Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 18 | SUKU KETIGA - 2017
Bahasa | English
OGOS 2017
image
Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Cabaran Piala CyberSAFE Peringkat Separuh Akhir, Alor Setar, Kedah
4 – 9 Ogos 2017

Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Cabaran Piala CyberSAFE 2017 atau ringkasnya NICTSeD 2017 peringkat separuh akhir telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar pada dari 4 hingga 9 Ogos 2017.

NICTSeD merupakan salah satu inisiatif di bawah program CyberSAFE in Schools bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan murid-murid sekolah di seluruh Malaysia.

Ia merupakan acara tahunan anjuran CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta kerjasama dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak 16 buah sekolah telah dipilih mewakili 16 zon di seluruh Malaysia menyertai pertandingan yang bermula dari pusingan awal, suku akhir dan seterusnya separuh akhir.

Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki telah layak ke peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2017 di Asia Pacific University (APU), Kuala Lumpur sempena National Innovation & Creative Economy 2017 (NICE) anjuran MOSTI.

NICTSeD 2017 peringkat separuh akhir telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Besar Kedah Darul Aman dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Zaidi bin Yazid, Pengarah BTP dan Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia.

Semenjak NICTSeD mula diperkenalkan pada tahun 2013, ia telah berjaya mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid sekolah serta guru-guru mengenai kepentingan keselamatan siber. Selain itu, ia turut meningkatkan keupayaan murid dari segi pemikiran kreatif dalam membentangkan hujah-hujah berkaitan isu-isu keselamatan siber semasa serta membina keyakinan diri.

divider-shadow
image
Mesyuarat dan Bengkel Permunian Garis Panduan Pengurusan Pengkomputeraan Awan (Cloud Computing) Sektor Awam, Putrajaya
4, 8 & 9 Ogos 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Mesyuarat dan Bengkel Permunian Garis Panduan Pengurusan Pengkomputeraan Awan (Cloud Computing) Sektor Awam anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) di Putrajaya.

Mesyuarat dan bengkel ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan persiapan dan persediaan sebagai moderator berhubung bengkel semakan dan permuniaan deraf garis berkaitan teknologi pengkomputeraan awan dari perspektif keselamatan IT dan juga pengunaan terperinci di sektor awam.

Selain CyberSecurity Malaysia, agensi lain yang turut sama terlibat antaranya ialah MIMOS, MAMPU dan juga NACSA.

divider-shadow
image
Bengkel Cloud Computing Risk, Control and Assurance, Kuala Lumpur
10 & 11 Ogos 2017

Pada 10 dan 11 Ogos 2017, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Bengkel Cloud Computing Risk, Control and Assurance anjuran WTC Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Bengkel ini diadakan bagi membincangkan aspek keselamatan IT dan pematuhan peraturan dalam pelaksanaan dan pembangunan pengkomputeran awan. Selain itu, bengkel ini turut membincangkan isu berkaitan tadbir urus dan risiko pengkomputeran awan dari perspektif penguna di Malaysia serta penilian keselamatan dari perspektif pengauditan. .

divider-shadow
image
Karnival Kreativiti & Sciences4u@ Melaka Zon Selatan, Melaka
11 – 13 Ogos 2017

Karnival Kreativiti & Science 4U Zon Selatan telah berlangsung dari 11 hingga 13 Ogos 2017 di Arena, Petanque Hang Jebat , Melaka. Ia merupakan program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai sains, teknologi dan Inovasi.

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program ini dengan mengadakan beberapa aktiviti, antaranya CyberQuest. Aktiviti ini telah diadakan pada 11 Ogos 2017 bertempat di Sekolah Menengah Seri Tanjong dan disertai oleh seramai 50 orang pelajar sekolah tersebut.

Manakala pada sesi pameran interaktif pula, CyberSecurity Malaysia telah mempromosi fungsi dan peranan serta perkhidmatan yang disediakan seperti Cyber 999, Forensik Digital, Malaysia Trustmark, MyCyberSecurity Clinic dan juga Program CyberSAFE. Kempen #myviralvow turut diadakan bagi menarik pengunjung ke ruang pameran CyberSecurity Malaysia.

Karnival Kreativiti & Science 4U telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

divider-shadow
image
Bengkel 1st Technical Workshop on Cyber Security Technology Plan for The Fourth Industrial, Putrajaya
15 Ogos 2017

CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan bengkel teknikal berkaitan Revolusi Industri ke-empat berkaitan pelan teknologi keselamatan siber paad 15 Ogos 2017. Bengkel tersebut diadakan berikutan mesyuarat Kabinet yang telah menetapkan beberapa kementerian, antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) untuk membangunkan deraf polisi nasional dan pelan tindakan berkenaan Industri 4.0.

