Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 16 | SUKU PERTAMA - 2017
Bahasa | English
MAC 2017
image
Persidangan Digital Citizenship Education Asia-Pacific, Bangkok, Thailand
2 – 3 Mac 2017

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan Digital Citizenship Education in Asia-Pacific bertempat di Bangkok, Thailand pada 2 hingga 3 Mac 2017. Persidangan dianjurkan oleh Biro UNESCO Rantau Asia Pasifik dan Google Asia Pasifik.

 

Persidangan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan siber dalam bidang pendidikan di kalangan belia dan kanak-kanak sebagai usaha memupuk dan mewujudkan pemahaman serta pengetahuan mengenai tanggungjawab sebagai warga digital yang berilmu.

 

Persidangan selama dua hari ini menyaksi pelbagai topic pembentangan dan perkongsian pandangan, pendapat, idea berdasarkan pengalaman serta kepakaran dalam bidang keselamatan ICT di sektor pendidikan.

 

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti serta Elina Mubin dari Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat.

 

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini menunjukkan komitment agensi ini terhadap isu pendidikan dalam bidang keselamatan siber dan ICT. Ia selaras dengan iltizam CyberSecurity Malaysia dalam melestarikan bidang keselamatan siber dan penggunaan ICT secara positif dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

divider-shadow
image
Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri 3, Dewan Dr Ismail, Agensi Nuklear Malaysia
13 – 15 Mac 2017

Pada 13 hingga 15 Mac 2017 telah berlangsung Bengkel Pelaksanaan ISO 22301 Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) Siri ke-3. Bengkel anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) diadakan di Agensi Nuklear Malaysia.

 

Fokus utama bengkel siri ke-tiga ini adalah dari segi pembangunan dan semakan dokumen utama serta pembangunan objektif kesinambungan perkhidmatan bagi pelaksanaan BCMS secara menyeluruh.

 

Hasil daripada aktiviti yang dijalankan pada bengkel selama tiga hari telah berjaya membuat penambahbaikan terhadap dokumentasi BCMS serta pembangunan pelan bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

 

Seramai 45 peserta dari pelbagai bahagian di Agensi Nuklear Malaysia telah hadir bagi menjayakan bengkel ini.

divider-shadow
image
Cyber Intelligence Asia 2017, Kuala Lumpur
16 Mac 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam persidangan Cyber Intelligence Asia 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Mac 2017.

 

Persidangan tahunan anjuran Intelligence-Sec Limited dari United Kingdom ini diadakan bagi membincangkan cabaran dan ancaman siber terkini yang dihadapi di rantau Asia Pasifik. Pada tahun ini, pihak penganjur telah memilih Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi acara yang meliputi persidangan dan juga pameran.

 

Penjenayah siber sentiasa mencari peluang untuk memecah masuk ke dalam sistem-sistem komputer organisasi termasuk kerajaan, dan ini bermakna pegawai-pegawai keselamatan siber perlu peka dengan isu dan cabaran keselamatan siber terkini. Justeru, persidangan ini telah menyediakan peluang kepada para pegawai keselamatan siber untuk berbincang dengan lebih mendalam dan berkongsi pendapat berkenaan cara untuk memerangi jenayah siber dan keganasan siber.

 

Pada persidangan ini, Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk membuat dua pembentangan. Pada sesi pertama dengan tajuk “Protecting and Educating Businesses Against Cyber Attacks”, Dr. Zahri telah memperkenalkan inisiatif yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia dalam meningkatkan golongan professional di bidang keselamatan siber melalui Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme. Manakala, pada sesi kedua pula, Dr. Zahri telah membuat pembentangan bertajuk "Cyber Terrorism – How To Train Awareness”. Pada sesi ini, beliau telah memberi penerangan berkenaan konsep Cyber Terrorism. Pembentangan dibuat bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman tentang konsep Cyber Terrorism berbanding dengan konsep jenayah siber lain seperti Cyber Warfare dan Cyber Crime.

