Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 16 | SUKU PERTAMA - 2017
Bahasa | English
JANUARI 2017
image
CONFLUENCE 2017 - 7th International Conference On Cloud Computing, Data Science and Engineering, Uttar Pradesh, India
12 – 13 Januari 2017

Pada 12 dan 13 Januari 2017, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam Confluence 2017 – 7th International Conference On Cloud Computing, Data Science and Engineering anjuran Amity School of Engineering & Technology, Amity University Uttar Pradesh, Noida, India.

 

CONFLUENCE 2017 merupakan satu seminar yang menggabungkan simposium teknikal, tutorial dan bengkel bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang pengkomputeran awan, sains data dan kejuruteraan. Ia menjadi platform kepada ahli akademik, saintis dan ahli industri untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat mengenai pembangunan bidang keselamatan IT.

 

Seramai 150 peserta telah menghadiri seminar ini. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Wafa binti Mohd Kharudin dan Nur Afifah binti Mohd Saupi dari Jabatan Forensik Digital. Wakil CyberSecurity Malaysia turut membuat pembentangan kertas kajian di bawah Track 7 – Image and Video Processing.

 

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada seminar ini telah dapat mempromosi kepakaran dalam bidang forensik digital selain memperkukuhkan ilmu bagi memantapkan lagi pengendalian kes yang berkaitan dengan penganalisaan bahan bukti digital.
divider-shadow
image
Bengkel Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan National e-Commerce Strategic Roadmap-NeSR, Kuala Lumpur
16 - 17 Januari 2017

Pada 16 dan 17 Januari 2017, CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam Bengkel Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan (National e-Commerce Strategic Roadmap-NeSR) anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

Bengkel ini diadakan bagi mengenalpasti dan memperinci program untuk dilaksanakan pada tahun 2017 di bawah Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan. Ia dihadiri oleh seramai 100 peserta terdiri dari pelbagai agensi Kerajaan serta organisasi dari industri tempatan.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam NeSR telah memberi impak kepada imej CyberSecurity Malaysia sebagai sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam menyokong program eDagang di peringkat kebangsaan. CyberSecurity Malaysia turut membantu industri eDagang tempatan dengan memastikan perniagaan atas talian di Malaysia boleh dipercayai dan secara tidak langsung meningkatkan taraf ekonomi Malaysia.

.

divider-shadow
image
Seminar Discover the Evolution of Cybersecurity, Kuala Lumpur
17 Januari 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam Seminar Discover the Evolution of Cybersecurity anjuran INGRAM Micro pada 17 Januari 2017. Seminar diadakan bertujuan berkongsi maklumat mengenai transformasi teknologi seiring dengan penularan jenayah siber yang semakin berleluasa.

 

Pada seminar ini, Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik telah membuat pembentangan mengenai trend semasa keselamatan siber. Selain itu, beliau turut berkongsi pandangan mengenai inisiatif yang perlu diambil oleh semua pihak di dalam memperkuatkan lagi pertahanan siber bagi mengurangkan kes jenayah siber.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada seminar ini telah mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia selain berkongsi maklumat serta kepakaran berkaitan keselamatan siber dengan para peserta seminar.

divider-shadow
image
Mesyuarat TF-CSIRT Kali Ke-50 dan Persidangan Tahunan FIRST Eropah 2017, Valencia, Sepanyol
23 - 25 Januari 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Simposium Teknikal, Pembentangan Kertas Kerja & Mesyuarat Program Ahli Jawatankuasa bagi Persidangan Tahunan FIRST 2017 Eropah di Valencia, Sepanyol dari 23 hingga 25 Januari 2017.

 

Persidangan anjuran FIRST Amerika Syarikat ini merupakan satu forum perbincangan untuk ahli FIRST serantau berkongsi maklumat mengenai ancaman keselamatan IT terkini, insiden, peralatan IT serta isu-isu yang memberi kesan kepada operasi tindak balas dan pasukan keselamatan. Persidangan ini turut membincangkan mekanisma dan kaedah bagi menghalang sistem dan rangkaian dari diceroboh oleh pihak luar dengan mengambil langkah keselamatan yang terbaik.

 

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Sharifah Roziah Mohd Kassim dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT). Beliau turut membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Building a Safe Cyber Security Nation through Threat Intelligent Information Sharing betweenCSIRTs and CNII: Malaysia Case Study”. Lebih 100 peserta dari pelbagai negara antaranya Jepun, Bangladesh, Australia, Norway, USA, United Kingdom, Lithuania, Switzerland serta Portugal hadir ke persidangan ini.

 

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan agensi ini dan Malaysia amnya di arena antarabangsa dalam bidang keselamatan teknologi maklumat melalui perkongsian informasi dengan pakar-pakar teknologi maklumat dari seluruh dunia.
divider-shadow
image
Bengkel Pemurniaan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) 2017, Kuala Lumpur
24 – 25 Januari 2017

Pada 24 dan 25 Januari 2017, telah berlangsung Bengkel Pemurniaan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) – Piala Cabaran CyberSAFE 2017.

 

Bengkel ini diadakan bagi meneruskan kelangsungan penganjuran NICTSeD bagi tahun 2017, di mana pada bengkel ini terma serta syarat pertandingan dikemaskini manakala tajuk-tajuk pertandingan dibincang dan dikenalpasti.

 

Seramai 15 peserta terdiri dari pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia serta guru-guru terpilih yang mempunyai pengalaman di dalam perancangan, peraturan dan pengendalian wacana di peringkat kebangsaan hadir pada bengkel ini yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
The International Cybersecurity Forum (FIC), Lille, France
24 - 25 Januari 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai The International Cybersecurity Forum (FIC) 2017 anjuran Gendarmerie Nationale, CEIS & Euratechnoloogies di Lille, Perancis pada 24 dan 25 Januari 2017.

 

FIC merupakan satu acara keselamatan siber di bawah naungan TYT François Hollande, Presiden Republik Perancis di mana ia merupakan acara keselamatan siber terbesar di Perancis yang merangkumi persidangan, bengkel serta pameran. Seramai 6,200 peserta, 250 pembentang dan 300 pempamer terlibat di dalam FIC 2017 yang turut merangkumi 30 bengkel dan 20 sesi persidangan.

 

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi dan Dr. Mohd Aswami Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Pro Aktif Keselamatan Siber. Pada acara ini, Dr. Zahri telah diundang untuk membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Building SOC v2.0”.

 

Selain itu, penyertaan CyberSecurity Malaysia juga adalah bagi meninjau peluang kerjasama dalam bidang keselamatan siber dengan agensi antarabangsa yang turut menyertai FIC 2017, antaranya Alliacom yang merupakan organisasi keselamatan siber Perancis yang berpangkalan di Paris.

 

Undangan pembentangan pada acara ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kebolehan dan kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber selain ia turut memberi peluang kepada agensi memperkukuhkan kedudukan di arena antarabangsa.
divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image