Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISSUE 15 | SUKU KEEMPAT - 2016
Bahasa | English
OKTOBER 2016
image
Mesyuarat Bersama INTERPOL & Majlis Pelancaran Microsoft Transparency & Cybersecurity Center, Singapura
4 – 5 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri mesyuarat kumpulan pakar serta bengkel forensik digital di Singapura pada 4 hingga 5 Oktober 2016. Mesyuarat diadakan lanjutan daripada perjumpaan pertama pakar forensik digital di Sepanyol pada bulan Jun 2016.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Tindakbalas Keselamatan Siber.

Program di bawah inisiatif INTERPOL dalam memerangi jenayah siber meliputi sokongan kepada siasatan jenayah siber serta pembangunan teknologi baru yang inovatif. Inisiatif ini turut membantu dalam mengeksploitasi bukti digital, menjalankan sesi latihan serta kajian kapasiti pertempuran siber.

Sewaktu di Singapura, Dr. Asmawi juga turut memenuhi jemputan Microsoft Malaysia dengan menghadiri perasmian Microsoft Transparency & Cybersecurity Centre bagi rantau Asia-Pasifik.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia di kedua-dua program ini telah mengeratkan lagi hubungan serta menjalin rangkaian dengan pelbagai pihak dari seluruh dunia. Ia turut menjadi platform untuk bekerjasama dengan pakar keselamatan siber bagi memastikan kejayaan perkhidmatan CyberDEF selain dapat berkongsi maklumat bersama agensi penguatkuasa undang-undang Malaysia. Ia juga turut mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat rujukan negara dalam keselamatan siber dan forensik digital.

divider-shadow
image
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 3, Putrajaya
4 – 5 Oktober 2016

Pada 4 dan 5 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 3 di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 15 peserta bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAMPU, mengesahkan maklumat yang diperolehi serta menjalankan penilaian tehadap perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dikenal pasti.

Hasil dari bengkel yang diadakan ini telah dapat memberi kefahaman kepada para peserta mengenai standards ISO 22301 BCMS selain mengenalpasti pelan pelaksanaan BCMS di MAMPU berserta tarikh sasaran bagi aktiviti-aktiviti utama.

divider-shadow
image
Persidangan Critical Infrastructure Protection and Resilience Asia (CIPRA) 2016, Bangkok, Thailand
5 – 6 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Critical Infrastructure Protection and Resilience Asia (CIPRA) 2016 di Bangkok, Thailand pada 5 dan 6 Oktober 2016.

CIPRA 2016 merupakan persidangan keselamatan maklumat yang dihadiri oleh pegawai serta agensi Kerajaan dan pemain industri dalam kalangan negara anggota ASEAN untuk bekerjasama dalam membangunkan rangka kerja perundangan dan teknikal sedia ada, menyatupadukan pengurusan risiko, perancangan dan pelaksanaan strategik dalam memastikan pertahanan dan keselamatan aset-aset utama.

Delegasi CyberSecurity Malaysia diketuai oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan disertai oleh Megat Muazzam Abdul Mutalib, Ketua Jabatan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dan Mohd Shamil Mohd Yusoff, Ketua Jabatan Outreach dan Korporat Komunikasi.

Pada persidangan tersebut Dr. Zahri telah membuat pembentangan bertajuk "The National Strategy for the Protection of Critical National Information Insfrastructure in Malaysia", manakala, Megat Muazzam membuat pembentangan bertajuk "Cybersecurity Threats and Trends".

Selain menghadiri persidangan, delegasi CyberSecurity Malaysia juga telah membuat kunjungan hormat serta mengadakan perbincangan dengan dua badan utama dunia berkaitan pendidikan ICT bersama UNESCO dan perlindungan kanak-kanak dalam talian bersama UNICEF.

Kedua-dua sesi perbincangan tersebut diadakan bagi bertukar pandangan serta idea di samping mendapatkan maklumat untuk mengukuhkan lagi pembangunan modul keselamatan siber selain meningkatkan pembangunan isi kandungan, garis panduan dan prosedur mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan CIPRA 2016 telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai peneraju bidang keselamatan siber di rantau Asia Tenggara manakala kunjungan ke UNESCO dan UNICEF telah mengeratkan lagi jalinan hubungan dua hala serta kerjasama di antara CyberSecurity Malaysia dengan kedua-dua organisasi utama dunia tersebut.

divider-shadow
Common Criteria Evaluation Project Hewlett Packard Enterprise Arcsight Enterprise Security Manager (ESM), California, Amerika Syarikat
10 - 18 Oktober 2016

Pada 10 hingga 18 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri program Common Criteria Evaluation Project Hewlett-Packed Enterprise Arcsight Enterprise Security Manager (ESM) 6.9.1C di California, Amerika Syarikat.

