Having trouble viewing this email? View it in your browser.
set9-image23
set9-image25
CYBERSECURITY MALAYSIA - “CYBERNEWS”
ISU 18 | SUKU KETIGA - 2017
Bahasa | English
JULAI 2017
image
ConnectGov Leader Summit, Ulaanbataar, Mongolia
5 - 7 Julai 2017

CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menghadiri ConnectGov Leader Summit anjuran CIO Academy Asia di Ulaanbataar, Mongolia pada 5 hingga 7 Julai 2017. Sidang kemuncak ini merupakan platfom bagi negara ASEAN berbincang mengenai perkembangan terkini isu-isu berkaitan keselamatan siber.

Lt Kol Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik telah mewakili CyberSecurity Malaysia. Beliau telah membuat pembentangan kertas kerja bertajuk “Responding to the ever shifting cyber security landscape”. Pada pembentangan tersebut, beliau telah berkongsi statistik insiden keselamatan siber di Malaysia, di mana umumnya kemajuan bidang ICT akan turut meningkatkan peratusan ancaman jenayah siber di sesebuah negara termasuk juga Malaysia.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada sidang kemuncak ini merupakan satu penghargaan serta membuka peluang untuk CyberSecurity Malaysia agar lebih dikenali di peringkat global selain berkongsi kepakaran dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
17th Regional Asia Information Security Exchange (RAISE) Forum Meeting, Hong Kong
6 - 7 Julai 2017

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Keselamatan Maklumat Peringkat Rantau Asia (RAISE) kali ke-17 anjuran (ISC)2 APAC di Hong Kong pada 6 dan 7 Julai 2017.

Forum RAISE bermula pada tahun 2004 sebagai platfom bagi komuniti standard rantau Asia berbincang serta bertukar informasi mengenai isu keselamatan maklumat. Ia turut menjadi avenue bagi perwakilan berdialog mengenai strategi, dasar dan amalan keselamatan maklumat termasuk berbincang mengenai isu pembangunan, pelaksanaan dan penyeragaman yang berkaitan dengan keselamatan di Asia.

Pada forum kali ini, penyertaan terdiri dari negara Singapura, Jepun, Korea Selatan, China Taipei, China dan juga Malaysia. CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Sabariah Ahmad, Ketua Jabatan Pengurusan Keselamatan dan Amalan Terbaik.

Forum RAISE turut membahaskan pelbagai isu berkaitan standard keselamatan maklumat di mana perkongsian maklumat dan perbincangan mengenai isu-isu baharu telah memberi informasi yang sangat berfaedah kepada CyberSecurity Malaysia. Selain itu, penyertaan juga telah membuka peluang untuk CyberSecurity Malaysia mewujudkan hubungan kolaborasi perniagaan dengan organisasi lain di rantau Asia.

.

divider-shadow
image
Mesyuarat Strategik Dan Kolaborasi Penyelidikan Serta Lawatan Kerja Ke INTERPOL Global Complex For Innovation, Singapura
7 Julai 2017

Pada 7 Julai 2017, CyberSecurity Malaysia telah menghadiri mesyuarat strategik dan kolaborasi penyelidikan serta lawatan kerja ke INTERPOL Global Complex for Innovation (IGCI) di Singapura.

Tujuan lawatan strategik ini diadakan adalah untuk mempelajari kaedah operasi makmal forensik digital INTERPOL, mendapatkan pendedahan teknologi yang digunakan, bertukar pandangan dan pengalaman dalam urusan operasi, koordinasi dan kerjasama dengan pakar industry serta mencari peluang untuk menjalin kolaborasi bersama pihak INTERPOL.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Mohd Zabri Adil Talib dan Tajul Josalmin Tajul Ariffin dari Jabatan Forensik Digital. Turut serta dalam lawatan dan mesyuarat tersebut adalah wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

divider-shadow
image
Kursus Latihan Pemasangan dan Penggunaan Aplikasi Trend Micro Deep Discovery, Manila, Filipina
11 - 13 Julai 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai Kursus Latihan Pemasangan dan Penggunaan Aplikasi Trend Micro Deep Discovery di Manila, Filipina pada 11 hingga 13 Julai 2017.

Kursus anjuran Trend Micro Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah pengesanan, menganalisa dan bertindak balas terhadap ancaman siber ke atas rangkaian komputer di sesebuah organisasi menggunakan aplikasi Trend Micro Deep Discovery.