 

Cyber Intelligence Asia 2017 dihadiri oleh para pegawai keselamatan siber dari rantau Asia Pasifik. Seramai 100 peserta dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Taiwan dan India hadir pada persidangan ini.

 

Penyertaan CyberSecurity Malaysia di persidangan ini telah berjaya mempromosi CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar bidang keselamatan siber. Selain itu, ia turut mengukuhkan kedudukan CyberSecurity Malaysia sebagai salah sebuah agensi yang terlibat dalam membanteras jenayah siber serta memainkan peranan yang penting dalam bidang keselamatan siber di rantau Asia Pasifik.

divider-shadow
image
Lawatan dari Department of Information and Communications Technology (DICT) Filipina ke CyberSecurity Malaysia
16 Mac 2017

CyberSecurity Malaysia telah menerima kunjungan dari Madam Genalyn B. Macalinao, Department of Information and Communications Technology (DICT) Filipina pada 16 Mac 2017.


Kunjungan tersebut dibuat untuk mengetahui dengan lebih terperinci inisiatif yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia dalam aspek keselamatan siber di Malaysia serta program latihan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia melalui kepakaran Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT), Forensik Digital dan
Kemudahan Penilaian Keselamatan Malaysia.

 

Delegasi telah disambut oleh Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan, CyberSecurity Malaysia. Satu sesi taklimat mengenai fungsi dan peranan Cybersecurity Malaysia telah diadakan, manakala sesi perbincangan turut diadakan bagi membincangkan kerjasama hubungan dua hala di antara CyberSecurity Malaysia dan DICT dari aspek ICT terutama dalam bidang keselamatan siber.

 

Pada akhir lawatan, Madam Genalyn turut dibawa melawat kemudahan makmal yang terdapat di CyberSecurity Malaysia iaitu makmal Kemudahan Penilaian Keselamatan Malaysia, MyCERT dan Forensik Digital.

divider-shadow
image
Lawatan Kerja Kazakhstan Engineering ke CyberSecurity Malaysia
17 Mac 2017

CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan kerja dari Encik Vadim Shakshakbayev, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kazakhstan Engineering, Republik Kazakhstan pada 17 Mac 2017.  Kunjungan beliau diiringi oleh pegawai Kedutaan Kazakhstan, Encik Birzhan Dulatbekov.

 

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendapat maklumat serta pendedahan mengenai lanskap keselamatan siber di Malaysia, mempelajari dari pengalaman Malaysia mengenai pengendalian insiden keselamatan siber serta langkah pengawalan berkesan dan mendapatkan informasi mengenai program latihan serta perkhidmatan berkaitan keselamatan siber yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia.

 

Beliau telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab. Taklimat mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia telah dibuat oleh Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan, CyberSecurity Malaysia. Delegasi turut dibawa melawat Makmal Forensik Digital dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

 

Satu sesi perbincangan juga diadakan bagi meninjau peluang memperluaskan kerjasama hubungan dua hala sedia ada di antara Malaysia – Kazakhstan Engineering dari aspek ICT terutama dalam bidang keselamatan siber.
divider-shadow
image
Lawatan ke Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Kerajaan Bangladesh (BGD e-GOV CIRT), Dhaka, Bangladesh
21 – 22 Mac 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Kerajaan Bangladesh pada 21 hingga 22 Mac 2017.

 

Lawatan diadakan bagi menilai permohonan BGD e-GOV CIRT untuk menjadi ahli penuh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer – Pertubuhan Persidangan Islam (OIC-CERT).

 

Pada lawatan tersebut, tim CyberSecurity Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama pihak BGD e-GOV CIRT bagi memahami operasi BGD e-GOV CIRT selain membuat penelitian ke atas permohonan bagi memastikan BGD e-GOV CIRT memenuhi syarat-syarat keahlian OIC-CERT.

 

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ahmad Nasir Udin Mohd Zin dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Sharifah Roziah Mohd Kassim dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (MyCERT).