Program anjuran Hewlett Packard Enterprise ini diadakan bagi melakukan proses pengujian dan penilaian ke atas Malaysian Common Criteria (MyCC) yang meliputi fasa ATE (functional testing) dan AVA (vulnerability assessment) serta melakukan proses semakan terhadap dokumentasi dan prosedur bagi tujuan mendapatkan pensijilan MyCC.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Marinah Syazwani Mokhtar dari Jabatan Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat (ISCB). Selain CyberSecurity Malaysia, turut terlibat dalam proses penilaian dan pengujian ini adalah BAE System serta Hewlett-Packard.

Functional testing and vulnerability assessment merupakan aktiviti wajib dalam sesuatu proses pengujian dan pensijilan MyCC bertujuan menguji fungsi dan keselamatan produk yang dinilai.

Kejayaan dari proses penilaian dan pengujian ini akan membolehkan CyberSecurity Malaysia mengeluarkan pensijilan terhadap sesuatu produk. Selain ianya meningkatkan keupayaan CyberSecurity Malaysia dalam proses pensijilan ia juga turut menambahkan jumlah produk yang mendapat persijilan dari CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 1, Bangi, Selangor
10 – 12 Oktober 2016

Pada 10 hingga 12 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 1 di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor.

Bengkel ini diadakan bagi mendapatkan pengesahan terhadap isu-isu berkaitan skop pengurusan kesinambungan perkhidmatan di Nuklear Malaysia. Di samping itu, bengkel ini turut melakukan analisa risiko mengenalpasti polisi kesinambungan perkhidmatan, peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan sistem pengurusan kesinambungan perkhidmatan di Nuklear Malaysia.

divider-shadow
image
Singapore International Cyber Week and ASEAN Ministerial Conference on Cybersecurity, Singapore
10 – 12 Oktober 2016

Pada 10 hingga 12 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri ASEAN Ministerial Conference on Cybersecurity (AMCC) di Singapura sempena Singapore International Cyber Week (SICW).

Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi telah mewakili CyberSecurity Malaysia serta mengiringi Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia sebagai ahli panel pada sesi perbincangan. Penyertaan delegasi Malaysia pada persidangan ini adalah bagi memenuhi jemputan dari Menteri Informasi dan Komunikasi Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim.

Persidangan selama tiga (3) hari ini dianjurkan oleh Kerajaan Singapura bagi mengenal pasti isu-isu berkaitan keselamatan siber merentas sempadan, berkongsi maklumat serta mengenalpasti bidang-bidang kerjasama strategik dalam keselamatan siber. Di samping itu, ia juga meningkatkan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN demi mengukuhkan pembangunan bidang keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.

Dr. Solahuddin telah dijemput menjadi ahli panel pada sesi "International Cyber Leaders Symposium" bagi membincangkan tajuk "Building a Secure and Resilient Cyberspace" serta membuat pembentangan pada sesi "Moderated Discussion by Ministers on Areas of Cybersecurity Priority for ASEAN" yang membincangkan tajuk "Priorities and Directions for an ASEAN Cybersecurity Strategy".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia dan juga luar negara.

divider-shadow
image
Forum Keselamatan APT ke-7, Phnom Penh, Kemboja
11 – 13 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Forum Keselamatan Siber APT Ke-7 yang berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober 2016 di Phnom Penh, Kemboja.

Forum Keselamatan Siber APT Ke-7 2016 ini merupakan acara tahunan APT (Asia Pacific Telecommunication) dan dianjurkan oleh Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja, di mana ia memberi tumpuan kepada pembudayaan ICT dengan bertemakan "Emerging Trend: IoT, Big Data and Security".

Forum ini merangkumi perbincangan pelbagai isu semasa berkaitan keselamatan siber dan privasi, mengenalpasti dan menganalisa beberapa aspek berkaitan keselamatan 'Internet of Things' (IoT) dan Big Data serta berbincang mengenai hak dan kesedaran pengguna dari pelbagai sudut termasuk undang-undang serta dasar sesebuah negara dalam memelihara hak pengguna.