Delegasi CyberSecurity Malaysia terdiri daripada Dr. Aswami Fadillah Mohd Ariffin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, Mohamed Fadzlee Sulaiman, Mohd Fauzi Darus, Zainurrasyid Abdullah serta Muhammad Fadzlan Zainal dari Jabatan Forensik Digital.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada kursus ini telah dapat mengukuhkan keupayaan dan meningkatkan kemahiran pasukan CyberDEF khususnya dan CyberSecurity Malaysia secara amnya ke arah menjadi Pusat Rujukan Nasional dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan siber. Selain itu, ia turut mengeratkan hubungan baik serta jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam inisiatif memperkukuhkan keupayaan terhadapan ancaman siber.

divider-shadow
image
AICB Global Banking Discourse Series: Cyber Landscape in the Malaysian Financial Industry, Kuala Lumpur
17 Julai 2017

Pada 17 Julai 2017 CyberSecurity Malaysia telah menghadiri AICB Global Banking Discourse Series: Cyber Landscape in the Malaysian Financial Industry. Program anjuran Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) ini diadakan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini adalah untuk berkongsi informasi mengenai kaedah mengukuhkan daya tahan siber terutama dalam industri perbankan.

Mewakili CyberSecurity Malaysia, Lt Kol Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik merupakan salah seorang ahli panel pada sesi perbincangan bertajuk “Building Cyber Resilience”. Pada sesi tersebut, beliau telah berkongsi kepentingan mengukuhkan prasarana pertahanan siber di sesebuah organisasi termasuk institusi kewangan dalam menghadapi pelbagai risiko ancaman siber.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada program ini menunjukkan pengiktirafan industri kewangan dan perbankan di Malaysia mengenai kepakaran dan kemahiran agensi ini dalam bidang keselamatan siber.

divider-shadow
image
Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian di antara CyberSecurity Malaysia, Myung Information Technologies (MIT) dan Myung Inovasi Terkini Sdn Bhd (Myung Malaysia) serta Lawatan Kerja Strategik ke Korea Internet & Security Agency (KISA) dan Ibu Pejabat Myung Information Technologies (MIT), Seoul, Korea Selatan
17 – 18 Julai 2017

Pada 17 hingga 18 Julai 2017 telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) di antara CyberSecurity Malaysia, Myung Information Technologies (MIT) dan Myung Inovasi Terkini Sdn Bhd (Myung Malaysia). Pada masa yang sama lawatan kerja strategik ke Korea Internet & Security Agency (KISA) dan Ibu Pejabat Myung Information Technologies (MIT) turut diadakan di Seoul, Korea Selatan.

Sesi pertukaran memorandum perjanjian tripartite tersebut telah disaksi oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir ialah Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia.

Pertukaran perjanjian tripartite disempurnakan oleh Dato’ Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili CyberSecurity Malaysia, Encik Myung Jae Lee, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Myung Information Technologies Co. Ltd manakala Dato’ Zakaria Nordin yang merupakan Pengerusi Myung Inovasi Terkini Sdn Bhd (Myung Malaysia) telah mewakili organisasi tersebut.

Melalui pemeteraian perjanjian tersebut, pihak MIT Korea dan Myung Malaysia akan menjadi rakan teknikal CyberSecurity Malaysia bagi menyediakan program latihan kepakaran teknikal dan perkakasan forensik digital kepada MyCyberSecurity Clinic (MyCSC). Pertukaran Teknologi ini juga telah meningkatkan keupayaan teknikal serta kepakaran CyberSecurity Malaysia dalam bidang forensik digital di Malaysia terutama perihal berkaitan pemulihan data.

Delegasi Malaysia juga turut mengadakan lawatan ke beberapa buah syarikat teknologi di Korea Selatan, antaranya Forensik Digital Myung Information Technologies Co. Ltd serta Ochang Scientific Local Industrial Complex.

Melalui siri lawatan serta pemeteraian perjanjian ini, CyberSecurity Malaysia, khususnya MyCyberSecurity Clinic akan dapat mempelajari teknik terkini dan pengunaan alatan berteknologi tinggi (state of the art) serta mendapat bimbingan pakar Myung IT dalam mengendalikan kes-kes berkaitan dengan perkhidmatan pemulihan data.

Selain itu, ia turut membuka peluang kepada kedua-dua buah negara untuk terus menjalin kerjasama bagi bidang berpotensi dalam keselamatan siber seperti pembangunan kapasiti dan penyelidikan.

divider-shadow
image
Program Kesedaran & Pembudayaan Keselamatan Siber – Dialog CyberSAFE 2017 : “Evolusi Media Digital Masa Kini - Cabaran Serta Peranan Dalam Menyatukan Perpaduan Nasional”, Putrajaya
20 Julai 2017

Pada 30 Julai 2017 telah berlangsung Program Kesedaran & Pembudayaan Keselamatan Siber – Dialog CyberSAFE 2017 bertajuk “Evolusi Media Digital Masa Kini Cabaran Serta Peranan Dalam Menyatukan Perpaduan Nasional” di Putrajaya.