Sehubungan itu, MITI juga telah menubuhkan pasukan petugas tahap tinggi yang diketuai oleh Kumpulan Kerja Teknikal berdasarkan bidang tugas seperti Infrastruktur dan Ekosistem di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Pembiayaan dan Insentif di bawah Kementerian Kewangan (MOF), IKS dan Industri di bawah MITI manakala Teknologi dan Piawaian di bawah MOSTI.

Sejajar dengan itu, CyberSecurity Malaysia telah dilantik untuk mengetuai perkara berkaitan keselamatan siber. Seramai 12 peserta hadir pada bengkel sehari ini.

divider-shadow
image
Seminar M-TECH Security Exchange 2017, Petaling Jaya, Selangor
16 Ogos 2017

Pada 16 Ogos 2017 berlangsung Seminar M-Tech Security Exchange 2017 di Petaling Jaya. Seminar anjuran M-Security Technology Sdn. Bhd diadakan untuk memberi pendedahan mengenai teknologi pengkomputeraan awan dan juga pengunaan teknologi terkini dalam penguatkuasaan keselamatan IT.

Seminar ini juga menjadi platfom untuk para peserta bertukar pandangan mengenai trend teknologi keselamatan siber terkini seperti perisian pintar adaptif untuk penangguhan ancaman, pengkomputeran awan dan keselamatan yang berkaitan pengurusan data besar dan pengukuhan pertahanan teknologi mudah alih.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada seminar ini telah memberi peluang kepada kakitangan yang terlibat untuk mengumpul maklumat terkini mengenai pengkomputeraan awan, selain mengenalpasti potensi pihak berkaitan untuk menjalin kolaborasi dalam projek perintis pengkomputeraan awan. Ia turut membantu dalam membangun kecekapan dan keupayaan keselamatan pengkomputeran awan serta mengenalpasti kriteria dan teknologi pengkomputeraan awam yang terkini.

divider-shadow
image
International Cyber Security Briefing (“C0c0n-X”), Kerala, India
17 - 21 Ogos 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai International Cyber Security Briefing (“C0c0n-X”) anjuran Information Security Research Association, India dengan kerjasana The Society for the Policing of Cyberspace (POLCYB) sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang berpangkalan di British Columbia, Canada. Program berlangsung di Kerala, India.

Program ini merupakan platfom untuk para peserta berbincang, bertukar pandangan serta bekngsi maklumat mengenai kesedaran cabaran serta trend terkini keselamatan siber dan maklumat. Selain itu, ia turut menjadi tempat bagi syarikat korporat, agensi kerajaan, ahli akademi, organisasi penyelidik dan pemain industry untuk mencari peluang berkolaborasi bagi mewujudkan eko-sistem siber yang selamat.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan Pembangunan Kapasiti Keselamatan Siber. Beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Collaboration in Capacity Building for Cybercrime Management” pada program ini.

divider-shadow
image
Peperiksaan Pensijilan bagi Digital Forensics for First Responder (DFFR), Seri Kembangan, Selangor
18 Ogos 2017

Pada 18 Ogos 2017, CyberSecurity Malaysia telah mengadakan Peperiksaan Pensijilan bagi Digital Forensics for First Responder (DFFR).

Peperiksaan pensijilan bagi latihan DFFR ini ditawarkan melalui program latihan CyberSecurity Malaysia yang dikenali sebagai CyberGURU. Ia dijalankan bagi mendapatkan data projek rintis selain mematuhi keperluan piawaian ISO/IEC 17024 yang akan membolehkan CyberSecurity Malaysia menjadi badan pensijilan untuk individu.

Seramai 22 orang peserta telah menduduki peperiksaan yang diadakan selama selama satu jam. Dengan pengumpulan data dari peperiksaan ini, ianya akan membolehkan CyberSecurity Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Badan Akreditasi yang bertauliah.

divider-shadow
image
Oversight Of Development And Testing For Common Criteria Project Hewlett-Packard Enterprise Arcsight Data Platform, California, Amerika Syarikat
20 - 31 Ogos 2017

CyberSecurity Malaysia telah menjalani proses pengujian dan penilaian setempat untuk projek Common Criteria Hewlett-Packard Enterprise Arcsight Data Platform di Sunnyvale, California, Amerika Syarikat.

Ujian ini merupakan salah satu proses pensijilan untuk Skim MyCC di mana Badan Pensijilan (ISCB) akan membuat pemantauan berkaitan dengan proses pensijilan yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia. Ia juga dilaksanakan bagi memastikan proses penilaian mengikut skop ujian dan menepati ciri-ciri yang mematuhi standard ISO/IEC 15408.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program pengujian dan penilaian ini membolehkan perkhidmatan pensijilan di bawah MyCC dilaksanakan dengan lebih berkesan mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan.

divider-shadow
image
IDS 2017 International Directors Summit, Kuala Lumpur
21 – 22 Ogos 2017

Pada 21 dan 22 Ogos 2017 telah berlangsung Sidang Kemuncak IDS 2017 International Directors anjuran Malaysian Directors Academy (MINDA). Persidangan ini diadakan di Pusat Persidangan Kuala Lumpur dan dihadiri seramai 500 peserta yang terdiri daripada pengarah-pengarah organisasi dari seluruh Asia.