Seramai 67 peserta dari 19 buah negara hadir pada Forum yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tram Iv Tek, Menteri Pos dan Telekomunikasi Kemboja. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Norhuzaimi Mohamed dari Jabatan Perhubungan Kerajaan, di mana beliau telah terlibat sebagai moderator bagi Sesi 6 bertajuk "How to bridge over? : Legislation – Privacy".

Pengibatan CyberSecurity Malaysia telah berjaya mengetengahkan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam bidang keselamatan siber kepada negara-negara anggota Asia Pasifik.

divider-shadow
image
Lawatan dari Nigeria Defense Space Agency ke CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan
17 Oktober 2016

Pada 17 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan dari Defense Space Agency (DSA) Nigeria. Delegasi seramai 5 orang ini diketuai oleh Brigadier Jeneral Johnson Bamidele Olawami.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia. Pada sesi perbincangan, kedua-dua pihak meninjau peluang mewujudkan kerjasama hubungan dua hala dalam aspek keselamatan siber.

Delegasi turut diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan CyberSecurity Malaysia serta perkhidmatan yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
APISC Security Training at Seoul, Korea
17 – 22 Oktober 2016

Pada 17 sehingga 21 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri APISC Security Training di Seoul, Korea Selatan. Wakil CyberSecurity Malaysia adalah Yati Mohamad Yassin dari Jabatan Perhubungan Kerajaan.

Kursus tahunan anjuran Agensi Keselamatan Internet Korea (KISA) ini bertujuan mengumpul pakar-pakar keselamatan IT dari pelbagai negara bagi berkongsi pengalaman dari aspek tindakbalas insiden komputer dan juga keselamatan siber. Ia turut meliputi aspek penubuhan dan pengoperasian CSIRT serta berkongsi pengalaman dari perspektif polisi, perundangan dan teknologi.

Seramai 25 peserta dari pelbagai negara seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Indonesia dan Malaysia telah dijemput menghadiri program ini.

Selain memperolehi manfaat melalui penyertaan pada kursus ini, CyberSecurity Malaysia turut mengukuhkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan siber dari luar Negara yang hadir.

divider-shadow
image
Perasmian Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2016, Kuala Lumpur
18 Oktober 2016

Pada 18 Oktober 2016 telah berlangsung majlis perasmian Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhbition (CSM-ACE) 2016 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan disaksikan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia dan juga Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

CSM-ACE merupakan acara tahunan CyberSecurity Malaysia yang berasaskan kerjasama awam-swasta merangkumi anugerah, persidangan dan pameran keselamatan siber. CSM-ACE 2016 merupakan anjuran kali ke-enam bertemakan "#cyberresilience"

Tema ini dipilih bagi menyokong aspirasi strategik kerajaan Malaysia serta komuniti global mengenai kepentingan keselamatan siber di dalam memastikan kesinambungan operasi sesebuah organisasi sama ada di sektor awam mahupun swasta. Ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak melalui kolaborasi strategik. Ia juga pemangkin kepada pertumbuhan insfrastruktur keselamatan siber yang melibatkan elemen penting seperti Manusia, Proses dan Teknologi.

Pada tahun 2016, CSM-ACE sekali lagi memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan melalui program latihan keselamatan siber, di mana lebih 10 modul latihan diperkenalkan, antaranya Certified Information Security Awareness Manager (CISAM), Cyber Security Risk Management for C-Suite, ISMS Implementation 2013 Edition, Digital Forensics, Security Posture Assessment, SCADA Security Assessment, Network Security dan Incident Response.

CSM-ACE 2016 menerima lebih dari 1650 penyertaan yang meliputi delegasi persidangan, peserta program latihan, pengunjung pameran, program satelit dan 41 pempamer, di mana 10 daripada pempamer merupakan organisasi tempatan (home grown) dalam bidang keselamatan siber.

CSM-ACE 2016 berlangsung selama empat hari bermula dari 17 hingga 20 Oktober 2016. Penganjuran CSM-ACE 2016 telah memperkukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju serta pusat pakar keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Majlis Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2016 & Gala Dinner CSM-ACE 2016, Kuala Lumpur
18 Oktober 2016

Pada 18 Oktober 2016 telah berlangsung Majlis Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2016. Majlis diadakan sempena Malam Gala Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2016 dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Hadir sama di majlis tersebut ialah YB Datuk Wira Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia dan juga Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia

Anugerah Keselamatan Siber Malaysia merupakan satu pengiktirafan yang diberi kepada individu serta organisasi yang telah menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan industri keselamatan siber di Malaysia berdasarkan kepada komitmen, dedikasi, kepimpinan dan strategi perniagaan yang cemerlang.