Dialog CyberSAFE yang julung kali diadakan ini berfungsi sebagai platfom untuk semua pihak memahami dan mengenalpasti isu-isu berbangkit mengenai keselamatan siber, menyediakan pihak terbabit untuk bertindak balas secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu ancaman siber, membantu dalam usaha penggubalan dasar dan strategi yang lebih efektif bagi menangani isu keselamatan siber yang semakin kompleks serta mengukuhkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan kesejahteraan dan keamanan Negara.

Pada Dialog tersebut, seramai lima ahli panel telah membuat pembentangan dan mengupas isu-isu berbangkit. Mereka terdiri dari Lt Kol Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti, CyberSecurity Malaysia, Puan Ong Chin Lan, Penolong Pesuruhjaya Polis, Bahagian Siasatan Jenayah, Bukit Aman (PDRM), Puan Hashimah Hashim, Pengarah, Jabatan Penglibatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Puan Kavitha Muthy, Perunding Kanan, EC Council mewakili industri dan Encik Afiq Hanif, Wartawan Kanan, Harian Metro mewakili pihak media.

Di akhir program, telah berlangsung sesi soal jawab berkaitan isu-isu keselamatan siber di antara para tetamu dan ahli panel. Kejayaan penganjuran program ini buat kali pertama akan menjadikan Dialog CyberSAFE sebagai salah satu acara tahunan CyberSecurity Malaysia.

divider-shadow
image
Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 37/2017, Kuala Lumpur
21 Julai 2017

Pada 21 Julai 2017 CyberSecurity Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai keselamatan siber serta trend masa kini pada kursus anjuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang diadakan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kursus ini dihadiri oleh pegawai-pegawai berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel setaraf daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta dari negara luar seperti Brunei Darul Salam, Filipina, Jordan, Indonesia, Singapura, Thailand, Nigeria, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lt Kol Sazali Sukardi (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik. Pada ceramah bertajuk “The Cyber Warfare”, beliau telah menerangkan konsep serta implikasi strategik cyber warfare, menjelaskan sifat dan anatomi serangan siber serta berkongsi maklumat mengenai langkah bagi menangani ancaman jenayah siber serta inisiatif yang telah dilakukan oleh CyberSecurity Malaysia dalam menangani masalah ini.

Penyertaan CyberSecurity Malaysia pada program ini telah memberi peluang untuk mempamerkan kepimpinan sebagai agensi rujukan dan pakar dalam bidang keselamatan siber di Malaysia. Ia turut meningkatkan kebolehlihatan (visibility) serta komitmen CyberSecurity Malaysia dalam mengukuhkan aspek keselamatan di Malaysia.

divider-shadow
image
ICPSES 2017 - 19th International Conference of Pedagogical Sciences and Education Strategies, Istanbul, Turki
23 – 27 Julai 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian dalam 19th International Conference of Pedagogical Sciences and Education Strategies (ICPSES) anjuran World Academy of Science, Engineering and Technology (WASET) di Istanbul pada 23 hingga 27 Julai 2017.

ICPSES 2017 merupakan satu platfom untuk para saintis, penyelidik dan akademia membentangkan hasil penyelidikan dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang Sains Pedagogi dan Strategi Pendidikan. Ia juga menyediakan forum untuk para peserta berbincang dan mencari penyelesaian kepada inovasi terkini, trend serta ancaman siber yang dihadapi dalam era teknologi ini yang turut merangkumi disiplin Sains Pedagogi dan Strategi Pendidikan.

Seramai 100 saintis, pendidik, penyelidik serta jurutera ICT dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Saudi Arabia, Bangladesh, Algeria, Korea, Pakistan dan Turki hadir ke persidangan yang berlangsung selama dua hari ini.

CyberSecurity Malaysia telah diwakili oleh Lt Kol Mustaffa Ahmad (Bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti. Pada persidangan ini, beliau telah membuat pembentangan bertajuk “Cyber Security Situational Awareness among Students: A Case Study in Malaysia”.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia pada persidangan ini telah meningkatkan kredibiliti CyberSecurity Malaysia di peringkat antarabangsa, meningkatkan kesedaran keselamatan siber kepada peserta dari serata dunia, meluaskan jaringan kerjasama bersama penyelidik, saintis serta pendidik serta memperoleh input untuk menambah baik isi kandungan program kesedaran keselamatan siber

divider-shadow
image
Kursus Industrial Control System – Cyber Security Management (ICS – CSMS), Bandung, Indonesia
24 – 28 Julai 2017

CyberSecurity Malaysia telah menghadiri Kursus Industrial Control System – Cyber Security Management (ICS – CSMS) pada 24 hingga 28 Julai 2017 anjuran PT. Fedco International di Bandung, Indonesia.

Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan Sistem Kawalan Keselamatan SCADA dan Projek Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA, CyberSecurity Malaysia sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran kakitangannya dalam bidang tersebut.

Justeru, kursus yang dihadiri ini telah memberi pendedahan kepada kakitangan yang terlibat untuk mendapatkan informasi serta mempelajari teknik terkini mengenai kawalan keselamatan SCADA. Selain itu, kursus ini juga telah membantu dalam usaha menubuhkan Makmal Simulasi Ujikaji Keselamatan SCADA di CyberSecurity Malaysia.

Mewakili CyberSecurity Malaysia pada kursus ini adalah Zahrotul Munawwroh Muis dari Jabatan MyVAC.

divider-shadow
image
DiGi’s Security Awareness Week, Shah Alam, Selangor
25 – 26 Julai 2017

CyberSecurity Malaysia telah menyertai program DiGi’s Security Awareness Week yang diadakan di ibu pejabat DiGi Telecommunications Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor.

Minggu kesedaran keselamatan anjuran DiGi Telecommunications ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan DiGi mengenai keselamatan siber. Pada program tersebut, wakil CyberSecurity Malaysia iaitu, Faiszatulnasro Mohd Maksom dan Afiq Asraf Mohd Azhar dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) telah membuat pembentangan mengenai insiden keselamatan siber yang dilaporkan oleh pengguna Internet melalui Pusat Bantuan Cyber999, berkongsi senario terkini keselamatan siber di Malaysia serta amalan terbaik dan kepentingan menjaga data peribadi.

Seramai 40 orang kakitangan DiGi Telecommunications telah hadir ke program selama dua hari ini. Pada program tersebut, CyberSecurity Malaysia turut mengadakan pameran bagi menghebahkan fungsi, peranan serta perkhidmatan yang disediakan kepada kakitantan DiGi.

divider-shadow
image
Majlis Pelancaran Projek Perintis Sistem e-Lelong Bagi Kes-Kes Lelong Awam Harta Tak Alih Di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuantan, Pahang
27 Julai 2017

Pada 27 Julai 2017 berlangsung Majlis Pelancaran Projek Perintis Sistem e-Lelong Bagi Kes-Kes Lelong Awam Harta Tak Alih di Mahkamah Tinggi Malaya. Majlis berlangsung di Kuantan, Pahang dan telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif.

Sistem e-Lelong diperkenalkan bagi Mahkamah Tinggi mengendalikan Lelongan Awam Harta Tak Alih termasuk hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong secara dalam talian. Melalui sistem ini, ia dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia. Sistem ini juga dapat memastikan kerahsiaan serta dapat menghalang dari berlaku ketirisan maklumat. Manakala pelaksanaan bidaan juga dapat dilakukan tanpa sebarang tekanan serta campurtangan dari pihak ketiga atau sindiket.

CyberSecurity Malaysia berperanan dalam menyediakan perkhidmatan bercirikan elemen ‘forensic readiness’. Melalui perkhidmatan tersebut, keupayaan menyimpan data log untuk memproses lelongan dapat dipertingkatkan. Ia turut berupaya menghalang sistem dari sebarang insiden atau ancaman siber seperti jangkitan malware selain memastikan sistem tersebut dapat beroperasi tanpa gangguan menerusi proses pengujian “stress test” secara berkala.

Penglibatan CyberSecurity Malaysia dalam memperkukuhkan sistem lelongan Mahkamah Tinggi di Malaysia merupakan satu pengiktirafan ke atas kepakaran bidang keselamatan siber yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia. Ianya secara tidak langsung melonjak nama CyberSecurity Malaysia sebagai agensi peneraju bidang keselamatan siber di Malaysia.

divider-shadow
image
2017 APISC Security Training Course, Seoul, Korea Selatan
31 Julai - 4 Ogos 2017

CyberSecurity Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program latihan keselamatan APISC Security Training Course di Seoul, Korea Selatan pada 31 Julai hingga 4 Ogos 201.

Program anjuran KrCERT/CC, Korea Internet Security Agency (KISA) ini dihadiri oleh seramai 21 orang peserta dalam bidang polisi, pengoperasian dan teknikal keselamatan siber.

Program APISC 2017 merupakan platfom untuk pelatih dari negara-negara yang mengambil bahagian untuk belajar dan berkongsi pengalaman mengenai respon insiden komputer dan kawasan keselamatan siber umum, mempelajari pendirian dan operasi CSIRT; dan, berkongsi pengalaman negara sendiri dalam perspektif dasar, undang-undang dan teknologi.

divider-shadow
Pautan
set5-image2
Lawatan ke CyberSecurity Malaysia

set5-image2
Program Kesedaran Keselamatan Siber - CyberSAFE
Untuk Lapor Ancaman atau Insiden Keselamatan Siber, Sila Klik di Sini
set3-image4
image