Pada 12 hingga 16 Jun 2017, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Persidangan dan Mesyuarat World Summit on the Information Society (WSIS) Forum 2017 di Geneva, Switzerland anjuran International Telecommunication Union (ITU).
Pada program tersebut, CyberSecurity Malaysia telah memenangi WSIS Prize 2017 Champion di bawah katergori Kerjasama Antarabangsa. Kejayaan dirangkul berdasarkan kertas projek yang dihantar bertajuk "Collaborative Information Sharing Model for Malware Threat Analysis: A Case Study for the Organisation of the Islamic Cooperation – Computer Emergency Response Team".
Pada pertandingan tersebut, WSIS telah menerima penyertaan sebanyak 345 kertas kerja dari pelbagai organisasi di seluruh dunia. Anugerah disampaikan oleh Setiausaha Agung ITU, Encik Houlin Zhao. CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohd Shamir Hashim, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Kerajaan dan Ahmad Nasir Udin Mohd Zin, Specialist, Jabatan Perhubungan Antarabangsa.
Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga menjadi moderator pada sesi seminar bertajuk "Responding to Cyber Threats: Establishing an effective Computer Incident Response Team". Sementara itu, Mohd Shamir turut membuat pembentangan bertajuk "Collaborative Information Sharing Model for Malware Threat Analysis: A Case Study For The Organisation of the Islamic Cooperation – Computer Emergency Response Team" pada sesi World Café pada persidangan tersebut.
Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah menambah visibiliti CyberSecurity Malaysia dan Malaysia di arena antarabangsa terutama dalam bidang keselamatan siber. Selain berpeluang mempromosi projek Malware Threat Analysis, ia juga meningkatkan kerjasama global, bertukar pengetahuan dan memupuk kerjasama global serta mengeratkan kerjasama pelbagai hala dan melaksanakan projek bersama dalam bidang keselamatan siber.