Seramai 16 penerima anugerah melibatkan tujuh kategori keselamatan siber termasuk satu anugerah baharu iaitu Anugerah Keselamatan Siber Sepanjang Hayat yang diberikan kepada YM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim di atas sumbangan beliau kepada industri keselamatan siber di Malaysia.

(Untuk senarai penuh penerima anugerah, sila klik : www.csm-ace.my/event2016/event2016-award.html

Pengurniaan Anugerah Keselamatan Siber Malaysia berupaya merancakkan lagi perkembangan industri keselamatan siber dan menjadi pemangkin kepada pemain industri serta individu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan industri keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan : Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2016, Kuala Lumpur
19 Oktober 2016

Pada 19 Oktober 2016 berlangsung Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2016. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 serta YB Datuk Dr. Wira Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

NICTSeD merupakan pertandingan berbentuk wacana sekolah yang pertama diadakan di Malaysia mengenai keselamatan siber. Ia merupakan acara tahunan anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta disokong oleh DiGi Telecommunications dan BAE Systems.

Pada pertandingan peringkat akhir, Sekolah Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai juara NICTSeD 2016 manakala naib juara ialah Sekolah Menengah Sultan Ismail dari Johor Bharu, Johor.

Penganjuran NICTSeD merupakan salah satu pemangkin bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi idea, menimba ilmu pengetahuan serta membina rangkaian antara pelajar untuk jalinan kerjasama di masa hadapan. Selain itu, NICTSeD juga menjadi platfom kepada bagi perkembangan tenaga kerja dalam sektor ICT terutama di bidang keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
Mesyuarat Kumpulan Kerja ISO/IEC JTC 1/SC 27, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
22 – 27 Oktober 2016

Pada 22 sehingga 27 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Mesyuarat Kumpulan Kerja ISO/IEC JTC 1/SC 27 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Wan Nasra Wan Firuz dari Badan Pensijilan Keselamatan Maklumat (ISCB) telah mewakili CyberSecurity Malaysia pada mesyuarat tersebut, di mana Jawatankuasa Teknikal dan Kumpulan Kerja ISO/IEC JTC 1/SC 27 merupakan jawatankuasa teknikal yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan penyelenggaraan standard-standard ISO/IEC JTC terkini di peringkat antarabangsa.

Tujuan mesyuarat ini dianjurkan adalah untuk memastikan kepentingan Malaysia dilindungi semasa merangka dan memuktamadkan standard keselamatan yang dibangunkan di peringkat antarabangsa, di samping menyatakan pandangan Malaysia ke atas pembangunan dan pelaksanaan standard keselamatan maklumat masa depan dengan mengambil kira sektor awam dan juga sektor swasta. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan dengan keselamatan maklumat melalui perbincangan dengan pakar-pakar di seluruh dunia.

Mesyuarat kali ini disertai oleh pakar-pakar Information Technology Security Techniques dari 70 negara antaranya Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Korea serta Jerman.

Selain CyberSecurity Malaysia, delegasi Malaysia turut meliputi MIMOS, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

divider-shadow
image
Cloud Mitigation Alliance (CMA) Forum and Cloud Security Alliance GCR Summit 2016, Beijing, China
24 – 25 Oktober 2016

Pada 24 hingga 25 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Cloud Mitigation Alliance (CMA) Forum dan Cloud Security Alliance GCR Summit 2016 anjuran Cloud Mitigation Alliance dengan kerjasama Huawei Technologies di Beijing, China.

Forum Cloud Mitigation Alliance (CMA) adalah gabungan panel perbincangan teknikal dan ahli pakatan semasa bagi Cloud Security Alliance GCR Summit. CMA juga dianggotai entiti industri sukarela (non-profit organisation) yang ditubuhkan oleh Huawei Technologies bagi mengendalikan serangan Distributed Denial of Service (DdoS) di platfom cloud.

Forum CMA diadakan bertujuan untuk memperkenalkan CMA kepada mereka yang berpotensi untuk menjadi ahli CMA. Antara aktiviti CMA termasuk menyelaras ahli-ahli untuk menjalankan penyelidikan akademik, penggubalan standard dan kerjasama teknikal serta perniagaan dalam bidang teknologi mitigasi DDoS awan.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Maslina binti Daud, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Proaktif Keselamatan Siber.