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam sesi penilaian ini memberi beberapa manafat antaranya, menambah keahlian OIC-CERT, di mana CyberSecurity Malaysia merupakan Setiausaha Tetap pertubuhan tersebut, meningkatkan kerjasama serantau, meningkatkan pembangunan kepakaran dan sumber manusia dalam bidang keselamatan siber, bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua organisasi.

divider-shadow
image
Indonesian OpenGov Leadership Forum 2017, Jakarta, Indonesia
22 Mac 2017

Pada 22 Mac 2017 CyberSecurity Malaysia telah dijemput menghadiri persidangan Indonesian OpenGov Leadership Forum 2017 anjuran OpenGov Asia di Jakarta, Indonesia.

 

Persidangan ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi pandangan mengenai inisiatif serta dasar-dasar baharu dalam bidang keselamatan siber.

 

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Lt. Kol. Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik. Beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Securing Your Digital Transformation Process" serta menjadi panel pada sesi perbincangan di persidangan tersebut.

 

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada Indonesia OpenGov Leadership Forum 2017  merupakan satu platfom yang efektif untuk berkongsi kepakaran serta peluang mempromosi CyberSecurity Malaysia sebagai pusat rujukan bagi keselamatan siber negara dan Malaysia sebagai negara yang mengutamakan bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
Karnival Kreativiti & Sciences4u @Ipoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
22 – 23 Mac 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam Karnival Kreativiti & Sciences4u di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Karnival selama dua hari tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Pada karnival ini, CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan beberapa aktiviti antaranya CyberSAFE Quest yang disertai oleh seramai 40 pelajar dari Politeknik Ungku Omar dan taklimat CyberParenting kepada para pengunjung terutamanya ibubapa yang hadir di karnival ini. Selain itu, CyberSecurity Malaysia turut mengadakan Pameran Interaktif dengan mempamerkan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber serta mempromosikan kempen #myviralvow kepada pengunjung karnival.

 

Karnival selama dua hari ini telah berjaya menarik minat lebih 5,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Bandaraya Ipoh. Antara agensi MOSTI yang turut terlibat ialah Kimia Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia, Planetarium, Pusat Sains Negara dan AELB.

divider-shadow
image
Lawatan dari Mr. MJ Lee, President of Myung IT Korea ke CyberSecurity Malaysia
23 Mac 2017

To be updated.

divider-shadow
image
Seminar Kesedaran Keselamatan ICT & Perasmian Projek Kajian Pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat Peringkat Negeri Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
30 Mac 2017

Pada 30 Mac 2017 telah berlangsung Seminar Kesedaran Keselamatan ICT & Perasmian Projek Kajian Pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat Peringkat Negeri Perak di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

 

Seminar sehari yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ini bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan warga kerja sektor awam khususnya di Negeri Perak mengenai kepentingan keselamatan siber agar mereka menjadi lebih bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi internet dan aplikasinya.

 

Pada majlis tersebut, Projek Kajian Pengurusan Impak Manusia Dalam Keselamatan Maklumat atau Human Impact Management System for Information Security (H.I.M.I.S) turut dilancarkan. Projek ini diadakan bertujuan untuk menilai dan mengurus tahap kefahaman tenaga kerja sektor awam mengenai keselamatan siber bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber terutama kakitangan sektor awam di seluruh negara.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia dan YBhg. Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Said, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Beberapa siri pembentangan mengenai keselamatan siber telah dibuat oleh CyberSecurity Malaysia, antaranya Lanskap Keselamatan Siber di Malaysia oleh Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Projek HIMIS oleh Lt. Kol. Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib President Kanan, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti, Cybersafe@Work oleh Jazzanul Azriq Aripin dan CyberParenting oleh Elina Mubin dari Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat. Lebih 1,000 peserta terdiri dari penjawat awam di seluruh Negeri Perak hadir pada seminar ini.

 

Seminar Kesedaran Keselamatan ICT telah berjaya memberi pendedahan mengenai senario keselamatan siber di Malaysia, di samping menggalakkan proses membudayakan keselamatan siber dalam kalangan penjawat awam. Seminar yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menyaksikan kolaborasi awam dalam memantapkan prasarana keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image