Persidangan IDS 2017 International Directors Summit diadakan bagi membincangkan isu-isu terkini keselamatan siber dalam bidang perniagaan. Prosiding persidangan dihadiri pengarah-pengarah syarikat bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam mengukuhkan daya tahan perniagaan dari segi keselamatan siber dan sebagainya.

Dr. Zahri Yunos, Ketua Pegawai Operasi, CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menjadi moderator bagi sesi perbincangan panel bertajuk “IoT and the Boardroom” bersama tiga panel jemputan lain iaitu Mr Ryan Jones, Mr Michal Golebiewski dan Mr Clement Arul.

Sesi tersebut telah membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan antara pihak pengurusan dan lembaga pengarah dalam menguruskan strategi untuk mewujudkan pertumbuhan yang mampan dan nilai di dalam sesebuah organisasi. Selain itu, ahli panel juga turut memberi fokus mengenai kerugian yang mungkin timbul sekiranya ancaman-ancaman siber tidak diberi perhatian sewajarnya.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah memberi peluang untuk mempromosi CyberSecurity Malaysia sebagai agensi pakar bidang keselamatan siber, peranan penting CyberSecurity Malaysia dalam bidang keselamatan siber di peringkat antarabangsa serta mengenalpasti bidang-bidang penyelidikan yang boleh diketengahkan di peringkat global.

divider-shadow
image
Seminar Galaxy Exchange : Tech Talk - "Growth and Challenges of Big Data & The Future of Privacy”, Putrajaya
24 Ogos 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Seminar Galaxy Exchange : Tech Talk - "Growth and Challenges of Big Data & The Future of Privacy” pada 24 Ogos di Putrajaya.

Seminar anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini diadakan bagi menyokong inisiatif MDEC dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan, membincangkan isu-isu berkaitan Big Data dan pengenalan kepada peluang pekerjaan yang baharu dalam bidang data sains dan kejuruteraan.

Selain itu, seminar ini turut memberi peluang kepada para usahawan untuk mengenalpasti kaedah bagi meningkatkan perniagaan secara digital serta platfom bagi mengasah bakat pelajar di dalam keselamatan siber dan meningkatkan skil pekerja tempatan di dalam Manage Security Services.

divider-shadow
image
Lawatan Rasmi YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), Ketua Pengarah Keselamatan Negara ke CyberSecurity Malaysia
29 Ogos 2017

Pada 29 Ogos 2017, CyberSecurity Malaysia telah menerima lawatan daripada Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara) bersama delegasi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Delegasi disambut oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia serta pengurusan kanan CyberSecurity Malaysia. Taklimat mengenai fungsi serta peranan CyberSecurity Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah. Selain itu, video korporat mengenai CyberSecurity Malaysia turut dipertontonkan dan delegasi juga telah dibawa melawat makmal forensik digital dan MyCERT.

divider-shadow
image
INTERPOL Digital Forensics Expert Group Meeting, Seoul, Korea
30 Ogos – 1 September 2017

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat INTERPOL Digital Forensics Expert Group pada 20 Ogos 2017 di Seoul, Korea. Program tahunan anjuran INTERPOL dengan kerjasama Korean National Police Agency ini memberi penumpuan kepada inisiatif bagi membendung aktiviti jenayah siber yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Program selama tiga hari ini turut meliputi satu simposium yang dikenali sebagai International Symposium on Cybercrime Response 2017. Pelbagai siri perbincangan mengenai kaedah analisa eksibit digital, pelaporan dan standard kualiti telah diadakan bertujuan membangunkan kompetensi dan kapasiti dalam Makmal Digital Forensik.

Ia juga merupakan platfom bagi delegasi berkongsi pengalaman, menimba pengetahuan dan bertukar pandangan mengenai bidang forensik digital baharu dari rakan-rakan penguatkuasaan, ahli akademik dan pembangun perisian yang hadir dari seluruh dunia.

CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Tajul Josalmin Tajul Ariffin dan Zainurrasyid Abdullan dari Jabatan Forensik Digital. Tajul Josalmin Tajul Ariffin telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “DFL Competency and Capacity Building in Malaysia’s Landscape”.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini merupakan satu peluang untuk mengukuhkan kedudukan Agensi sebagai pakar bidang forensic digital selain menjalin hubungan baik dengan pelbagai Agensi antarabangsa yang lain.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image