Program ini menyediakan peluang terbaik bagi syarikat komunikasi dan penyedia perkhidmatan keselamatan dari seluruh dunia mengadakan perbincangan mengenai masalah pandemik serangan DDoS serta penubuhan entiti untuk memudahkan kerjasama masyarakat di seluruh dunia mengenai perkongsian risikan ancaman, tindakan dan langkah-langkah yang berkesan serta amalan keselamatan terbaik.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini bertepatan dengan matlamat sebagai agensi peneraju keselamatan siber di Malaysia. Ilmu serta pengalaman yang diperolehi dapat digunapakai serta dilaksanakan di CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Smart Cities Conference, Korea Selatan
24 – 26 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia terus menerima pengiktirafan sebagai agensi pakar keselamatan siber di rantau ini apabila Dr. Solahuddin Shamsuddin, Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Smart Cities Conference pada 24 hingga 26 Oktober 2016 yang berlangsung di Korea Selatan.

Persidangan anjuran Marcus Evans ini bertujuan berkongsi idea-idea terkini daripada pakar- pakar IT berkenaan Internet of Thing (IoT) dalam bidang teknologi maklumat serta berpeluang untuk meningkatkan rangkaian perniagaan.

Dr. Solahuddin juga turut membuat pembentangan bertajuk "Delving in Cyber-Resilient Framework in Smart Governance- Malaysian Perspective".

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam persidangan ini memberi peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai agensi yang menerajui bidang keselamatan siber di dalam Malaysia serta luar negara.

divider-shadow
image
Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Tokyo, Japan
24 – 28 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia terus mengambil langkah yang proaktif sebagai Timbalan Pengerusi Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) apabila menghadiri Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) yang berlangsung pada 24 sehingga 28 Oktober 2016 di Tokyo, Jepun.

Delegasi CyberSecurity Malaysia telah diketuai oleh YABhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia dan disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato' Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab serta beberapa pegawai kanan yang lain.

Beberapa pembentangan telah dilakukan oleh delegasi CyberSecurity Malaysia, antaranya Noraini Abdul Rahman dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa dengan tajuk "Protecting CNII Against Malware Threat: A Coherent Response through Cooperation Amongst OIC Countries", Farah Ramlee dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) bertajuk "Challenges in Responding to Ransomware and Lessons Learnt Malaysia" dan pembentangan kertas kerja teknikal "Honeynet/Lebahnet" pada sesi Malware Mitigiation Working Group oleh Megat Muazzam Abdul Mutalib dan Fathi Kamil Mohad Zainuddin.

Peranan aktif Malaysia, melalui CyberSecurity Malaysia dalam melaksanakan agenda keselamatan siber di peringkat antarabangsa dan APCERT terus mendapat pengiktirafan dan meraih keyakinan ahli-ahli APCERT untuk melantik semula CyberSecurity Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi buat kali kedua untuk tempoh selama satu tahun.

Persidangan Tahunan APCERT kali ke-14 bertemakan "Borderless Cooperation, Seamless Action" telah memberi peluang kepada CyberSecurity Malaysia untuk mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan seperti Cyber999 selain mengukuhkan kedudukan sebagai pusat pakar keselamatan siber di rantau Asia Pasifik.

divider-shadow
image
Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016, Melaka
27 – 28 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian pada seminar dan pameran sempena Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Melaka dari 27 hingga 28 Oktober 2016.

Hari Inovasi ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan anggota PDRM serta masyarakat mengenai inovasi dan teknologi sebagai mekanisme dalam usaha mencegah jenayah. Sambutan Hari Inovasi PDRM melibatkan semua anggota PDRM berlainan pangkat seluruh kontinjen di Malaysia. Seramai hampir 600 peserta menyertai program ini yang berlangsung selama dua hari.

Perasmian sambutan disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 27 Oktober 2016. Turut hadir ialah YDH. DCP. Datuk Ramli Haji Din, Ketua Polis Melaka.

Selain menyertai pameran, CyberSecurity Malaysia turut membuat perkongsian maklumat melalui pembentangan kertas kerja yang dilakukan oleh Dr. Zahri Yunus, Ketua Pegawai Operasi bertajuk "Inovasi dan Teknologi Membantu Dalam Pencegahan Jenayah". Di samping itu, Dr. Zahri juga turut menjadi ahli panel pada forum yang bertajuk "Menyemarak Inovasi Merealisasi Transformasi Melalui Pengetahuan dan Kreativiti Dalam Membantu Pencegahan Jenayah".

