama, kakitangan CyberSecurity Malaysia turut melafazkan ikrar integriti korporat yang diketuai oleh Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab.

divider-shadow
image
Persidangan Public Sector CIO Convex 2016, Sepang, Selangor
22 – 23 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Persidangan Public Sector CIO CONVEX 2016 pada 22 hingga 23 November 2016. Program anjuran Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Bertemakan 'Digital Government Towards Digital Citizens, persidangan ini diadakan bagi mempromosi pembudayaan Kerajaan Digital di dalam penyampaian perkhidmatan Sektor Awam. Di samping itu, ia turut memperkenalkan beberapa projek ICT Sektor Awam serta penyampaian anugerah penghargaan kepada agensi Sektor Awam di atas kejayaan melaksanakan projek ICT dengan cemerlang.

CyberSecurity Malaysia telah mengambil peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan keselamatan siber yang ditawarkan selain mempromosi Inovasi produk forensik digital terkini iaitu, Kloner dan Pendua.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah dapat mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pusat pakar rujukan keselamatan siber serta berpeluang menjalin rangkaian bersama pelbagai agensi yang turut mengambil bahagian.

divider-shadow
image
Malaysia eCommerce Expo, Kuala Lumpur
22 – 24 November 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian pada Malaysia eCommerce Expo pada 22 hingga 24 November 2016 di MATRADE, Kuala Lumpur.

Pameran anjuran Persatuan e-Dagang Malaysia ini disertai oleh 150 buah organisasi e-dagang dan merupakan platform kepada pengamal e-dagang yang terdiri daripada pengusaha tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan program serta inisiatif berkaitan e-dagang.

CyberSecurity Malaysia telah mempamerkan perkhidmatan Malaysia Trustmark yang merupakan perkhidmatan bagi membuat pengesahan dan pengauditan kesahihan serta etika syarikat e-Dagang atau e-Commerce berdasarkan garispanduan dari World Trustmark Alliance (WTA).

divider-shadow
image
MU-CERT 2016 FIRST Technical Colloquium, Mauritius
22 – 24 November 2016

Pada 22 sehingga 24 November 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri persidangan FIRST Technical Colloquium CERT-MU di Mauritius.

Persidangan anjuran CERT-MU ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan teknologi Smart City, keselamatan Internet of Thing (IoT), dan juga pengkomputeran awan (cloud computing). Selain itu, persidangan ini juga diadakan bagi mengenalpasti rekabentuk keselamatan terkini untuk pembangunan peranti IoT dan cara bagi membangunkan peranti IoT dengan mengambil kira aspek keselamatan di dalam fasa awal pembangunan (Secure by Design).

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Abdul Fuad Abdul Rahman dari Jabatan MyVAC. Persidangan selama tiga hari ini turut dihadiri oleh peserta daripada Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pada persidangan ini, CyberSecurity Malaysia berpeluang untuk membentangkan inisiatif IoT Security bertajuk "IoT Security".

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakkan negara luar memuji inisiatif Malaysia yang dilihat terkehadapan dalam menangani IoT Security dan secara tidak langsung ia telah meletakkan Negara sebagai antara Negara dunia yang mempunyai inisitif dalam hal ehwal pembangunan IoT.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image