Penyertaan CyberSecurity Malaysia dalam program ini telah berupaya mempromosi agensi sebagai pusat pakar keselamatan siber, di samping mengeratkan lagi kerjasama multilateral dengan pihak berkepentingan dalam inisiatif keselamatan siber.

divider-shadow
image
Bengkel Pelaksanaan Pendekatan Strategik 5 (PS5): Pembangunan Keupayaan Industri Kriptografi Tempatan, Dasar Kriptografi Negara, Putrajaya
28 Oktober 2016

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Pendekatan Strategik 5 (PS5): Pembangunan Keupayaan Industri Kriptografi Tempatan, Dasar Kriptografi Negara yang berlangsung pada 28 Oktober 2016 di Putrajaya.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membentangkan kemajuan analisis dan hasil dari 'As-Is state in Malaysia' dari perspektif pembangunan industri dan modal insan, menjalankan pembentangan penanda aras kepada pembangunan industri dan modal insan dalam bidang kriptografi serta memperolehi pengetahuan untuk Pelan Keupayaan Industri dan Pelan Modal Insan.

Seramai lebih 30 orang peserta dari pelbagai agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MIMOS Bhd, MDEC, Persatuan Penyelidikan Kriptologi Malaysia, PIKOM, Akademi Sains Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka termasuk Tecforte, Perintis Deloitte, Localhost.my, encr8tor, Wannastation, Biocryptodisk, TFP Solutions Sdn Bhd, BIT, MyCrypto dan Evault Tech telah menghadir bengkel ini.

Penganjuran ini membolehkan setiap peserta mengenal pasti senarai Critical Success Factor bagi pelan pembangunan industri dan modal insan, mengenal pasti Targeted Outcome dan Key Action Plan serta mampu melakukan penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan.

divider-shadow
image
ASEAN Ministerial Meeting on S&T, Cambodia
28 – 30 Oktober 2016

Pada 28 sehingga 29 Oktober 2016, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menyertai delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN mengenai Sains dan Teknologi (IAMMST-9) yang berlangsung di Kemboja.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Sheikh Zuliskandar Zulkarnain dari Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Produk.

Selain delegasi Malaysia, beberapa negara dari ASEAN seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Laos juga menyertai mesyuarat ini bagi berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan bidang sains dan teknologi.

Jemputan untuk menyertai delegasi Malaysia ini adalah berdasarkan kepada kepakaran, keupayaan dan pengalaman CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber.

CyberSecurity Malaysia telah berpeluang mempromosi perkhidmatan Cyber Range Lab Malaysia. Melalui perkhidmatan Cyber Range ini, kesedaran keselamatan maklumat dan metodologi pengurusan yang berkesan akan disesuaikan berdasarkan tenaga kerja awam di negara-negara ASEAN khususnya.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah meningkatkan visibility, sekaligus memperlihatkan komitmen untuk memberi kerjasama kepada agensi kerajaan serta membuktikan kepimpinan dalam aspek keselamatan siber kepada negara-negara serantau.

divider-shadow
image
China-ASEAN Cyberspace Security Summit Forum 2016, Nanning, China
30 Oktober – 1 November 2016

Pada 30 Oktober hingga 1 November 2016, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri China-ASEAN Cyberspace Security Summit Forum 2016 di Nanning, China.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Sharifah Roziah Mohd Kassim dari Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) di atas jemputan Internet Society of China.

China-ASEAN Forum adalah satu program tahunan yang diadakan oleh Kerajaan China bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara Negara China dan Negara-negara anggota ASEAN. Pada forum tersebut, buat julung kalinya Cyberspace Security Summit Forum diadakan di mana ia memberi fokus pada keselamatan siber.

Forum yang berlangsung selama tiga hari ini telah dihadiri seramai 100 orang peserta dari pelbagai negara.

Pada forum tersebut, Sharifah Roziah telah membuat pembentangan kajian kes mengenai ancaman Cyber Extortion yang semakin berleluasa untuk dikongsi bersama delegasi forum. Selain itu, beberapa siri perbincangan berkenaan isu keselamatan siber di rantau ini juga turut diadakan.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia telah membuka peluang untuk meningkat serta mengukuhkan imej dan reputasi sebagai agensi pemacu bidang keselamatan siber di Malaysia dan di rantau Asia.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image
s